UMAT ISLAM di seluruh dunia kini sanggup berbalah dan bersengketa sesama sendiri semata-mata kerana mempertahankan ideologi-ideologi Iblis yang jelas bercanggah dengan ajaran suci Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi kita Muhammad SAW.
Semenjak bumi ini disinari cahaya Islam, pertembungan antara yang hak dengan yang batil berlaku bagaikan rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan yang bermula di alam malakut akibat dari keengganan Iblis (Azazil) untuk tunduk kepada Adam berpanjangan bersama peredaran masa yang menyaksikan saling bersilih ganti perebutan kuasa dan takhta kerajaan di bumi.
Musuh Islam dari kalangan Yahudi dan Kristian menunggu peluang keemasan untuk menarik dan membawa umat Islam ke lembah kesesatan. Orang yang telah terjebak dengan umpanan musuh, terutamanya Yahudi akan menjadi hamba yang taat untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara sendiri.
Salah satu gerakan antarabangsa yang bergerak untuk menghancurkan Islam dari muka bumi ini ialah ‘Gerakan Freemasonary’. Gerakan ini tidak bergerak secara kekerasan tetapi menggunakan serangan pemikiran. Serangan cara ini sangat berkesan hinggakan mereka mengabadikannya dengan slogan:
‘Apabila kamu gerun dan takut dengan senjata musuh, maka hendaklah kamu rosakkan pemikiran mereka, nescaya kamu dapat membunuhnya.’Namun, apa jua perancangan jahat mereka, orang Islam seharusnya yakin dengan pertolongan Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Imran, ayat 54 yang bermaksud:
“Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pencipta tipu daya.”Gerakan bawah tanah Freemasonary dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan yang bersifat kebangsaan.
Freemasonary membawa masuk slogan-slogan yang pada zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib sesuatu bangsa tetapi, hakikat sebenarnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.
Gerakan Freemasonary ini dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin serta membina semula Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Aqsa. Kemudian akan meluaskan penaklukannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan seterusnya ke Madinah di Arab Saudi.
Pergerakan ini dibentuk bagi membangunkan fahaman Yahudi dengan bergiat cergas dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Bermula daripada gerakan inilah terwujudnya pertubuhan-pertubuhan berbentuk kebajikan dan keamanan di seluruh dunia untuk mengabui mata masyarakat terhadap gerakan mereka. Gerakan ini telah menyusup masuk ke dalam seluruh fahaman agama dan bangsa tanpa perlu menukar identiti. Keutamaannya ialah taat setia kepada pergerakan itu.
Gerakan ini juga bergerak cergas dalam bidang ekonomi melalui cara monopoli dan membudayakan riba di kalangan manusia.
Dalam bidang sosial mereka lebih memberi perhatian terhadap isu kemanusiaan dan sentiasa sedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Mereka juga sering memberikan penghargaan kepada individu cemerlang untuk menarik mereka menyertai gerakan ini.
Kebanyakan orang yang terjebak ke dalam pergerakan ini adalah dari kalangan mereka yang berkepentingan dalam pertubuhan kerajaan dan sosial. Orang-orang yang terjerumus ke dalam gerakan ini terpaksa akur dengan kehendak pergerakan itu.
Hakikatnya, Preemasonary adalah sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk memusnah dan menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasukinya. Matlamatnya merosakkan bangsa dan pemerintah kaum bukan-Yahudi (Goyim).
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan