Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 4 September 2011

‘Sedarkah Mat Sabu, jika komunis perintah Malaya, PAS itu akan diharamkan? Bangang punya pemimpin PAS....’

MACAM-macam komen dan kecaman yang telah kita dengar, baca dan lihat di media letronik terhadap Timbalan Presiden Pas – Mat Sabu, mengenai kenyataannya bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke Balai Polis Bukit Kepong, Johor itu sebagai pejuang kemerdekaan.

“Mat Sabu kena sekolah balik kerana masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati.”
Datuk Seri Noh Omar.

Sementara Datuk Dr Awang Adek Hussin pula meminta PAS menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Mat Sabu kerana sehingga kini parti itu hanya berdiam diri dan membiarkan Mat Sabu mempertahankan dirinya sendiri.

“Dia (Mat Sabu) boleh diibaratkan individu ‘putus wayar’ dan buta sejarah. Dia seharusnya teliti semula fakta sejarah kerana kenyataannya itu jelas memperlekehkan sejarah negara kita. Komunis antiagama, takkan dia mahu agung-agungkan kumpulan seperti itu.” -
Datuk Ahmad Maslan

“Saya kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang sanggup menghina polis dan tentera yang berjuang demi kepentingan politik. Ini belum lagi memerintah, kalau memerintah tidak tahu apa yang mereka buat lagi.” - Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Manakala Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Mat Sabu mengagungkan komunis kerana PAS sebelum ini sudah banyak menghalalkan cara seperti menggunakan Islam untuk mencapai matlamat mereka selain menggadaikan prinsip perjuangan kemerdekaan kerana mahu berkuasa.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron pula melabel PAS sebagai parti politik malang kerana mempunyai seorang Timbalan Presiden 'tin kosong' yang hanya tahu bercakap tanpa menggunakan akal, semata-mata kerana kepentingan politik.

Demikianlah hebatnya apa yang dicetuskan Mat Sabu pada bulan Ramadhan lalu itu. Hingga kini ianya masih semerbak. Masih panas. Setiap hari kita akan temui pelbagai komen di media massa – cetak dan letronik.

Bagaimanapun, seorang sahabat yang SM temui di majlis jamun raya selepas zohor tadi berpendapat, “Mat Sabu cakap ikut sedap mulut tanpa guna otak. Dia sokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara. Sedarkah dia bagaimana keadaan negara kita sekarang kalau negara ini jatuh ke tangan komunis selepas tentera Jepun menyerah kalah lebih 65 tahun lalu?

“Tak tahukah dia jika negara ini jadi sebuah negara komunis seperti negara China, partinya bernama PAS itu tidak akan dibenarkan wujud? Bukan itu sahaja, malah segala parti politik seperti UMNO, PKR, DAP dan lain-lain semuanya tidak dibenarkan?

“Dan jangan harap segala tunjuk perasaan seperti Bersih 2.0 dan macam-macam lagi bantahan oleh puak pembangkang boleh dilakukan. Kalau boleh pun, dah lama ramai yang mampos kena tembak oleh tentera.

“Pengkhianat negara seperti Anwar Ibrahim, malah sapaerti Mat Sabu itu sendiri dah lama arwah dikerjakan pemerintah komunis.

“Dan bagaimana pula dengan nasib kita sebagai orang Melayu? Tidak mustahil kita telah dipecah-pecah atau diserakkan dari segi kependukan supaya kita tidak jadi kaum majoriti di satu-satu kawasan.

“Lebih teruk lagi, entah berapa juta rakyat negara China yang diimport untuk jadi warganegara di bumi bertuah ini supaya kaum Melayu jadi minoriti. Dan akan wujudkah ITM dan MARA yang membantu anak kaum bumiputera mendapatkan pendidikan setinggi mungkin hingga ke luar negara seperti yang ada sekarang?

“Mat Sabu itu sendiri belum tentu nasibnya boleh mendapat pendidikan di ITM seperti yang diterimanya. Kalau negara ini jadi negara komunis, dia mungkin hanya jadi penarik beca di Penang, jadi petani atau pun sekadar jadi nelayan pantai yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Bangang punya pemimpin Pas. Sedarkah Mat Sabu semua itu jika negara ini jadi negara komunis?”

“Dia main cakap apa dia suka. Dia ingat kita orang Melayu ni semuanya bangang macam dia. Kerana bertuhankan undi, dia sanggup jual negara, jual bangsa dan jual agama,” katanya dengan penuh semangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog