Siapa tembak Noramfaizul?
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kematian Noramfaizul Mohd. Nor dalam kejadian tembakan di Somalia, kelmarin menimbulkan seribu tanda tanya berhubung siapa yang bertanggungjawab melepaskan tembakan dan bagaimana jurukamera itu terkena tembakan.
Berdasarkan kesan tembakan pada jenazah jurugambar BernamaTV itu, kemungkinan beliau ditembak dari arah atas lalu mengenai bahu kanannya dan menembusi rusuk kirinya.
Ada juga pihak yang mendakwa Allahyarham ditembak dari arah kiri lalu mengenai rusuk kirinya dan menembusi paru-parunya sehingga ke bahu kanan.
Akibat tembakan itu, Noramfaizul, 39, gagal diselamatkan meski sempat diberikan rawatan awal di bilik pembedahan di hotel penginapannya terletak dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, Mogadishu, Somalia.
Pelbagai pihak juga membuat pelbagai andaian berhubung siapakah yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu.
Utusan Malaysia difahamkan, Noramfaizul ditembak oleh tentera Kesatuan Afrika (AU).
Saksi di tempat kejadian berkata, mereka melihat tentera AU bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Noramfaizul bersama lima lagi krew televisyen dari Malaysia yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia.
Menurut saksi, AU mahu menjadikan insiden tembakan itu sebagai alasan bagi menunjukkan Somalia masih tidak selamat dan masyarakat antarabangsa perlu campur tangan.
Katanya, AU juga berharap militan al-Shabab akan dituduh melakukan perbuatan itu.
Semua itu dilakukan AU untuk membolehkan AU terus diberi mandat dengan peruntukan berbilion dolar bagi menjaga keselamatan di negara ‘Tanduk Afrika’ itu, kata saksi itu kepada wartawan Utusan Malaysia yang turut menyertai misi bantuan itu.
Ada juga pihak yang mendakwa tembakan berkenaan dilakukan oleh militan Al-Shabaab yang sejak awal lagi tidak menyukai mana-mana negara memasuki Somalia membawa bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa kebuluran.
Bagi al-Shabaab, Somalia adalah ‘tanah’ mereka dan semua pihak perlu mendapatkan kebenaran militan itu untuk memasuki negara berkenaan.
Ada juga pihak mendakwa tembakan yang turut mencederakan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan, 26, itu dilakukan individu tertentu yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bantuan.
Pihak lain pula mendakwa tembakan itu dilepaskan oleh pihak yang tidak menyukai rakyat Barat memasuki Somalia.
Atas dasar benci itu, mereka bertindak melepaskan tembakan amaran yang mengenai pacuan empat roda yang dinaiki pengamal media dari Malaysia.
Seramai 15 wartawan Malaysia termasuk seorang wartawan Utusan Malaysia dan dua blogger menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia itu.
Misi yang bermula pada 28 Ogos itu dijadual berakhir pada 9 September ini, tetapi misi itu ditamatkan semalam ekoran insiden itu dan semua anggota misi serta wartawan Malaysia terbabit tiba di tanah air pagi ini bersama jenazah Noramfaizul. – Utusan
SATU MELAYU:
Jenazah Allahyarham Noramfaizul telah selamat dikebumikan dalam suasana pilu dan penuh penghormatan oleh para pemimpin negara.
Bagaimanapun, siapa sebenarnya yang menembak Jurukamera Bernama itu agak menarik untuk diperhatikan.
Kisahnya merupakan sebuah kisah hidup manusia di bumi Allah ini di mana dalam keadaan ada pihak yang sudi dan bersedia membantu kesengsaraan yang menimpa umat Islam di Somalia itu, rupa-rupanya ada pula pihak yang kurang senang hati dengannya.
Kerana apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan