Suspek kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain....KALAULAH benar berita mengenai pembunuhan jutawan Melayu, Datuk Sosilawati yang masih dalam siasatan pihak polis itu sepertimana dilaporkan blog Gerakan Anti PKR (GAP) dan disusuli pula oleh Papa Gomo, Rakyat Malaysia dan lain-lain, terbukti bahawa tolak ansur orang Melayu dan pemimpinnya tidak bererti dan tidak memberikan sebarang kesan. Malah tolak ansur selama ini telah dianggap sebagai peluang untuk mereka bertindak sesuka hati kerana orang Melayu ‘lemah’ dan ‘tidak perkasa’.
Begitu juga kalau benarlah seorang orang kuat ‘Majlis Peguam’ – Datuk Patmanathan, terlibat sebagaimana diperkatakan, maka kes yang tragis ini boleh menimbulkan masalah besar kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Kekejaman puak-puak yang sering menuduh pihak kerajaan, khasnya pemimpin-pemimpin Melayu sebagai tidak adil, tidak telus pentadbirannya dan zalim terhadap kaum imigran itu telah melampauai batas kemanusiaan yang konon mereka perjuangkan.
Apapun, sebagai rakyat Melayu Malaysia yang tinggi tahap kesabarannya, maka seharusnya kita semua menunggu kesohehan berita oleh pihak berkuasa polis menyelesaikan penyiasatan mereka dan seterusnya mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah.
Alfatihah.....
Pak Sulung: Mengucapkan takziah kepada ke empat-empat keluarga mangsa pembunuhan kejam itu dan hanya mampu berdoa kehadhrat Allah SWT agar kesemua roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan