KEPADA yang sebelum ini mempercayai bahawa DAP itu sebuah parti politik fahaman sosialis pelbagai kaum, sedar dan ketahuilah bahawa ianya hanya wayang. Hakikatnya, DAP adalah untuk kepentingan kaum Cina sahaja.
Kaum Melayu dan India yang tersilap pilih parti dengan menyertai parti itu hanya jadi antah. Peranan mereka bagaikan ‘melukut di tepi gantang’. Masuk tak menambah, keluar tak mengurangkan kepentingan kaum itu.
Kepentingan kaum Melayu dan India tidak ada dalam kamus perjuangan DAP selaku anak kelahiran PAP dari seberang Tambak Johor.
Alhamdulillah! Dengan takdir Ilahi, kini kaum India yang ada dalam DAP mula sedar siapa mereka kepada pimpinan DAP. Cuma kaum Melayu sahaja yang masih bingal kerana ikutkan emosi yang dimanipulasi oleh pemimpin DAP.
Kes tindakan terhadap Manoharan dan Guan Eng menjadi pembuka minda yang selama ini tertutup oleh lakonan ‘wayang tongkol’ Lim dua beranak. Selain untuk kaum Cina, kaum lain yang ada dalam parti itu hanyalah alat untuk memenuhi syarat pendaftaran parti yang didaftarkan sebagai parti politik pelbagai kaum.
Kalau ada kaum Melayu dan India dalam DAP yang masih tak sedar, tak tahulah manusia jenis apa mereka itu... Sama ada jenis manusia bebal, bangang atau tongong....
Begitu jugalah halnya dengan parti-parti politik lain yang bersekongkol dengan mereka dalam apa yang dinamakan ‘Pakatan Rakyat’ itu. Telah jelas terbukti yang menguasai pakatan adalah DAP. Sementara PKR dan PAS hanyalah alat yang dijadikan ‘hamba abdi politik’.
Fikir-fikirkanlah....
Manoharan bebas hukuman gantung enam bulan, Guan Eng tiada tindakan
PULAU PINANG 8 Okt. - Sebagai sebuah parti yang mengaku telus dan berprinsip, DAP hari ini membuat satu keputusan mengejut apabila parti itu mengenepikan hukuman gantung selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.
Ia berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang baru-baru ini.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi berkata, parti itu juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya memburukkan negeri Johor berikutan ia dilakukan di atas kapasitinya sebagai Ketua Menteri.
"(Dalam isu ini) biar mahkamah menentukannya, DAP tidak ada kena-mengena dengan kenyataan itu berikutan ia dilakukan atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukannya Setiausaha Agung DAP.
"Oleh itu, kita tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan ke atas Guan Eng dan parti tidak berasa tertekan langsung untuk melaksanakannya semata-mata kerana desakan luar," katanya di sini, hari ini.
Menyatakan lebih lanjut mengenai keputusan CEC parti menarik balik hukuman terhadap Manoharan, Karpal berkata, ia telah digantikan dengan amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa ahlinya itu telah menunjukkan rasa kesal.
"Manoharan telah meminta maaf dan menarik balik komennya menghina Jalur Gemilang yang disiar dalam Facebook sebaik saja mendapat kritikan banyak pihak," ujarnya.
Bagaimanapun Karpal berkata, CEC mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.
"Tempoh penggantungannya telah bermula sejak 27 September lalu," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
- MMOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan