Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 6 Jun 2011

Pas terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam....

Prof. Madya Mohd Noor Deris
PAS kini terjerumus ke dalam 'pakatan ahzab' apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Tegas beliau, parti Islam hanya layak dipimpin oleh ulama yang berakhlak mulia justeru keputusan yang diumumkan semalam merupakan perubahan radikal yang menunjukkan ada pemimpin yang tidak menepati kriteria itu terpilih.

Mohd. Noor berkata, perkembangan itu juga menunjukkan ini adalah peluang terbaik barisan ulama Pas untuk bermufarakah dengan parti itu dan menyertai beliau untuk memperjuangkan Islam di luar Pas.

"Pengajian pendidikan Islam mestilah tinggi. Kepimpinan ini mestilah orang yang berakhlak mulia tetapi jawatan baru itu kita tidak mahu kata dia jahat cuma dari segi akhlak tidak berapa sangat.

"Yang keduanya, pemimpin sepatutnya mempunyai nama baik tidaklah kurang akhlak seperti PKR. Oleh kerana Pas sekarang bekerjasama dengan PKR dan DAP bererti pakatan ini kalau dalam bahasa Quran dipanggil pakatan ahzab," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Ahad.

Mohd. Noor berkata pakatan ahzab jika dirujuk dalam al-Quran merujuk kepada beberapa puak yang bergabung untuk menghancurkan kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad di Madinah suatu ketika dulu dan pakatan tersebut telah wujud di negara ini sekarang.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kalau di muktamar ke-57, Datuk Dr. Harun Din dedahkan bagaimana Suara Keadilan memutarbelitkan kenyataannya mengenai halal/haram membaca akhbar Utusan Malaysia, kini Prof. Madya Mohd Nor Deris yang terkenal lantang mengkritik Nik Aziz pula melabelkan parti itu bagaikan kumpulan Ahzab di zaman Rasulullah.

Kekalahan teruk golongan ulamak dalam kepimpinan Pas pada pemilihan di muktamnar minggu lalu itu jelas menjadi isu hangat yang menarik perhatian para ilmuan Islam di negara ini.

Tidak mustahil lebih ramai lagi tokoh ulama yang pernah bersama Pas satu ketika dulu akan membuat kenyataan kurang senang mengenai halatuju perjuangan Parti jenama Islam itu setelah melihatkan barisan kepimpinan terkini yang dilihat bukan dari kalangan berpendidikan agama.

Lebih teruk lagi ada yang berpendapat ada antara mereka yang terpilih itu agak kurang baik akhlaknya.

Kalau Umno pernah melalui zaman perpecahan sesama sendiri kerana pemimpin-pemimpin tertentu yang tersasar perjuangannya, apakah tidak mungkin kini Pas pula menerima nasib serupa? Kedua-dua Umno dan Pas adalah parti politik terbesar umat Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Tidak mustahil ada tangan-tangan ghaib yang mahu memecahbelahkan orang Melayu yang berjuang atas nama Islam demi mencapai matlamat meruntuhkan perpaduan umat Melayu/Islam di semua lapisan.

Setelah Melayu Pas dan Umno dilagakan semahu-mahunya hingga ada yang tidak bertegur sapa kerana fahaman politik, kini tiba giliran Pas itu sendiri dipecahbelahkan pula dari dalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog