Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 15 Jun 2011

Batalkan Hasrat Anjur Perhimpunan Bersih – Polis

POLIS meminta penganjur Perhimpunan Bersih yang dicadangkan berlangsung di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur, Rabu, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Yang jadi mangsa kerana diperalat oleh mereka yang berniat jahat terhadap negara ialah anak Melayu yang belum tentu berdaftar sebagai pengundi pun.... Kalau mengundi pun tak pernah, bersih apanya yang mereka tageh?
Menjelang hari di mana perhimpunan berkenaan dicadangkan, berkas sahaja mereka yang jadi penganjur dan dalang di sebalik projek mengkhianati ekonomi dan maruah negara itu. Jangan tunggu ‘nasi dah jadi bubur’ baru nak bertindak.

Tindakan melampau dan kurang hajar puak tertentu yang mahu melihat negara ini huru-hara tidak harus dimaaf dan ada kompromi dengan mereka.

Kalau mereka anggap negara ini tak bagus dan zalim, suruh mereka cari negara lain yang jauh lebih bagus.

Kepada mereka yang berhasrat join dengan perhimpunan itu cuba fikirkan sejenak bagaimana makmur dan amannya negara ini. Kalau negara ini tak bagus dan kerajaannya zalim masakan jutaan warga asing sanggup bersabung nyawa untuk datang ke negara ini bagi mencari rezeki?

Dan kalau pilihan raya yang diadakan tidak bersih, macam mana pembangkang boleh tawan lima negeri pada PRU-12?

Kepada anak Melayu, jangan jadi bodoh dan jangan terpengaruh dengan anasir kuasa luar yang mahu melihat negara ini kacau-bilau dan huru-hara melalui bangsa Melayu sendiri. Biasanya, yang sibuk berhimpun dan jadi mangsa hasutan ialah anak-anak Melayu yang tidak faham apa muslihat politik kuasa asing di sebalik semua itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog