Antara isu meranik yang mereka bualkan....
ALHAMDULILLAH.... Suasana sambutan Aidilfitri di negara kita masih meriah, ceria dan majoritinya berada dalam suasana gembira. Budaya kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi masih kekal. Anak-anak muda masa kini yang kebanyakannya berpendidikan tinggi, sama ada yang telah bekerjaya atau yang masih menuntut di IPTA atau IPTS, masih boleh diharap untuk meneruskan budaya tersebut.
Walaupun ada yang berpendapat bahawa anak muda zaman ini hanya asyik dengan hiburan hinggakan sambutan Aidilfitri mereka hanya dengan mengadap TV, ke pawagam dan lepak tetapi, itu bukanlah salah mereka. Saluran TV yang agak banyak juga di negara kita ini memang telah menyediakan pelbagai rancangan khas sempena Hari Raya. Justeru, tidak hairanlah sebahagian semabutan Hari Raya adalah dengan menontong rancangan TV. Di sana ada hiburan, jenaka dan drama-drama khas mengenai sambutan Hari Raya. Itulah pilihan yang mereka ada.
Dalam memerhatikan perkembangan budaya dan pemikiran anak-anak muda zaman ini, penulis yakin bahawa masih ramai antara mereka mampu menggalas tanggungjawab memimpin negara, kalau mereka berpeluang. Bukan semuanya asyik dengan hiburan dan membelakangkan jati diri serta semangat kebangsaan Melayu.
Kebetulan, selepas solat sunat Aidilfitri rumah penulis dikunjungi beberapa orang anak jiran yang seangkatan dengan anak penulis. Mereka semuanya sedang menuntut di IPTA. Kesempatan menyambut Hari Raya mereka manfaatkan dengan mengunjungi rumah rakan sepermainan yang kini telah terpisah kerana masing-masing menuntut di kolej atau universiti yang berlainan.
Sambil gelak ketwa dengan kisah-kisah lucu semasa mereka kanak-kanak dahulu, tidak kurang juga dengan kisah pengalaman masing-masing ditempat mereka belajar sekarang. Kisah kawan-kawan lama yang melucukan menceriakan perbualan mereka.
Penulis hanya mampu memerhati sambil mendengarkan perbualan mereka. Setelah agak lama mereka berborak, penulis cuba menyampuk perbualan mereka dengan bertanyakan di mana mereka sedang menuntut.
Ke lima-lima orang anak muda itu memberitahu, seorang di UPSI; seorang di UTM, Johor; seorang lagi UUM, Sintok; seorang di UM. Sementara yang seorang lagi sama dengan anak bongsu penulis di UITM, Shah Alam tetapi, pengajiannya berlainan. Kesemua mereka sedang menuntut di peringkat Ijazah.
“Berzyukurlah.... kome semua bernasib baik. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Negara kita telah membelanjakan sebahgian besar peruntukannya untuk pendidikan. Dan tumpuan pemerintah sejak merdeka hingga sekarang adalah untuk kome.... untuk anak-anak Melayu. Kome jangan lupa hakikat itu,” kata penulis cuba mencungkil jati diri atau kesedaran mereka.
“Kami tahu dan kami sedar semua itu... Pak Cik,” jawab yang menuntut di UPSI.
“Apa yang kamu tahu dan apa yang kamu sedar?” tanya penulis.
“Kami sedar bahawa salah satu dasar kerajaan sejak dahulu, berusaha meningkatkan ekonomi orang Melayu melalui pendidikan,” jawabnya.
Boleh tahan gaya pemikiran budan ni, fikir penulis.
“Adakah semua yang belajar seperti kome tu mempunyai kesedaran macam itu?”
“Ada yang sedar, ada yang tidak,” jawab yang menuntut di UITM.
“Macam mana boleh jadi macam itu?” tanya penulis.
“Yang perangai macam tu.... kebanyakannya anak-anak orang berada... Pak Cik,” jawab anak muda yang sedang menuntut di UM.
“Mereka anak orang kaya. Datang belajar pakai kereta mahal. Ada yang pakai BMW... Pak Cik. Deme ni le yang tak kisah, tak mahu ambil tahu atau tak sedar dengan apa yang Pak Cik katakan itu,” tambahnya.
“Hebat tu....,” sampuk yang menuntut di UUM.
“Satu kuliah dengan kamu ke?” tanya anak penulis.
“Ye... ada ramai lagi anak orang kaya kat UM tu yang macam tu. Semuanya pakai kereta hebat-hebat.
“Lelaki ke perempuan?” tanya yang menuntut di UTM.
“Lelaki ada, perempuan ada. Tapi yang ramainya perempuan.”
Penulis membiarkan mereka gelak dan ketawa bercerita pasal anak-anak perempuan orang berada yang sedang menuntut di IPTA, yang seangkatan dengan mereka.
Mereka terus bersembang. Penulis mengalih perhatian menonton siaran TV, membiarkan mereka berborak. Macam-macam hal yang mereka sembangkan. Perbualan mereka semakin rancak dan tajuknya pun berubah-ubah.
Dalam banyak perkara yang mereka bualkan, penulis tertarik dengan perbualan mereka mengenai senario politik tanah air. Mereka berbual pasal Anwar Ibrahim, pasal Ezam Mohd Noor, pasal Nik Aziz, Lim Guan Eng, Khairy Jamaluddin, DS Najib, TS Muhyiddin, Mahfuz Omar, Azmin Ali, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim dan banyak lagi nama-nama pemimpin politik yang mereka sebut.
Terbukti mereka benar-benar mengikuti perkembangan politik tanah air, terutamanya mengenai nasib dan masa depan orang Melayu.
“Minat juga kome dengan cerita-cerita politik ye? Ingatkan kome tak kisah dan tak mahu ambil tahu?” tanya penulis menyampuk.
“Kami minat kerana baca dalam blog... Pak Cik,” jawab mereka.
“Takkan nak belajar je.... Pak Cik, sesekali kami baca juga blog-blog politik. Macam-macam bolg ada dan macam-macam cerita politik boleh baca.”
“Kome ni mesti banyak baca blog pembangkang....”
“Blog pembangkang dah malap... Pak Cik. Dulu mereka memang hebat. Tapi sekarang mereka dah lemah dan macam tak bermaya je... Sekarang blog yang pro-kerajaan pulak yang mengganas...”
“Mengganas...? Mengganas macam mana tu?” tanya penulis meminta penjelasan.
“Bukan mengganas macam mana... Pak Cik, maksud saya ‘mendapat perhatian’. Tidak macam dulu. Dulu kami suka baca blog-blog penyokong pembangkang, tapi setelah macam-macam hal timbul dalam pakatan pembangkang, mereka macam terkedu dan blog-blog yang sokong UMNO atau kerajaan pulak yang mencanak ratingnya. Ramai pengunjung dan hujah-hujahnya menarik perhatian ramai.”
“Kalau begitu, dulu kome sokong pembangkang le ye?”
“Tidak juga.... Pak Cik, kami hanya suka baca je... Pembacaan kami berdasarkan kisah dan isu yang mereka timbulkan. Kami bukan sokong... kami hanya suka baca. Setengah tu kami tak fahampun apa yang diisukan”
“Kalau dah suka baca... lama-lama terikut dan tersokong le jadinya...”
“Kami tidak macam tu... Pak Cik. Kami hanya baca aje. Untuk isi masa lapang sambil berasa ingin tahu mengenai parkara-perkara yang dijadikan isu politik. Dahkah orang kita berminat sangat dengan politik, kami pun teriku sama...”
“Bagus le kalau begitu. Jangan kome asyik berpolitik pulak hinggakan mengganggu tanggungjawab dan tugas kome sebagai pelajar. Habiskan dulu pelajaran semaksimum mungkin, lepas tu bila dah keluar dan berkerjaya, masuk le mana-mana parti politik yang ada di negara kita ni. Jangan masuk Parti Komunis sudah....” kata penulis sembil ketawa.
Berdasarkan apa yang mereka bualkan, terbukti bahawa anak-anak muda kita masih ada yang memberikan perhatian kepada kepimpinan negara. Sambil belajar di IPTA, mereka juga sedang belajar memahami senario politik negara. Sebenarnya mereka banyak tahu mengenai cerita-cerita berkaitan politik dan faham apa itu politik. Mereka mampu membezakan antara yang benar dengan yang salah. Mereka faham maksud harapan negara, bangsa dan agama. Mereka bukan jahil. Cuma mereka tidak berkesempatan kerana sibuk dengan tugas menuntut ilmu sebagai kelangsungan hidup di bumi bertuah ini.
"Sekarang.... lagi sepuluh minit pukul satu, kome tak pergi Jumaat ke?" tanya penulis.
"Pak Cik bukan halau kome tapi, waktu solat Jumaat dah hampir, moh kota pergi ke masjid...."
Pak Sulung: Masih yakin bahawa generasi muda Melayu yang berpendidikan boleh diharapkan untuk menjadi generasi pimpinan masa depan negara jika mereka diberi peluang serta kesedaran jati diri yang berterusan. Yang penting kepada mereka ialah contoh teladan yang ditonjolkan oleh barisan kepimpinan negara masa kini. Mereka dapat menilai dan bersedia untuk diberikan tanggungjawab.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan