Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 7 September 2011

Kenyataan Mat Sabu Pamer Gelagat Sebenar Perjuangan PAS - Dr Mahathir

PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.

"Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Ilmu Wacana Pemikiran Bersama anjuran kerajaan negeri Melaka dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah.

Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.

Ditanya sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Timbalan Presiden PAS itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.

"Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa," katanya.
- Berita: Bernama

SATU MELAYU:
Makhluk parasit yang bakal  menghancurkan PAS dari dalam....
Kesian dengan Umat Melayu/Islam yang selama ini begitu yakin dengan perjuangan Pas dianggap sebagai pejuang Islam, hinggakan ada yang pernah beranggapan bahawa mati sebagai ahli Pas boleh menjamin masuk syurga.

Walaupun itu adalah kisah lama, tetapi dengan perkembangan terbaru Pas sejak menabalkan Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua parti itu, segalanya terserlah dengan sendirinya. Semuanya bohong dan apa yang diuar-uarkan selama ini adalah auta semata-mata.

Lebih teruk lagi segalanya mendedahkan bahawa pemimpin Pas kini bertuhankan undi. Dan undi yang sangat dipuja mereka pula ialah undi kaum kafir harbi.

Tepatlah seperti apa yang Tun katakan: "Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa."

Siapa yang suka dirinya tertipu dan terus ditipu untuk selama-lamanya, maka kekalkanlah sokongan dan kesetiaan kalian dengan parti berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog