Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 17 September 2010

Bolehkah Majlis Peguam Arahkan Ahlinya JANGAN BELA PEMBUNUH SOSILAWATI?


BERKAT belasahan kekawan blogger terhadap Majlis Peguam dan kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rastam serta Presiden PERKASA, Dato’ Ibrahim Ali, Presiden Majlis Peguam Malaysia pun membuatlah kenyataan. Dalam kenyataannya, beliau meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam-peguam yang menyeleweng dan terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau pengubahan wang haram.

Putar punya putar, yang salah dan dipersalahkan ialah pihak berkuasa polis kerana tidak mengambil tindakan tegas, kononnya. Tetapi kalau polis ambil tindakan akan adalah nanti para peguam dari kalangan ahli atau pemimpin di Majlis Peguam yang bermatian-matian berikhtiar membelanya.

Apabila mereka tak mampu membela secara terang-terangan berkaitan kes yang dibelanya di dalam mahkamah, maka akan dicarilah ruang-ruang kosong undang-undang untuk membolehkan kes itu ditangguh-tangguhkan sehingga mencecah dua tiga tahun dan bertahun-tahun. Tergantung dan tertangguh tak tahu sampai bila.

Akibatnya, kerajaan pada pandangan rakyat umum dilihat sebagai tidak tegas dan tidak berwibawa. Dan undang-undang yang sedia ada pun dianggap lemah atau tidak mampu menentang para peguam yang bijaksana.

Keadaan di Malaysia sangat jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Singapura. Di Negara Pulau itu, sesuatu kes mahkamah sangat cepat dijatuhkan hukuman dan peluang untuk berdalih-dalih atau bertangguh-tangguh tidak berlaku. Apatah lagi kalau kes itu membabitkan pertuduhan kerana mengecam pemerintah. Tak sampai dua minggu kes selesai dan yang tertuduh dijatuhi hukuman.

Sekiranya setiap tahun terdapat puluhan peguam yang dipecat oleh Majlis Peguam kerana melanggar etika guaman, macam mana orang awam nak tahu?

Setahu dan seingat penulis, tidak pernah pulak terbaca berita bahawa majlis itu telah membuat aduan kepada polis terhadap peguam-peguam berkenaan sebagaimana hebahan berita-berita lain, khasnya yang mengecam pemerintah atau kerajaan.

Rasanya, kalaulah nama peguam dua berdik yang jadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik – Datuk Sosilawati, itu didedahkan kepada umum melalui laman web resmi majlis itu, tentulah peguam yang turut menjadi mangsa itu tahu dan tidak mahu berurusan dengan suspek atau menasihatkan Sosilawati supaya jangan berurusan dengannya.

Bukan mereka sahaja, malah seluruh rakyat negara ini yang ingin berusuran dengan peguam akan terpaksa menyemak mana-mana peguam yang benar-benar beretika dan mana yang tidak, iaitu yang telah dipecat oleh Majlis Peguam.

Sekarang bukan masanya untuk sesiapa atau mana-mana pihak menegakkan ‘benang basah’ bagi menjaga maruah masing-masing. Rakyat masa kini bukannya macam dulu-dulu. Dah ramai yang bijak dan mampu membuat pilihan.

Oleh itu mari kita semua tumpukan perhatian kepada kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga yang lain itu. Begitu juga dengan kes-kes yang mungkin ada kaitan dengan suspek, sebagaimana yang diberitahu oleh pihak polis.

Apa kata untuk kes Sosilawati ini, pihak Majlis Peguam mengarahkan semua peguam yang menjadi ahli supaya jangan membela suspek semasa dihadapkan ke mahkamah nanti. Kalau ada peguam yang membelanya, bermakna peguam itu adalah peguam yang di‘black list’ oleh Majlis Peguam.

Apa macam? Setuju? Kalau setuju, ayuh! Laksanakan tugas dan buat arahan resmi.

Pak Sulung: Sedang mencari-cari jawapan kenapa kepimpinan Majlis Peguam Malaysia ini kurang sangat terdapat peguam dari kalangan kaum Melayu. Adakah mereka tidak bijak atau tidak cukup cerdik untuk jadi peguam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog