Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Komentar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komentar. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2011

PROVOKASI: Penyokong Anwar cuba cetuskan ‘kekacauan’ kerana kemarahan umat Melayu/Islam....

PERBICARAAN Kes Liwat Anwar-Saiful semakin hampir untuk dimuktamadkan. Setelah hampir tiga tahun ianya berjalan dalam keadaan yang sangat memihak kepada Anwar Ibrahim dari segi tangguh dan tunggu, akhirnya kes ini pasti akan tiba juga di garisan penamatnya.

Sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, 18 Oktober lalu, Hakim perbicaraan telah menetapkan 23 dan 24 November ini sebagai tarikh pendengaran hujahan lisan di akhir kes pembelaan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan selesai mengemukakan semua empat saksi penyangkal kenyataan mereka yang dibawa bagi mematahkan keterangan saksi pembelaan.

Selepas hujahan lisan oleh kedua-dua pihak – pendakwa dan pembela, Hakim dijangka akan menetapkan tarikh keputusan kes liwat yang sangat hebat onarnya hingga menarik perhatian dunia seluruhnya.

Sebagaimana yang diketahui dan difahami oleh mereka yang mengikuti perkembangan kes ini, majoriti berpendapat bahawa tertuduh – Anwar Ibrahim, seratus peratus sangkut. Segala helah dan putar belit yang memakan diri serta tindakan Anwar yang tidak mahu membela diri secara bersumpah di mahkamah, meyakinkan ramai orang bahawa dakwaan Saiful Bukhari Azlan itu adalah benar.

Dari sudut kewajaran terlepas dari pertuduhan, Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan ‘tingal nyawa-nyawa ikan’ sahaja. Tercungap-cungap kerana ketiadaan air untuk terus hidup.

Melihatkan keadaan ini, juak-juak dan penyokong yang tersangat berkehendakkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh kerana muslihat tertentu, tidak pernah jemu untuk mengatur atau merencana sesuatu muslihat supaya negara bertuah ini jadi huru-hara atau kacau-bilau melalui sengketa sesama rakyat.

Cuma dengan berlakunya kekacauan di seluruh negara sahajalah yang boleh memungkinkan kes liwat Anwar-Saiful terhenti kerana hakim tidak dapat membut keputusan sebab negara dalam keadaan ‘dharurat’.

Justeru, setelah Bersih 2.0 gagal menjadi alat pencetus kekecauan, puak-puak yang melibatkan peranan para peguam seperti Ambiga masih dikerah untuk melakukan sesuatu. Dan sasarannya ialah pertempuran sesama Melayu. Puncanya kerana terjebak atau tersepit antara akidah Islam dengan budaya liberalisme yang mereka jadikan alat serta hujah.

Melayu/Islam puak PAS dan PKR terpaksa menyokong geraklan mereka kerana terlalu taksub dengan dendam membenci Umno/BN. Apa jua yang mereka lakukan ditarbiahkan sebagai usaha menghancur atau melemahkan Umno/BN serta barisan kepimpinan negara masa kini.

Maka ‘Program Seksualiti Merdeka 2011’ yang disokong oleh segelintir pihak, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia adalah salah satu contoh gelombang terbaru yang perlu dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu/Islam di negara ini.

Diharapkan orang Melayu yang masih ada akal fikiran dan tidak terjebak teruk dengan hasutan dendam yang ditonggani Iblis laknatullah, tidak terpengaruh dengan budaya Barat itu yang cuba dibawa oleh pihak tertentu bagi maksud menganggu-gugat keharmonian Islam di negara ini.

Golongan yang cuba membawa pengaruh ini menjadikan hak asasi manusia sebagai modal mereka, sedangkan kita semua sedia maklum, program itu cuba dieksploitasi oleh kumpulan yang mempunyai agenda politik.

Sebagai rakyat berbudaya Timur, kita di Malaysia seharusnya menentang dan menolak budaya kuning dari Barat yang cuba diterapkan sebagai satu provokasi terhadap budaya dan agama yang selama ini berjalan dengan aman tanpa ada sengketa kerananya.

Hakikatnya, tindakan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program ‘Seksualiti Merdeka 2011’ yang bermula 2 hingga 13 November depan, adalah satu provokasi yang mahu menimbulkan kekacauan kerana agama.

Reaksi umum terharap program itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak yang dilihat sebagai langkah cuba menghalalkan hubungan sejenis.

Sebagaimana semua rakyat negara ini tahu, siapakah tokoh hubungan sejenis yang tersohor di negara bernama Malaysia ini kalau bukan ‘Anwar bin Ibrahim’?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor masakini yang sangat terkilan dengan tindakan JAIS menghalang pemimpin tertentu negeri berkenaan merancanakan program ‘memurtadkan’ umat Islam baru-baru ini juga turut merancang sesuatu bagi maksud menimbulkan kemarahan umat Melayu/Islam.

Secara bersembunyi pemimpin tertentu dan kerajaan Selangor sendiri diberitakan terlibat menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM 5 juta bagi menganjurkan sukan yang membolehkan seorang warga Israel datang ke negara ini untuk menyertainya.

Sudah menjadi budaya tak tertulis kepada rakyat Melayu/Islam di negara ini tidak menerima kehadiran warga Israel dalam apa jua keadaan.

Sebagai bukti, pada setiap pasport antarabangsa negara ini tercatat nama negara yang tidak boleh kita semua pergi. Negara berkenaan ialah negara Israel.

Oleh itu tidak mustahil ini juga sengaja dibuat bagi maksud provokasi supaya berlaku rusuhan atau kekacauan....
Wallahhu’alam....

Rabu, 2 November 2011

HANCURRRR! Majlis Peguam minta martabatkan puak gay dan lesbian pulak....

MAJLIS Peguam agaknya dah mati kutu.... Dah tak ada modal nak kritik kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib yang semakin mendapat sokongan majoriti rakyat kerana pelbagai pendekatan yang disenangi rakyat majmuk di negara bertuah ini.

Fikir punya fikir.... Maka terfikirlah mereka untuk mempetuakan satu falsafah baru iaitu jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang penindasan ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kalimat itu diluahkan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee.

MasyaAllah! Apa nak jadi negara Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam dan Islam adalah agama resmi negara. Kenapalah ada puak-puak laknatullah macam ini....

Sebagaimana dilaporkan mStarOnline, Majlis Peguam juga mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Majlis Peguam, katanya lagi tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang telah pun bermula dari 1 November lalu sehingga 13 November ini.
Program Seksualiti Merdeka merupakan satu program untuk memberi sokongan moral kepada golongan LGBT.

Kata Lim, Majlis Peguam berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan pendokong program berkenaan walaupun ia mendapat tentangan ramai kerana berpendapat, golongan LGBT yang selama ini hidup tertindas sebenarnya memerlukan pembelaan dan sokongan moral.

Majlis Peguam, katanya sangat mengalu-alukan kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau adalah perdana menteri kepada sebuah negara yang progresif dan liberal sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar the Sydney Morning Herald pada 27 Oktober lalu.

Dalam tulisannya itu, kata Lim, Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai budaya dan pelbagai etnik dengan sejarah keharmonian sosial yang dapat dibanggakan dan mengalu-alukan orang luar.

Malangnya, kata Lim, di Malaysia, golongan LGBT ini untuk sekian lamanya dilayan sebagai “orang luar”, walaupun mereka adalah warga negara ini.

“Golongan LGBT di Malaysia telah berhadapan dengan keperitan hidup termasuklah ketiadaan jaminan keselamatan diri ekoran gangguan sivil dan juga pihak berkuasa Syariah malah mereka sentiasa hidup dalam ketakutan,” ujarnya pada Rabu.

Tak tahulah apa sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh puak-puak yang Nabi tak mengaku umat itu. Adakah mereka mahu membela kaum berkenaan kerana liberalisme atau kerana mahu menncabar agama Islam yang jadi agama resmi negara ini.

SM hanya mampu berdoa memohon kerahmatan Allah swt supaya negara ini dijauhkan dari balaNya sepertimana yang telah ditimpakan kepada kaum Nabu Lut. Aminnnn....

Pertikai lantikan Senator Nallakaruppan: Cuba pandang dari sudut ‘Perasaan’ Anwar dan puak pembangkang.... Mampooossss... deme!

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (dua kiri) beramah mesra bersama tiga anggota Dewan Negara yang baru dilantik (dari kiri) Pengarah Tess Innovations Sdn Bhd, Datuk Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dan Pengarah Syarikat CLK Consultants Sdn Bhd, Chiew Lian Keng di Parlimen, Rabu.
SEORANG hamba Allah bernama Datuk Nallakaruppan – lebih tepat Nallakaruppan a/l Solaimalai, telah selamat diijabkabulkan sebagai salah seorang Senator di Dewan Negara pada pagi Rabu.

Sebelum itu, sebaik sahaja berita mengenai perlantikan beliau tersebar, pelbagai komen negatif boleh kita baca dalam blog-blog tertentu yang kebanyakannya melahirkan rasa tidak senang dengannya. Pelbagai gelaran diberikan kepada Nalla akibat keakrabannya dengan Anwar Ibrahim puluhan tahun lalu.

Kepada SM, begitu dan itulah bukti kebebasan bersuara di negara bertuah ini, walaupun masih terdapat manusia-manusia bingal yang berkata ‘kebebasan bersuara’ di negara Malaysia ini disekat.

Dari sudut positif, besar kemungkinan perlantikan si Nalla itu dibuat berdasarkan beliau adalah Presiden kepada sebuah parti politik pro-Barisan Nasional, iaitu ‘Parti Bersatu India Malaysia – MIUP’.

Selain Nalla, dua lagi senator baru dilantik bersama beliau, iaitu Bendahari MIC – Datuk Jaspal Singh dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan – Chiew Lian Keng. Tahniah diucapkan kepada mereka yang baru terlantik itu.

SM tidak mahu komen apa-apa mengenai perlantikan Datuk Nalla yang pernah jadi balaci Anwar Ibrahim dan juga pengarah sebuah syarikat perjudian terbesar negara itu.

Cukuplah kalau SM memandangnya dari sudut ‘perasaan’ Ketua Pembangkang – Anwar Ibrahim, serta para juak-juak yang mahu mengangkat ‘kaki kelentong nombor wahid’ itu menjadi Perdana Menteri ke-tujuh Malaysia.

Selepas Ezam Mohd Nor – juga bekas orang kuat dan orang kanan Anwar, dilantik jadi Senator, kini tiba pula giliran Nalla mendapat jawatan serupa.

Segala rahsia luar dalam mengenai Anwar Ibrahim serta seluruh ahli keluarganya berada dalam ‘poket’ bekas-bekas sahabatnya seperti Ezam, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin, Zahrain, Syeril Eskay dan lain-lain.

Bagaimanapun, kepada mereka yang kurang senang dengan perlantikan ini, sila fikir dan menongkan dari sudut strategi politik menentang pembangkang oleh Barisan Nasional menjelang PRU-13 nanti.

Apa kata kalau semua mereka yang pernah jadi sahabat, kawan dan balaci paling rapat dengan Anwar mendedahkan segala rahsia ‘kesongsangan moral’ Ketua Pembangkang itu dengan bukti yang sangat ampuh?

Selain itu sila juga ambil perhatian bahawa perlantikan seorang Senator tidak melebih dua penggal, iaitu tiga tahun untuk setiap penggal....

Mampooossss... kau kali ni Nuar!

Isnin, 31 Oktober 2011

Pok Nik Nangis.... Kitar semula politik Hudud tak menjadi....

OTAI Pas – Nik Aziz Nik Mat mungkin menangis sendirian apabila projek kitar semula ‘politik hudud’ ciptaannya puluhan tahun lalu tidak menjadi untuk pilihan raya umum kali ini, malahan terbalik-kuang dengan memakan diri.

Bukan sahaja dirinya yang termalu malah parti jenama Islam itu sendiri turut kantoi kerana apa yang terdapat dalam Hudud Pas yang diuar-uarkan sebagai ‘hukum Allah’ itu ternyata banyak kelemahan dan kesongsangannya dari segi hukum dan peradaban.

Sebagaimana yang pernah didedahkan oleh YB Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen baru-baru ini, rupa-rupanya Hudud Pas untuk Kelantan dan Terengganu itu tak seragam dan banyak bercanggah dengan hukum Islam sebenar.

Lebih malang dan yang tersangat ‘mengantoikan’ puak-puak taksub Pas serta para pemimpinnya ialah mengenai kewajaran ‘meliwat’ isteri sebagaimana yang difahamkan daripada Enekmen Hudud Pas yang telah diluluskan tetapi tidak dilaksanakan itu.

Akhirnya, dalih sana, dalih sini, pusing sana, pusing sini. Sekejap kata nak laksanakan segera. Esok kata nak tubuh jawatankuasa mengkaji undang-undang Hudud.... dan macam-macam cerita yang membuktikan bahawa Pas sebanrnya tidak bersedia untuk laksanakan hukum Hudud seperti yang diheboh-hebohkan setiap kalai menjelang musim pilihan raya.

Maknanya, tepatlah sebagaimana kata DS Mustapa Mohamed bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah bersedia atau membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan hudud di negeri ini biarpun enakmen mengenainya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hampir 20 tahun dahulu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata, isu hudud ditimbulkan semula oleh Pas kerana pilihan raya umum semakin hampir bagi menarik sokongan rakyat.

Beliau berkata, perancangan yang teliti termasuk penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan sepatutnya dibuat lebih awal sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya.

"Untuk laksanakan hudud bukan perkara kecil, amat penting perlu ada perancangan dan kerja yang teratur, bukan hanya bercakap sejak 20 tahun lalu tanpa sebarang tindakan.

"Hari ini baru hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud kerana pilihan raya semakin hampir, jika Pas benar ikhlas, persedian untuk laksanakan hudud dibuat sejak bertahun-tahun dahulu," katanya.

Kesian Pok Nik.... Strategi lapuk mempermainkan emosi umat Islam dengan Hudud dah tak laku. Rakyat dah faham kedudukan sebenar dan tahu permainan politik ‘putar belit dan kongkalikong’ pemimpin parti berjenama Islam itu.

Benarlah seperti kata PM Datuk Seri Najib bahawa ‘peperangan di zaman morden tidak boleh lagi menggunakan senjata lama’....

Itulah akibatnya apabila agama jadi mainan politik sempit kepartian. Dan apabila nawaitunya tak betul segala perjuangan jadi sia-sia kerana tidak diredhai Allah swt....
Wallahhu'alam...

Rabu, 19 Oktober 2011

PAS ‘membangangkan’ diri sendiri dan ‘membodohkan’ ahlinya....

Yang ini PAS tak boleh join sebab ianya memperjuangkan akidah umat Islam. Takut nanti kafir harbi tak mahu sokong PAS pada PRU-13 nanti....
Yang ini PAS boleh join, sebab ianya bertujuan menjatuhkan kerajaan Umno/BN bukannya demi Islam. Join himpunan ini boleh dapatkan sokongan kafir harbi pada PRU-13 nanti
KERANA pemimpin Pas takut dipulas telinga oleh Karpal, dijentik telor oleh Anwar Ibrahim dan dikungfu oleh Lim Kit Siang, mesyuarat lajnah politiknya malam tadi mengambil keputusan dan pendirian untuk tidak terlibat dalam 'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Aqidah' yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2011 ini di Shah Alam.

Alasan PAS tidak mahu terlibat dalam HIMPUN cukup mudah...kononnya kerana program tersebut tidak melibatkan mana-mana parti politik. 

Atas alasan itulah SM anggap pemimpin Pas telah ‘membangangkan’ parti mereka dan ‘membodohkan’ para ahli yang bagaikan lembu dicucuk hidung itu.

Kerana ianya majlis anjuran NGO maka parti politik seperti Pas tak layak untuk ikut serta. Bangang punya alasan. Nampak sangat Hadi selaku Presiden Pas ‘mudah lupa’ dan ‘rosak ingatan’ kerana terlalu takutkan Anwar Ibrahim dan boss besar dari DAP.

Itu yang ahli serta pemimpin Pas bagai nak mamposss join berarak semasa Bersih 2.0 di pusat bandar Kuala Lumpur dulu tu bukankah NGO Bersih yang anjur? Kenapa semua pemimpin dan ahli parti politik pembangkang boleh hadir?

Bersih 2.0 tu parti politik kerrr? Dan betina Ambiga tu, presiden parti politik Bersih kerrr?

Melayu dan umat Islam jenis apakah pemimpin-pemimpin Pas sekarang ni? Belum lagi ‘pakatan haramjadah’ dapat kuasa memerintah Malaysia dah terbukti Pas tak berani bersuara mengenai Melayu dan Islam. Sebab DAP membenci Islam dan Anwar beragama Islam mazhab ‘pluralisme’ – lebih kurang semacam athies.

Kepada sahabat handai dalam Pas yang masih ada otak dan tidak taksub dengan ‘dendam kesumat’ serta ‘hasad dengki’, jangan hiraukan keputusan pemimpin kalian itu. Datanglah beramai-ramai sertai perhimpunan yang sangat penting dan besar ertinya kepada survival umat Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Sedarlah bahawa matlamat 'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Akidah' itu diadakan untuk mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerakan jahanam Kristianisasi yang secara drastik cuba memurtadkan seramai mungkin umat Islam di negara ini.

Ketahuilah gerakan mereka telah beroleh kejayaan besar di negara jiran - Indonesia dan Singapura. Lihatlah apa yang berlaku di negara-negara jiran kita itu. Islam sebagai umat terbesar di Indonesia telah dimusnahkan secara perlahan-lahan hinggakan masyarakatnya porak peranda.

Tidak mustahil kerana itulah Allah swt menurunkan balaNya di negara berkenaan tanpa henti. Lepas satu, satu. Macam-macam bencana yang terpaksa mereka lalui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Bisik punya bisik.... PAS terjun gaung....
Selain itu, HIMPUNAN ini juga bertujuan untuk menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

'Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Mempertahankan Akidah' ini dikatakan mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 NGO yang dipercayai mewakili sekitar empat juta orang Islam di negara ini.

Agama dan akidah Islam bukanlah milik mutlak Pas dan para pemimpinnya. Lagipun parti yang dulunya terkenal kononnya ditubuh untuk memperjuangkan negara Islam telah ‘mati pucuk’ apabila Hadi sendiri yang mencampakkannya ke longkang gara-gara desakan boss besar DAP.

Justeru, ‘sudah terang lagi bersuluh’ Pas sebenarnya sebuah parti politik jenama Islam yang jadi boneka kepada DAP dan PKR.

Kalaulah negara Malaysia ini berjaya dirampas oleh ‘pakatan haramjadah’ pada PRU-13 nanti, kedudukan Pas dalam kerajaan ketika itu mungkin hanya bertaraf ‘budak pejabat’, ‘pengawal keselamatan’ dan paling tinggi pun sebagai ‘kerani’ sahaja.

Inilah akibatnya apabila pemimpin Pas terlalu taksub dengan ‘dendam kesumat’ terhadap UMNO. Sedangkan Islam melarang perbuatan ‘berdendam’.

Kerana ‘dendam’ pemimpin Pas sanggup gadaikan perjuangan parti kedua terbesar umat Melayu/Islam itu kepada kaum imigran yang mahu merampas kuasa negara milik Melayu ini dan sekaligus akan menghapuskan institusi raja lalu menjadikan negara ini sebuah republik sebagaimana Singapura dan Indonesia.

NGO Aci kelahiran India ini lebih mulia dan lebih memberi manfaat kepada politik PAS serta para ahlinya yang bagaikan baghal....
Wallahhu’alam....

PELIK TETAPI BENAR! Guan Eng merayu minta belas kasihan blogger?

TERLEBIH dahulu SM ucapkan tahniah dan syabas kepada para blogger hebat seperti Dr, Novandri – MiM, Parpu Kari, MPP, Kedah ke KL, Duke of UMNO, Unspinners, Flying Kick dan lain-lain yang mungkin tak tercapai baca, kerana dengan berani dan bersistematik mendedahkan isu cabul anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, hingga beliau menggigil kecut.

Mungkin segala-galanya jadi kecut gara-gara pendedahan kalian mengenai kisah nakal anak lelakinya yang berumur 16 tahun tetapi ganas bagaikan anak singa. Tidak mustahil segalanya terjadi kerana budak nakal itu merasakan dirinya sangat hebat berbanding orang lain di seluruh Pulau Pinang kerana ayahnya Ketua Menteri, datuknya Ahli Parlimen dan ibunya ADUN di negeri asal mereka - Melaka.

Mana ada keluarga dalam dunia ini yang sama macam keluarga dia. Datuk, bapa dan ibu semunya orang penting politik yang ada jawatan penting.

Kalian hebat kerana berjaya tundukkan ego pemimpin chauvanis yang anti-Melayu dan anti-Islam itu.

Kepada kita semua yang mengikuti perkembangan politik anak Lim Kit Siang itu, tentulah agak terperanjat mendengarkan kata-kata rayuannya memohon belas kasihan, walaupun ianya dibuat ketika kenyataannya menafikan anaknya terlibat dengan apa yang dihebohkan.

Dalam rayuan memohon belas kasihan itu Guan Eng berkata: "Emosi anak saya sangat terganggu dengan penipuan itu. Dia juga tidak ke sekolah selama dua hari. Saya sedih kerana tidak dapat melindunginya.

"Jika anda mahu menghancurkan saya, lakukan apa saja pada saya tetapi jangan melibatkan anak-anak saya yang tidak berdosa.”

Mungkinkah sekarang baru dia sedar dan faham bahawa langgit itu tinggi dan sesuatu yang naik pasti akan turun. Tak ada yang naik tak turun-turun.

Selama ini Guan Eng dengan nada ego dan bongkak sering memprovokasi maruah orang Melayu dan agama Islam sewenang-wenangnya. Kalau ada tuduhan terhadapnya dia akan saman di mahkamah untuk menutup supaya kes itu tidak terus disuarakan.

Kini, bila para blogger melalui media baru mendedahkan apa yang berlaku mengenai anak lelainya, Guan Eng terkedu. Tak mampu lagi nak saman. Dia juga kelihatan tertekan dengan kes anak lelakinya itu.

Kerana ini keluarga Guan Eng tak nyenak tidur....
Besar kemungkinan apa yang didedahkan itu adalah benar. Tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka. Justeru, Guan Eng tak berani saman. Sebaliknya dia memilih jalan damai. Dia melentuk-liuk memohon belas kasihan terhadap nasib anaknya.

Dalam penafian itu Guan Eng tidak menyentuh mengenai rasuah tutup mulut bernilai RM200 ribu seperti yang didakwa...

Bagaimanapun, sebaik sahaja Guan Eng menafikan keterlibatan anak lelakinya dalam isu meramas buah dada rakan sekelasnya itu, para pemimpin pembangkang yang seangkatan dengannya pun turut bersuara mengecam dan mengutuk pendedahan itu.

Dan yang berlagak juara dalam isu ini ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tersangat bergantung nyawa politiknya dengan DAP. Tanpa DAP Anwar mampoosss...

Mahu tak mahu, maka bersuaralah di peliwat itu dengan kata-kata: “Serangan peribadi berhubung isu moral terhadap seorang pelajar sekolah demi kepentingan politik merupakan satu tindakan yang menjijikkan dan memalukan.

Beliau segera melabelkan pengendali-pengendali laman blog tersebut sebagai pro-Umno.

Tegas beliau, permainan politik seharusnya mempunyai had tertentu dan tindakan bloger berkenaan sudah melampaui batasan kerana sanggup menjadikan seorang remaja sebagai sasaran.

“Kita kutuk sekeras-kerasnya tindakan ini, politik sebegini harus dihentikan. Kami berharap keluarga Guan Eng bersabar menghadapi serangan teruk yang amat keji ini," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, Selasa.

Ewahhh! Bagitulah muluknya nada sokongan Anwar terhadap Setiausaha Adung DAP yang ditimpa bencana itu. Layakkah Anwar Ibrahim berbicara soal moral? Moral dia macam mana? Tak mustahilkah budak itu teruja dengan video seks anwar-China doll?

Dalam pada itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tumpang sekaki. Dia juga banyak bergantung nyawa politik kepada DAP. Katanya, “Tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan merupakan perlakuan yang sering dilakukan apabila tibanya musim pilihan raya.

"Demi nak dapatkan sokongan politik, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk memfitnah, inilah yang mereka lakukan sejak dahulu.

"Inilah yang kita panggil 'penyakit' dalam Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sementara datuk budak itu yang juga Penasihat DAP - Lim Kit Siang berkata, tindakan tersebut jelas satu penipuan dan pembohongan yang tidak berasas.

“Saya ingin bertanya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apakah yang akan mereka lakukan sekiranya anak atau cucu mereka dituduh dengan teruk seperti itu? Bagaimana mereka boleh benarkan bloger-bloger ini melakukan tuduhan sekeji itu?

Mereka kata kisah yang klian paparkan itu semuanya fitnah dan kerja jahat penyokong Umno. Nampaknya Umno telah terserat sekali lagi dengan apa yang kita semua dedahkan itu. Kita semua bertanggungjawab membuktikan apa yang dikisahkan itu adalah benar.

Teruskan dedah apa yang sebenarnya demi menjaga nama baik Umno....
Wallahhu’alam....

Isnin, 17 Oktober 2011

PUTAR... PUTAR! Kisah 'Ramas Nenen': Yang dedahkan blogger pro-Umno, yang kena cabar UMNO... Haramzade....

KETUA Menteri chauvanis DAP Pulau Pinang mencabar UMNO supaya menerbitkan dakwaan ‘anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya’.

Dia tak mahu komen dan tak mahu layan apa yang didedahkan oleh banyak blog. Dia kata dia ada bayak kerja lain yang lebih penting.

Sebagaimana dilapor  portal pro-pembangkang Malaysiakini, dengan nada sombong dan angkuh Lim berkata: "Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.

"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Amaran nya itu membayangkan betapa ego dan angkuhnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu bagaikan negaranya datuk nenek dia yang punya. Dia tak tahukah negeri yang dia jadi Ketua Menteri itu adalah milik negeri Kedah? Lupakah dia pada setiap tahun dia kena bayar sewa kepada negeri Kedah?

Harami...

Apapaun, SM harap kekawan yang tahu kisah ini dan ada bukti dapat dedahkan segera kisah ‘ramas nenen’ itu dan juga kisah ‘rasuah penutup mulut sebanyak RM200 juta’.

Jangan bagi malu dan kantoi bro!

Sekurang-kurangnya kalian boleh sahkan mengenai perpindahan sekolah anak VVIP berkenaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Takkan tak ada rekod? Takkan secara tetiba anak VVIP itu tukar sekolah tanpa sebab?

Setelah semuanya berjaya didedahkan melalui blog, maka bolehlah akhbar milik UMNO petik beritanya untuk disiarkan. Lepas itu kita sama-sama tunggu Guan Eng saman akhbar berkenaan dan semuanya didedahkan di mahkamah. Amacam...!

Si haraminya dah terlalu lama angkuh dan kurang ajarnya semakin menjadi-jadi. Anak Melaka yang berjaya menjadi ketua kepada orang Penang itu perasan dirinya hebat sangat dan dia mampu merampas Pulau Pinang daripada sebahagian Semenanjung Tanah Melayu.

Nampaknya, kerana yang dedahkan secara perlahan-lahan isu ‘ramas nenen’ itu adalah para blogger pro-Umno, maka UMNO pulak yang jadi sasaran kecaman anak Lim Kit Siang itu. Sedangkan UMNO tidak tahu menahu mengenainya.

Inilah yang dikatakan ‘tak dapat tanduk, telinga dipulas’. Apa saja yang menyentuh mengenai pemimpin mereka, maka semuanya kerja jahat UMNO. Sedangkan kerajaan UMNO itu yang sehingga kini masih membenarkan parti mereka berdaftar sebagai sebuah parti politik yang sah.

Sabtu, 8 Oktober 2011

AWAS! Kemurahan hati Bajet 2012 akan disanggah pembangkang dengan kenaikan harga barang?

Kenaikan harga barang tidak akan mampu dikawal selagi kaum chauvanis ini berkuasa penuh dalam perniagaan bekal dan borong barangan keperluan rakyat.....
AWAS! Kemeriahan sambutan rakyat ramai terhadap Bajet 2012 yang dibentangkan DS Najib semalam sudah tentu tidak disenangi oleh puak pembangkang. Ianya sudah tentu mencabar bajet alternatif yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim dua hari sebelumnya.

Sebagaimana biasa, Anwar selaku Ketua Pembangkang hanya mampu berkata bajet itu tidak realistik kerana tidak dihuraikan bagaimana ianya akan dilaksanakan. Kepada Anwar Bajet 2012 kerajaan BN itu sama seperti bajet ciptaannya yang hanya ‘omong kosong’ dan ‘angan-angan Mat Jenin’ dalam keadaan ‘gila talak’.

Seperti biasa puak cahuvanis DAP hanya berdiam diri. Mereka hanya membisu kerana sedang memikir cara terbaik untuk ‘merosakkan’ apa yang dicadang oleh belanjawan kerajaan BN untuk tahun akan datang itu. Mereka mungkin sedang menanti keputusan para pemikir dari seberang Tambak.

Puak chauvanis yang sangat kita ketahu sikapnya, selalunya akan senyum dan mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju ketika berdepan. Tapi di dalam hati mereka Tuhan sahaja yang tahu bagaimana mendekam dan geram.

Angguk puak chauvanis belum tentu bererti setuju. Ada udang di sebalik batu. Mereka sedang mengatur strategi untuk melemah atau menggagalkan apa yang rencanakan oleh DS Najib dan barisan kepimpinannya. Ini pasti akan mereka lakukan.

Apa pun kenaikan gaji kakitangan awam, bonus dan macam-macam pemberian sagu hati kerajaan BN terhadap rakyat melalui bajet berkenaan memungkinkan puak chauvanis yang menguasai perniagaan sebagai pembekal dan pemborongan barang keperluan akan diguna oleh DAP untuk bertindak menaikkan harga barang sesuka hati.

Pembangkang yang didominasi strateginya oleh kaum chauvanis DAP sudah tentu akan bertindak balas bagi melemahkan kerajaan dan kepimpinan DS Najib. Maknanya, kebaikan kerajaan BN itu akan cuba disanggah atau dicelakan keberkesanannya terhadap rakyat.

Tindakan melabelkan akronim BN bermaksud ‘Barang Naik’ akan digerakkan semahu-mahunya bagi melemah dan memudarkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN menjelang PRU-13 nanti.

Inilah senjata ampuh yang mereka miliki. Sudah pasti senjata ini akan digunakan.

Tak lama lagi rakyat negara ini akan menerima bahang kenaikan harga barangan. Dan kesalahannya akan tertempelak kepada kerajaan....
Wallahualam.

Jumaat, 7 Oktober 2011

BAJET 2012: Muhasabah untuk rakyat yang kata, “Saya tak dapat apa-apa dari Bajet kerajaan...”


BAJET 2012 yang dibentangkan oleh DS Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan di Parlimen petang Jumaat 7 Oktober 2011, ada menyebutkan mengenai bayaran subsidi yang ditanggung oleh kerajaan BN ke atas barang keperluan asas yang kita semua telan dan gunakan setiaap hari.

Justeru, kepada sesiapa rakyat negara ini yang kata dia tak dapat apa-apa daripada kerajaan atau pun apa yang dibentangkan di Parlimen sebagai Bajet pada tiap-tiap tahun oleh kerajaan BN, supaya sedar dan insaf.

Sesungguhnya sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah swt melalui kerajaan BN, bolehlah dianggap sebagai menidakkan nikmat pemberian Allah swt?
Wallahhualam....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog