Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 13 September 2010

SEMOGA KENYATAAN DS NAJIB JADI PENAWAR....

KENYATAAN Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini yang bermaksud UMNO tidak bersekongkol dengan PERKASA telah menimbulkan pelbagai persepsi. Orang Melayu – sama ada yang berada dalam UMNO atau tidak, agak kurang senang dengan kenyatan itu.

Sebagaimana biasa, sesuatu isu itu akan jadi tambah menarik perhatian umum apabila ianya mendapat perhatian serta komen daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menasihatkan UMNO supaya jangan mencari atau menambah musuh.

Pendek kata, isu PERKASA ini telah menimbulkan keresahan di hati orang Melayu yang prihatin dengan masa depan umat Melayu negara ini yang seolah-olah dipecah-pecah secara tidak disedari, yang mana memungkinkan golongan tertentu lebih mudah mencapai matlamat menjadi ‘pemerintah baru’.

Alhamdulillah.... keresahan orang ‘Melayu prihatin’ itu berjaya ditenangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak melalui kenyataannya seperti yang disiarkan Bernama. Tidak syak lagi, kenyataan yang disiarkan sebagai transkripsi wawancara PM dengan Martin Soong yang disiarkan oleh CNBC Asia, Sabtu lalu itu boleh meredakan keresahan orang Melayu.

Menyentuh mengenai isu PERKASA, DS Najib dilaporkan berkata:
“Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.”

Maksudnya, PERKASA bukannya musuh UMNO atau bertentang kepentingan dengan parti keramat orang Melayu itu. Cuma, oleh kerana UMNO itu sendiri menjadi tonggak pemerintahan negara yang bergabung dengan parti-parti politik kaum lain, maka wajarlah UMNO tidak dilihat bersekongkol dengan PERKASA.

Yang penting dan seharusnya diberikan perhatian daripada kenyataan itu ialah “..... biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik.”

Semoga ‘Melayu prihatin’ yang bijaksana dan bersemangat tinggi mempertahankan kedudukan hak keistimewaan umat Melayu/Islam di negara ini dapat memahami maksud Perdana Menteri dan dalam masa sama faham maksud yang tersurat dan yang tersirat.

Sesungguhnya kita umat Melayu tidak mampu lagi berbalah sesama sendiri. Janganlah kerana hendak memperjuangkan sesuatu matlamat yang sama, niat yang ikhlas demi bangsa dan agama, bertukar menjadi perbalahan yang menambahkan lagi perpecahan sedia ada.

Cukuplah dengan karenah sedia ada oleh ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’ yang tidak putus-putus mencetuskan pelbagai isu untuk memecah-belahkan perpaduan umat Melayu/Islam, semata-mata kerana masalah sendiri dan cita-cita peribadi yang tidak kesampaian.

Pak Sulung: Yakin bahawa kenyataan DS Najib itu dapat diterima dan difahami oleh mereka yang gusar hatinya kerana isu berkenaan, demi masa depan dan perpaduan umat Melayu/Islam yang sepatutnya dijadikan tumpuan utama.

1 ulasan:

hazou berkata...

tapi seharusnya bukan cara utk tunduk pada bukan bumiputera demi 1 malaysia. Seharusnya ada timbal balik dari bumiputera dan bukan bumi putera.xperlulah nk sembang pasal ekonomi sedangkan golongan bukan bumi putera masih lagi perjuangkan pengasingan dalam pendidikan dengan SRJK mereka dan dengan najib memberi biasiswa pd mereka seperti mengiakan pengasingan yg mereka lakukan selama ini. 1 malaysia harus di capai dalam pendidikan dahulu barulah pada sektor yg lain

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog