Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 11 Jun 2011

“Pas berbohong: Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” – Isa Samad.

PAS telah melakukan pembohongan apabila mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sejak sekian lama Pas mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga menimbulkan perdebatan dengan UMNO, tetapi kini ia mengetepikan perjuangan tersebut.

“Berapa lama Pas bersumpah hendak jadikan Malaysia negara Islam, (sampai) berbuih mulutnya. Minggu lepas sudah tak jadi pula.

“Cuba anda semua tengok. Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 berkata, parti tersebut memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu.

Mohd. Isa berkata, rakyat sewajarnya memikirkan dengan serius siapa yang paling layak antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hadi atau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, demi masa depan generasi akan datang.

Katanya, bakat atau kehebatan Abdul Hadi bercakap mengenai soal ekonomi atau negara bangsa kelihatan tidak menonjol, manakala Anwar pula dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Sehubungan itu, katanya, BN perlu menang bukan kerana gilakan kuasa, tetapi bagi memastikan negara ini yang dibentuk sejak berpuluh tahun lalu terus ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak.

Mohd. Isa juga menyeru ahli UMNO supaya sentiasa menyokong parti dan BN dalam apa juga keadaan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sikap buruk seperti merajuk atau mensabotaj parti apabila tidak dicalon atau calon kegemaran masing-masing tidak terpilih mesti diketepikan.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Dulu, kerana ‘Amanat Haji Hadi’, Ibrahim Libya dan beberapa pengikut Pas sanggup menyerang Polis hingga terbunuh. Kononnya kerana memperjuangkna Islam dan Negara Islam.

Kini, kerana ‘Anwar Ibrahim’, Hadi bawa Pas keluar daripada memperjuangkan Islam dan negara Islam untuk memastikan Pas disokong oleh pengundi-pengundi kaum Cina pada PRU-13 nanti.

Matlamatnya satu iaitu memastikan ‘Pakatan Haramjadah’ menang dan Anwar Ibrahim berjaya diangkat jadi Perdana Menteri ke tujuh.

Bolehkah Anwar jadi PM kalau sebelum PRU-13 dia merengkok di penjara kerana kes meliwat Saiful?

Apabila Anwar tak boleh, siapa yang akan jadi PM menggantikan Anwar kalau bukan Abdul Hadi Awang?

Bila Hadi jadi PM, tidak mustahilkah dia akan tukar semula dasar perjuangan Pas kepada memperjuangkan Islam? Kalau label Islam pada Pas boleh dicampak bila tidak diperlukan, tidak mustahilkah akan diguna semula ketika Hadi mahu mengekalkan kuasanya sebagai PM?

Bila 'berbohong' dah jadi amalan, bila-bila masa dia boleh berbohong dalam semua hal dan urusan....

1 ulasan:

TiS berkata...

Sayang sekali, orang Melayu lebih suka cerita dan janji yang molok-molok.

http://dtenggara.blogspot.com

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog