Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 7 September 2011

Sejarah Betrulang: Mat Indera tertipu oleh komunis, Mat Sabu tertipu oleh DAP.... Mat Sabu bagaikan ‘biawak hidup’ dalam Pas yang terpaksa didukung oleh ahlinya....

ISU kenyataan biadab Mat Sabu terhadap anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong yang dianggapnya sebagai pengkhianat bangsa kononnya jadi tali barut penjajah Inggeris masih terus diperkatakan umum.

Begitu juga dengan kritikannya terhadap Allahyarham Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang mana pada pendapatnya adalah alat penjajah dan bukannya pejuang bangsa, jauh sekali dianggap sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Sebaliknya Mat Sabu mengangkat pejuang komunis Malaya yang mahu merampas Tanah Melayu daripada diserahkan oleh British kepada orang Melayu. Mat Sabu mengangkat Mat Indera yang kononnya mengetuai serangan komunis di balai polis Bukit Kepong itulah sebenar-benar pejuang Melayu.

Persoalannya, kenapa Mat Sabu jadi begitu? Kenapa dia sanggup melawan arus dan memilih tragedi Bukit Kepong sebagai alat untuk mempopularkan dirinya?

Tidak ada kemungkinankah Mat Sabu juga sama seperti Mat Indra? Kalau Mat Indera terpengaruh dengan pujukan komunis kononnya untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris, Mat Sabu pula terpengaruh dengan pujukan untuk menumbangkan UMNO/BN yang sangat dimusuhinya?

Jikalau Mat Indera yang berjuang dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) termakan pujukan komunis, tidakkah Mat Sabu juga yang kini jadi pemimpin nombor dua Pas itu juga termakan pujukan DAP yang niat sebenarnya meneruskan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) merampas kuasa negara ini dari tangan orang Melayu?

Sebagaimana yang diceritakan orang, Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948. Beliau mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.

Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga (militan PKM), maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza.

Hakikatnya, atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan itu, Mat Indera tidak tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong itu.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Tapi sebaliknya gerila-gerila bintang tiga kaum Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya.

Setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu, Mat Indera telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan.Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau.Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Kerana percayakan janji dam muslihat komunis dari kaum imigran Cina, Mat Indera akhirnya secara tidak langsung tercap sebagai pengkhianat bangsa, walaupun niatnya untuk membebaskan Malaya daripada tangan
penjajah Inggersi dengan caranya sendiri.

Maka begitu jugalah dengan Mat Sabu sekarang. Dia bolerh dianggap jelmaan kisah Mat Indera. Kerana taksubkan janji manis si pembohong Guan Eng dan bapanya Kit Siang, Mat Sabu sanggup jadi penderhaka bangsa Melayu.

Akibat kenyataannya menjadi tentangan bertali arus majoriti rakyat, Pas terpaksa membela Mat Sabu dengan cakap yang berputar belit.

Hakikatnya, Mat Sabu kini telah jadi ‘biawak hidup’ dalam Pas. Dan para penyokong, ahli dan segelintir pemimpin terpaksa ‘mendukung biawak hidup’ itu walaupun sangat menyusahkan.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog