Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 5 Jun 2011

Maka bertukarlah 'Parti Islam' kepada 'Parti Kebajikan' demi Anwar dan Putrajaya....

MUKTAMAR PAS ke-57 telah dimaklumkan bahawa dasar perjuangan parti itu tidak lagi berhasrat untuk menubuhkan ‘negara Islam’, sebaliknya beralih kepada menubuhkan ‘negara kebajikan’. Justeru, slogan ‘negara Islam’ yang dilaungkan selama lebih 20 tahun telah dikebumikan.

Penukaran itu telah diistihar sendiri oleh Presiden yang menang tanpa bertanding, Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Jumaat, 3 Jun 2011.

Alasan yang diberikan oleh Hadi ialah kerana di dalam al-Quran tidak terdapat  atau tidak disebut ‘negara Islam’. Yang ada hanyalah ‘negara kebajikan’.

Tak sangka selama ini para pemimpin Pas yang menampilkan diri sebagai orang alim dan berilmu tinggi dalam Islam tidak penah tahu bahawa di dalam al-Quran tidak terdapat istilah ‘negara Islam’. Hanya pada tahun 2011 ini sahaja barulah mereka terjumpa.

Bagaimanapun, nama Islam pada parti masih tidak berubah, iaitu Parti Islam Se Malaysia. Mungkin selepas muktamar nanti kepimpinan Pas akan mengemukakan permohonan resmi kepada Pendaftar Pertubuhan untuk menukar nama parti dari PAS kepada PKM – Parti Kebajikan Malaysia.

Jika pihak Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskannya kerana singkatan PKM sama seperti Parti Komunis Malaya yang diharamkan, sewajarnya singkatan nama itu menjadi PKSM yang membawa maksud Parti Kebajikan Se Malaysia.

Selepas ini rakyat bolehlah menilai apa maksud ‘kebajikan’ yang dilakukan Pas terhadap rakyat khususnya di negeri Kelantan dan Kedah di mana parti itu berkuasa penuh. Rakyat di kedua-dua negeri itu seharusnya menantikan kebajikan seperti yang terdapat dalam al-quran atau as-sunnah.

Benarkah pertukaran dasar perjuangan parti itu kerana al-Quran atau ada sebab lain?

Sebagaimana yang termaklum kepada rakyat umum, semua ini dilakukan semata-mata kerana mahu mengekalkan persahabatan dengan PKR dan DAP dalam ‘pakatan haram jadah’ yang bercita-cita mahu menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas PRU-13 nanti.

Apakah kerana amalan atau tabiat bakal Perdana Menteri itu sangat bercanggah dengan ajaran Islam sebenar, maka Pas terpaksa mengorbankan dasar perjuangannya? Atau kerana Anwar mengamalkan ‘plurelisme’, maka terpaksalah Pas menjauhkan diri daripada berjuang menegakkan ‘negara Islam’?

Analogi perjuangan Pas kini?
Atau kerana pakatan akan memperjuangkan penggunaan nama ‘Allah’ oleh semua agama yang terdapat di negara ini, maka Pas terlebih dahulu mestilah menguburkan slogan ‘negara Islam’?

Apapun alasan tersirat yang dikenakan oleh Anwar dan DAP terhadap Pas, semuanya menjurus kepada kerana mahu bersama-sama menumbangkan Umno/BN yang menjadi musuh paling utama bagi pakatan. Tak kira apa cara sekali pun Umno/BN mesti ditumbangkan melalui Pru-13, walaupun terpaksa mengamalkan ajaran dan hasutan syaitan.

Rakyat umum, terutamanya orang Melayu sangat sedar bahawa perjuangan Pas tidak akan mendapat sokongan kaum Cina jika parti itu masih dianggap mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Inilah hasil kajian sistemaik DAP yang mendapti kaum Cina tidak akan menyokong pakatan jika Pas masih mahu menubuhkan negara Islam. Orang Cina sangat takutkan negara ini mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya kerana mereka banyak buat ‘kerja haram’ yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara pertama yang kaum Cina sangat takut ialah membatalkan lesen judi serta pelbagai aktiviti maksiat seperti rumah pelacuran, rumah urut dan lain-lain pusat maksiat yang seangkatan dengannya.

Apa yang Dr. Harun Din boleh buat?
Dalilnya lihat apa yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor setelah DAP dan PKR berkuasa. Pusat-pusat kegiatan maksiat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Setiap hari rakyat didedahkan dengan berita penahanan ramai wanita Cina yang datang sebagai pelancong tetapi menjadi palcur di tempat-tempat maksiat yang disediakan oleh puak kongsi gelap yang bersekongkol dengan DAP.

Malah menurut Datuk Eskay, Anwar Ibrahim yang bakal jadi PM itu pun suka melanggan pelacur dari negara Cina sebagaimana yang didakwanya terdapat dalam video seks yang jadi isu negara masa kini.

Begitulah nasib malang yang menimpa ahli-ahli Pas yang selama ini ditarbiah supaya membenci dan memusuhi Umno dengan dakwaan bahawa parti untuk orang Melayu itu tidak islamik dan tidak mengamalkan ajaran Islam.

Kini setelah nampak peluang untuk dapat kuasa dan dapat jadi menteri (bukannya Perdana Menteri pun), Hadi tergamak menjilat semula ludah yang bertahun-tahun dihamburkan pemimpin Pas kepada para penyokong parti itu.

Mungkin kini Hadi dan barisan kepimpinan baru Pas yakin bahawa tarbiah Pas selama ini dalam hal membenci Umno/BN sudah sebati dan tidak mampu diganggu-gugat lagi, maka tibalah masanya dasar itu ditarik demi memberi ruang kepada kaum Cina pula untuk menyokong Pas.

Makhluk yang bakal mentarbiah ahli-ahli Pas nanti....
Jelaslah semuanya dilakukan demi menseimbang-
kan dasar parti dengan Perdana Menteri yang bakal dinobatkan yang diketahui rakyat tersangatlah ‘tidak islamik’, malah lebih teruk daripada sejahil-jahil umat Islam.

Kesimpulannya, kerana Anwar, Putrajaya dan mengimpikan jawatan mentadbir negara, Hadi Awang selaku Presiden Pas telah melencongkan dasar perjuangan asal Pas.

Tepatlah seperti yang dikatakan oleh ramai orang: “Apabila Anwar bin Ibrahim turut campur dalam sesuatu organisasi, maka tunggulah kebinasaannya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog