MENURUT seperti yang diberitakan akhbar, TV, Radio dan blog, suspek utama pembunuhan kejam jutawan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain, ialah peguam dua berdik yang sangat licik dan pintar dalam merencanakan jenayah mereka. Kerjaya mereka sebagai peguam membuatkan mereka dilihat begitu teliti dan bijak menghilangkan bukti.
Selain dari itu, susulan siasatan kes mendedahkan berkemungkinan mereka juga terlibat dalam beberapa kes penipuan urusan jual beli tanah bernilai jutaan ringgit. Pendek kata, peguam dua beradik yang jadi suspek utama itu adalah penjenayah dan penipu besar yang sangat berjaya dengan kerja-kerja jenayah mereka.
Bagaimanapun, sebagaimana yang diberitakan Utusan, peguam yang bergelar Dato’ itu sebenarnya bukanlah seorang ‘Dato’ Bergelar’ yang sah dari mana-mana istana atau Sulatan/Raja/Yang Dipertaun Negeri/Yang diPertuan Agong. Kaji selidik yang dibuat akhbar berkenaan mendapati nama suspek tidak terdapat dalam senarai anugerah di mana-mana negeri.
Maknanya, gelaran Dato’ yang digunapakinya itu adalah palsu.
Anehnya, sebagaimana diberitakan juga, suspek bergelar Dato’ itu memperoleh Darjah Kebesaran hasil penipuan seorang ahli perniagaan dengan nilai bayaran sebanyak RM180,000. Ahli perniagaan tersebut dikatakan memberitahu suspek bahawa namanya akan disenarai dalam senarai penerima darjah kebesaran yang membolehkannya menggunakan gelaran tersebut.
Moralnya, sebijak-bijak penjenayah dan penipu, dapat juga ditipu oleh penipu lain yang memang kerjanya menipu. Maknanya, penipu ditipu oleh penipu.
Pak Sulung: Teringatkan firman Allah SWT, di surah Al-Imran ayat 54 yang bermaksud,
Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pencipta tipu daya.
1 ulasan:
laaaa....x datuk rupenya....aku pon kena tipu daa...
Catat Ulasan