Berdegup kuat jantung Awang. Tetapi itulah yang dijaja oleh seorang pemimpin Pas Perak pada satu majlis ceramah, baru-baru ini. Di kalangan Pas, pemimpin itu dianggap pro Anwar Ibrahim dan juga condong kepada DAP.
Perkara tersebut belum dilaporkan oleh media sebelum ini. Awang mendapat tahu daripada satu sumber yang mempunyai bukti mengenainya.
Pemimpin berkenaan membayangkan perubahan dasar itu nanti melibatkan jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga panglima ketiga-tiga perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara.
Inikah pemimpin Pas Perak yang dimaksudkan? |
Pada Awang, sistem pelantikan panglima yang diamalkan sekarang adalah sesuai dan praktikal kerana mengutamakan soal merit dan kebolehan. Ia bukan berorientasikan kaum. Namun semua orang tahu, majoriti pegawai dan anggota tentera adalah daripada kalangan Melayu, diikuti bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum lain yang jumlahnya amat kecil. Maka sudah tentu potensi kalangan pegawai Melayu untuk menyandang jawatan tertinggi adalah lebih besar.
Dalam kita sangat mengharapkan perubahan sikap untuk anak-anak muda semua kaum menyertai ATM, janganlah dinafikan realiti.
Sepatutnya pemimpin berkenaan bersama-sama berkempen meningkatkan lagi jumlah bukan Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan tentera. Karier ketenteraan yang dianggap tidak ‘menguntungkan’ oleh golongan tertentu, sesungguhnya adalah mulia dan wajar didokong serta menjadi pilihan semua kaum.
Pada masa yang sama, ATM memberi banyak peluang kenaikan pangkat kepada pegawai dan anggota bukan Melayu. Jumlahnya makin meningkat dari semasa ke semasa dan ada yang pernah menyandang pangkat setinggi Mejar Jeneral. Malah jawatan Panglima TLDM pernah disandang oleh pegawai daripada kaum India iaitu, Laksamana Madya, K. Thanabalasingam.
Kalau dibandingkan dengan negara jiran Singapura, peluang kaum minoriti dalam perkhidmatan tentera di negara kita jauh lebih baik. Di Singapura, nasib kaum Melayu amat menyedihkan.
Jangankan untuk menyandang jawatan dan pangkat yang tinggi, untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang juga tidak berpeluang. Pegawai tentera Melayu seperti tidak dipercayai kesetiaannya dalam tentera Singapura. Negara mana yang lebih terbuka.
Jangankan untuk menyandang jawatan dan pangkat yang tinggi, untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang juga tidak berpeluang. Pegawai tentera Melayu seperti tidak dipercayai kesetiaannya dalam tentera Singapura. Negara mana yang lebih terbuka.
- Mingguan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan