Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 8 September 2011

‘Sebab pulut santan binasa, sebab mulut Mat Sabu popular....’

KOMEN dan ulasan umum terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas – Mat Sabu, mengenai siapa yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan negara, masih menjadi tajuk perbulan di mana-mana. Bukan sahaja di kebanyakan media, di kedai-kedai kopi juga serupa. Ramai yang bersembang mengenai kenyataan kontroversi yang mencecah tiga minggu diperkatakan itu.

Entri ini SM tulis berdasarkan perbualan dengan rakan-rakan pencen semasa bersarapan pagi hari ini. Macam-macam komen dan pendapat mengenai Mat Sabu diperbualkan. Semuanya mengkritik dan mengecam apa yang terhambur dari mulut celupar anak Melayu yang jadi kuda tonggangan DAP itu.

Menariknya, salah seorang rakan berkata, ‘Sebab pulut santan binasa, sebab mulut Mat Sabu popular....’. Agak menarik juga kata-kata itu. Lucu dan penuh makna.

“Yer tak yer jugak. Mat Sabu kini sangat popular. Semua orang yang bersembang cakap pasal dia kata Mat Indera dan komunis yang serang balai polis di Bukit Kepong itulah pejuang sebenar...” sahut SM meminta ulasan lebih lanjut darinya.

“Itulah yang dikehendaki oleh Mat Sabu. Sebagai orang politik dia sangat memerlukan populariti sebegitu. Tak kiralah kerana apa. Oleh kerana dia berada di pihak pembangkang, mana dia ada peluang nak popular kerana berkhidmat kepada rakyat. Maka dia gunalah mulut celuparnya untuk menarik perhatian. Itu ajer yang dia ada. Dia gunakanlah sebaik mungkin,” katanya menyambung perbualan.

“Yang lain-lain aku tak kisah. Yang aku pasti, Mat Sabu memang pandai main isu. Dengan sedikit komen kontroversi dia popular dan lain-lain hal yang panas sebelum ini semuanya jadi sejuk. Kejap ajer orang dah lupa, dah tak kisah dan tak disembangkan lagi,” kata seorang dari rakan yang duduk sarpan bersama.

“Apa yang kita semua dah lupa tuuu?” tanya SM memancing komennya.

“Aiii! Takkan miker tak sedor? Bila Mat Sabu sanggah fakta sejarah perjuangan orang Melayu, perhatian terhadap isu murtad di Selangor dah jadi sejuk. Kes liwat Anwar-Saiful di mahkamah ramai yang dah tak peduli. Kes Anwar dituduh Datuk Eskay melanggan pelacur China Doll siapa pun dah tak kisah. Kalau tak silap laporan polis mengenai kes itu dah lama siap. Dah dihantar ke pejabat Peguam Negara.... tapi hingga hari ni tak dengor habor.... sejuk dan beku. Macam masuk dalam peti ais,” jawabnya selamba.

“Tapi laporan polis mengenai isu Mat Sabu dengan kisah Bukit Kepong ini pun dah siap juga. Mungkin dah sampai ke Peguam Negara,” jawab seorang lagi rakan.

Tambahnya, “Jangan ini pun jadi macam laporan isu video seks Anwar dengan China Doll tu dah lerrr....”

“Memang betul. Dia berjaya menarik ramai pemimpin, tokoh sejarah, NGO dan macam-macam orang bertumpu kepada apa yang dikatakannya itu. Hinggakan di Ipoh ini pun akan diadakan satu forum khas mengenai Mat Indera. Kalau tak silap teman, pada Jumaat ini....” jelas seorang rakan lain menyampuk perbualan kami.

“Yer ker? Moh kita pegi! Kita dengor apa demer kata.... Lagi pun kita tak ada nak buat aper...” sahut seorang rakan yang lain.
“Boleh juga! Tapi di mana dan pukul berapa? Solat Jumaat macam mana?”
“Kalau tak silap aku tempatnya di Auditorium Majlis Bandararaya Ipoh (MBI). Hari Jumaat jam 3.00 petang. Dan forum itu bertajuk "Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?". Lebih kurang macam itu ler bunyinya....

“Bagus tu! Elok kita pegi dengor...”
“Boleh kita jadikan modal berlabun yerrr?, celah seorang rakan lagi sambil kami semua ketawa serentak.

“Boleh tu memang boleh dan memang elok bebenor.... tapi siapa ahli panelnya.... nak tau juga.... Dari mana miker dapat habor niiii... Betoi kerrr? Nanti kita pegi apapun tak ada....”
“Tadi anak teman bagi tau. Dia baca dalam internet.... Berita Bernama Online katanya.... Dan kenyataan itu dikeluarkan oleh pejabat MB katanya.... Anak teman tu memang selalu gitu... kalau ada berita mengenai politik sebegitu, dia suka beritahu teman....”

“Ada dia habor nama panel-panelnya?”
“Ada! Empat orang... yang aku ingat Prof. Khoo Kay Kim, Prof Ramlah Adam... Dua orang lagi tu siapa yer... lupa pulak teman, nanti teman ingat.... Oh! Yerr... bekas KPN Tun Hanif dan Tan Sri Yuen Yuet Leng, bekas Ketua Polis Perak duluuuu...”

“Bagus tu.... moh kita pegi ramai-ramai esok. Kita dengor apa yang demer cakap.... jangan dok dengor cakap di kedai-kedai kopi jerr....” sahut SM sambil kami semua ketawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog