Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Blog/Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog/Blogger. Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2011

FITNAH: Ahmad Said fail saman pemilik blog 'msomelayu' dan 'guanopulok'

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah sebelum ini.

Ahmad berkata, dua pemilik blog yang mengendalikan blog http://msomelayu.
blogspot.com dan guanopulok.
blogspot.com telah memfitnah beliau sejak tiga bulan lalu.

"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga dan SME Bank di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Rabu.

Dalam laporan 4 Oktober lalu, pemilik blog guanopulok.blogspot.com mendakwa Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral.

Ahmad menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.

Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila isu tersebut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga.

"Apa yang menyedihkan, ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, anak saya menangis ekoran fitnah itu kerana tidak tahan dengan kata-kata orang.

''Itu membuatkan saya tampil membuat laporan polis dan menyaman individu berkaitan,'' katanya.

Beliau menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.

Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan berharap undang-undang sedia ada dipinda bagi memberikan hukuman lebih berat kepada mereka yang menyalahgunakan media baru.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Itulah tindakan sewajarnya yang harus dilakukan oleh pemimpin politik atau sesiapa sahaja yang merasakan dirinya difitnah oleh para blogger melalui blog mereka.
Jangan jadi macam sesetengah pemimpin politik yang melalak ke sana ke mari mendakwa dirinya difitnah tapi tak berani nak ambil tindakan saman atau mendakwa yang memfitnahnya di mahkamah.
Negara ini ada undang-undang. Kalau benar-benar difitnah samanlah.... apa nak tunggu dan melalak dalam ceramah-ceramah politik sahaja....
Saman, jangan tak saman....

Khamis, 21 Julai 2011

Kita semakin dayus.... Kita semakin takut dengan Ambiga....


Pendatang dari India yang diberi taraf penduduk tetap? Betul ke niii...?
Ambiga perlekehkan titah YDP Agong...kita biarkan
Ambiga perlekehkan perlembagaan... kita biarkan
Ambiga perlekehkan undang-undang negara... kita biarkan
Ambiga pertikaikan undang-undang syariah islam... kita biarkan
Ambiga hasut orang melayu bencikan pemerintah melayu... kita biarkan
Ambiga hasut rakyat lawan undang-undang atas nama demokrasi... kita biarkan

Ambiga ni pendatang dari india yang mendapat taraf kerakyatan penduduk tetap, dia masuk malaysia dulu kerana ketika itu negara kekurangan peguam, bila dah dapat kerakyatan dia buat negara ni macam bapak dia punya.

Kenapa kerajaan masih lagi tak tarik lagi kerakyatan ambiga ni...? yaa kerajaan takut dan kecut perut dengan ambiga... menteri yang bertanggung jawab mengenai keselamatan dalam negeri takut dengan ambiga.

Jadi biarkan lah ambiga buat apa yang dia suka, kita biarkan lah apa yang dia nak buat pun, atas dasar demokrasi.
DARUL EHSAN TODAY

Sabtu, 4 Jun 2011

Husam boleh saman jika saya bohong - Kickdefella

PENULIS blog, Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz hari ini mencabar Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar beliau berbohong dalam kenyataan yang dibuatnya kelmarin.

Malah, beliau juga bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Husam sekiranya Husam boleh menunjukkan mana-mana bahagian dalam kenyataannya itu adalah tidak benar.

"Saya tidak menjangkakan penafian Husam kerana adalah jelas beliau tidak bercakap benar," katanya kepada Utusan Malaysia, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas reaksi Husam semalam yang menafikan pernah memberikan wang RM350,000 kepada beliau dengan alasan tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayatnya.

Kelmarin, Syed Azidi pada satu sidang akhbar membuat pendedahan pernah menerima wang sebanyak itu menerusi 'orang tengah' sebagai pampasan dan pembayaran kos tertunggak selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMKB) ditamatkan pada 10 November 2009.

Syed Azidi menambah, beliau juga mengalu-alukan mana-mana pihak terutamanya ahli dan pemimpin Pas untuk datang ke rumahnya dan melihat sendiri dokumen yang disimpannya sebagai bukti bahawa beliau menerima wang tersebut.

Ketika ditanya apakah bentuk dokumen dan bahan bukti itu, Syed Azidi bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana ia bersifat peribadi dan tidak wajar didedahkan secara umum.

"Namun saya sedia menerima kunjungan mana-mana pihak yang mahu melihat sendiri dokumen itu dan pintu rumah saya sentiasa terbuka buat mereka," katanya.

Kepada pertanyaan apakah beliau mengetahui dari mana sumber wang itu, Syed Azidi berkata, beliau difahamkan daripada 'orang tengah' Husam bahawa Husam mempunyai RM1 juta dalam akaunnya ketika itu.

Wang tersebut, kata Kickdefella, seperti yang diberitahu 'orang tengah' berkenaan, diperoleh menerusi sebuah projek pembalakan.

"Saya berjumpa orang tengah ini di sebuah hotel dan dia memberitahu dalam akaun 'ana' ada RM1 juta duit Datuk (Husam) (yang) baru 'clear' balak. Orang tengah itu kata saya boleh minta apa-apa kalau mahu," katanya.

Syed Azidi menambah, ketika itulah beliau meminta supaya hutang (kos tertunggak) berjumlah RM50,000 diselesaikan manakala jumlah bahagiannya (wang pampasan) diserahkan kepada orang tengah itu untuk menentukan.

Katanya lagi, orang tengah itu jugalah yang mencadangkan kepada Husam supaya dibayar sebanyak RM300,000 dan jumlah itu pula dipersetujui oleh Husam.

"Semuanya menerusi orang tengah ini tetapi selepas meminta kebenaran Husam," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kisahnya dapat menjelas kedudukan sebenar hubungan antara Husam-Kickdefella yang sebelum ini timbul pelbagai cerita mengenainya.

Ceritanaya, Husam bagi Azidi RM350k pada 2009. Bila beliau dedahkan Husam tidak mengaku dan nafikan sekeras-kerasnya.

Sekarang Kickdefella minta Husam saman dia dimahkamah kalau Husam benar. 

Sama-sama kita tunggu apa pula kata Husam seterusnya. Beranikah dia saman Azidi?

Jumaat, 3 Jun 2011

"Husam Pernah Bagi Saya Wang Pada 2009," kata Kickdefella

PENULIS blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lepas.

Syed Azidi berkata wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Sambil menafikan laporan beberapa laman web kebelakangan ini bahawa beliau telah dibayar oleh Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan calon naib presiden PAS pada pemilihan parti minggu ini, untuk membantunya berkempen, beliau berkata fakta dan tempoh waktu kejadian telah diputar belit.

"Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di China daripada Husam baru-baru ini adalah tidak benar," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Khamis.

"Semenjak 9 Nov 2009, Datuk Husam dan saya tidak pernah bertemu, melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar pesanan rigkas," katanya.

Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju.

Beliau menjelaskan wang tersebut telah diberikan sebagai bayaran kos tertunggak bernilai RM50,000 manakala selebihnya sebagai pemberian "ihsan dan simpati", dan bukannya bayaran menutup mulut.

"Wang tersebut telah diberikan secara tunai oleh individu tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga bulan dari November 2009," katanya sambil enggan menamakan individu tersebut.

Syed Azidi yang menganggap Husam sebagai sahabat istimewa berkata beliau juga tidak tahu sama ada wang tersebut adalah wang peribadi Husam.

Katanya kali terakhir beliau melawat China ialah pada Disember 2009.

"Saya yakin maklumat inilah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat...kononnya saya bertemu Husam di China dan tranksaksi dibuat di sana minggu lepas," katanya.

Katanya beliau juga percaya orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat ini ialah seorang individu yang juga berkait rapat dengan salah seorang calon naib presiden PAS.

Sementara itu, Husam ketika dihubungi Bernama menafikan beliau memberikan sejumlah wang tersebut kepada Azidi pada 2009.

"Saya menafikannya. Saya juga tidak ada pembantu. Kalau dia diberhentikan oleh PMBK, itu hal dia, mengapa pula saya mahu bagi dia wang pampasan? Saya bukan majikannya," katanya.

Dalam satu kenyataan melalui SMS kepada Bernama beliau juga menafikan ada menpunyai wang sebanyak itu.

"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya," katanya.

Husam juga hairan dengan tindakan Azidi yang mengeluarkan dakwaan tersebut menjelang pemilihan esok.
Katanya dakwaan Azidi mengenai perhubungan mereka melalui telefon adalah palsu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Biasalah.... Kalau ahli politik dan artis selalu menerima pelbagai gosip, maka blogger-blogger yang hebat juga tidak terkecuali.

Apabila blogger menerima gosip atau tuduhan atau ulasan oleh pemimpin dan masyarakat umum, bermakna blogger itu ‘hebat’.

Justeru itu, kalau ‘kehebatan’ yang dicari oleh para blogger, maka kira berhasillah....

Apapun, Kickdefella telah menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Yang penting beliau mengaku telah menerima bayaran RM350k oleh Husam. Dari mana wang itu datang - sama ada dari kerajaan negeri atau agensinya atau duit peribadi Husam, itulah yang menjadi isu pulak.

Bak kata pepatah, ‘Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.’

Penjelasan itu membuktikan bahawa Azidi telah menerima bayaran yang banyak kerana pemecatannya dari jawatan tertentu di agensi kerajaan Kelantan. Husam telah berbudi kepadanya. Kepada Azidi, Husam adalah sahabat dan pembelanya dalam isu pemecatan berkenaan.

Oleh itu, sebagai manusia yang ingin membalas budi atau mengenang jasa orang, adalah menjadi tanggungjawab peribadi Kickdefella membantu semampu mungkin kempen Husam yang akan bertanding jawatan Naib Presiden Pas pada Muktamar ke-57 ini.

Bagaimanapun, apabila Husam sendiri menafikannya, bermakna ada yang tersirat disebalik yang tersurat....

Begitulah agaknya senario kisah Husam-Kickdefella....

Sabtu, 7 Mei 2011

Pendedahan Laman Blog Mengenai Majlis Pertemuan Paderi Diserah Kepda SKMM. Ada kemungkinan bertujuan mengalih isu video seks dan kes liwat?

PENDEDAHAN dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang, Sabtu.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak.

Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini.
- Bernama


SATU MELAYU:
Isu agama adalah isu sensitif yang boleh menimbul-
kan huru-hara di negara majmuk perlabagai agama seperti Malaysia.

Pihak yang menimbul-
kannya sudah tentu mempunyai niat supaya timbul kekacauan dan huru hara di negara bertuah ini.

Ada kemungkinan isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalih isu ‘video seks’ dan ‘kes liwat II’ yang meresah dan menganggu fokus politik puak pembangkang yang kian luntur.

Apabila individu yang didakwa ada kaitan dengan isu video seks berkenaan tidak mampu menjawab tuduhan, malah melalut ke laut dalam ucapan-ucapannya sejak akhir-akhir ini, memungkinkan para penyokong beliau berusaha mengalihkan isu itu dengan menimbulkan isu yang sensitif – isu agama.

Segalanya serba mungkin....

Ahad, 1 Mei 2011

TAHNIAH UNTUK TUN Dr. MAHATHIR: Persidangan Bloger Sedunia Di Kuala Lumpur Bulan Depan

SATU persidangan bloger sedunia akan diadakan di Kuala Lumpur bulan depan di mana mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang penulis blog dijemput untuk menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.

Kemunculan Dr Mahathir adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan bloger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lepas.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata acara tersebut juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas.

"Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Kita sudah menerima banyak permohonan dari pelbagai negara untuk menyertai perhimpunan kali ini dan kita menjangkakan penulis blog dari hampir seluruh dunia akan hadir," kata Shahrul Hameed.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes turut diundang untuk menyampaikan ceramah.
- Bernama

SATU MELAYU:
Cyberjaya - 'Silicon Valley' Malaysia
Semua ini terjadi dan mampu menjulang nama Malaysia di persada dunia kerana idea dan pandangan jauh Tun Dr. Mahathir ketika menjadikan multimedia sebagai salah satu daripada pembangunan negara yang diutamakan ketika pentadbiran beliau.

Ditambah lagi dengan tindakan Tun yang menjadi blogger terkenal selepas bersara dari politik, menambahkan lagi kesedaran mengenai peranan media baru dalam pembangunan sesebuah negara.

Justeru itulah, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berazam untuk meneruskan segala idea dan pembangunan prasarana multi media di negara ini.

Terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak pernah berhenti menyumbangkan idea walaupun telah bersara.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog