Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 17 September 2010

Pok Nik Kena Jawab Pertanyaan Tok Pa, JAWAB JANGAN TAK JAWAB....


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed melontarkan beberapa pertanyaan kepada pucuk pimpinan Pas Kelantan mengenai tindak-tanduk dan dasar-dasar parti itu yang tidak konsisten sejak memerintah negeri itu pada 1990.

DS Mustapa menyifatkan Pas sebagai parti yang tiada hala tuju dan bergerak hanya untuk mengaburi mata rakyat dengan ‘perjuangan palsu’ konon mahu menubuhkan negara Islam. Malah, beliau turut menyifatkan dasar yang dilaksanakan Pas sebagai 'Islam hangat-hangat tahi ayam' kerana bersifat sementara dan berubah-ubah mengikut kepentingan parti itu.

Sehubungan itu DS Mustapa melontar beberapa soalan yang diketahui oleh rakyat Kelantan, sebagai bukti kepada dakwaannya sebagaimana diberitakan Utusan. Antaranya:

1. Ketika Pas mula-mula memerintah Kelantan pada 1990, pada ketika itu di lapangan terbang disediakan ‘jubah hitam’ untuk wanita yang tidak menutup aurat tetapi sekarang mana jubah itu? Sekarang aurat boleh dilihat dan tidak jadi masalah lagi?

2. Dahulu kaunter di pasar raya disediakan secara berasingan di antara lelaki dan wanita tetapi sekarang sudah bercampur gaul, tidak apa pula?

3. Sebelum ini, suara wanita adalah aurat sehingga tilawah al-Quran tidak dibenarkan masuk tetapi sekarang boleh berceramah pula?

4. Kenapa Pas lebih selesa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terang-terangan menolak negara Islam?


Empat soalan yang ditanya oleh pemimpin UMNO anak jati Kelantan ini perlu dijawab segera oleh pemimpin Pas Kelantan. Oleh kerana pemimpin Agung Pas Kelantan juga adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar, maka soalan ini tentulah ditujukan khas kepada beliau.

Rakyat negara ini yang selama ini sering dikelirukan pemikirannya oleh Nik Aziz sangat memerlukan satu jawapan konkrit daripada ulama ciptaan Pas itu. Selain itu rakyat Kelantan juga sangat menanti-nantikan jawapan dari Menteri Besar yang bertaraf Tok Guru itu.

Soalan-soalan itu membuat penulis teringatkan kisah ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong yang diberi kebenaran oleh Nik Aziz berceramah di pentas Pas, untuk orang Pas dan di Kota Bharu.

Peristiwa itu berlaku selepas ADUN PKR itu menjadi pertikaian umum kerana pendedahan gambar bogelnya serta kisah cintanya yang bersekedudukan dengan seorang jantan Melayu- Hilmi Malek, juga dari PKR yang telah pun beristeri.

Ingatkah anda semua bagaimana Nik Aziz membela ADUN itu dengan alasan merapu kononya apa yang didedahkan itu tidak salah kerana Eli Wong hanya berbogel di rumahnya sendiri?

Mungkin Nik Aziz benar dari sudut gambar itu diambil. Tetapi kisah-kisah bersekedudukannya yang menjadi turutan kepada kisah itu tidak disentuhnya. Bila Nik Aziz tak sebut, itu bermakna boleh le...

Persoalannya ialah betapa pemimpin agung Pas itu membela sesiapa sahaja dan apa jua kesalahan moral dan politik, asalkan orang itu adalah dari kalangan puak yang bersekongkol dengan Pas. Segala isu akan ditepis oleh Nik Aziz dengan pelbagai alasan atau hujah yang membela tetapi, selalunya keluar tajuk. Lain yang dipersoalkan, lain pula yang dijawab oleh Nik Aziz. Merapu dan merepek....

Justeru, dalam kes ini (pertanyaan DS Mustapa), sama-sama kita semua tunggukan bagaimana dan apa pula silat lidah Tok Guru Nik Aziz menjawabnya.

Kalau ikutkan kebiasaan, Nik Aziz tidak menjawab apa yang ditanya tetapi, akan mengalihkan isu atau soalan itu kepada UMNO atau pemimpin-pemimpin UMNO.

Tungguuuuu......

Pak Sulung: Yakin Nik Aziz akan konar baring melalui jawapannya nanti. Putar punya putar, dia akan salahkan UMNO atau bandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Dia tidak akan jawab apa yang ditanya tetapi akan membuat tuduhan baru terhadap UMNO pula. Oleh kerana Melayu UMNO adalah musuh utama Nik Aziz, fokus jawapannya tentulah menyalahkan UMNO.

1 ulasan:

ay aishiteru berkata...

Almaklum sajalah hukum yang diberi olih Nik Ajis bolih diubah ubah ikut masa dan ketika macam babi le....ada kala haram,ada kala harus dimakan itulah hukum Politik,nak kata terdesak nak mati kebuluran dimalaysia tak dak lagi,dulu kerja sama dgn Cina tak bolih tapi pelok kafir harbi DAP sekarang dah bolih,inilah hukum Politik bolih tukar tukar ikut suka dia sajalanh,kalau tidak bukan Nik Ajis la....cuma yang tahu apa yang tersirat tersurat dihatinya hanyalah ALLAH SWT saja.........!

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog