Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 4 Jun 2011

Husam boleh saman jika saya bohong - Kickdefella

PENULIS blog, Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz hari ini mencabar Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar beliau berbohong dalam kenyataan yang dibuatnya kelmarin.

Malah, beliau juga bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Husam sekiranya Husam boleh menunjukkan mana-mana bahagian dalam kenyataannya itu adalah tidak benar.

"Saya tidak menjangkakan penafian Husam kerana adalah jelas beliau tidak bercakap benar," katanya kepada Utusan Malaysia, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas reaksi Husam semalam yang menafikan pernah memberikan wang RM350,000 kepada beliau dengan alasan tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayatnya.

Kelmarin, Syed Azidi pada satu sidang akhbar membuat pendedahan pernah menerima wang sebanyak itu menerusi 'orang tengah' sebagai pampasan dan pembayaran kos tertunggak selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMKB) ditamatkan pada 10 November 2009.

Syed Azidi menambah, beliau juga mengalu-alukan mana-mana pihak terutamanya ahli dan pemimpin Pas untuk datang ke rumahnya dan melihat sendiri dokumen yang disimpannya sebagai bukti bahawa beliau menerima wang tersebut.

Ketika ditanya apakah bentuk dokumen dan bahan bukti itu, Syed Azidi bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana ia bersifat peribadi dan tidak wajar didedahkan secara umum.

"Namun saya sedia menerima kunjungan mana-mana pihak yang mahu melihat sendiri dokumen itu dan pintu rumah saya sentiasa terbuka buat mereka," katanya.

Kepada pertanyaan apakah beliau mengetahui dari mana sumber wang itu, Syed Azidi berkata, beliau difahamkan daripada 'orang tengah' Husam bahawa Husam mempunyai RM1 juta dalam akaunnya ketika itu.

Wang tersebut, kata Kickdefella, seperti yang diberitahu 'orang tengah' berkenaan, diperoleh menerusi sebuah projek pembalakan.

"Saya berjumpa orang tengah ini di sebuah hotel dan dia memberitahu dalam akaun 'ana' ada RM1 juta duit Datuk (Husam) (yang) baru 'clear' balak. Orang tengah itu kata saya boleh minta apa-apa kalau mahu," katanya.

Syed Azidi menambah, ketika itulah beliau meminta supaya hutang (kos tertunggak) berjumlah RM50,000 diselesaikan manakala jumlah bahagiannya (wang pampasan) diserahkan kepada orang tengah itu untuk menentukan.

Katanya lagi, orang tengah itu jugalah yang mencadangkan kepada Husam supaya dibayar sebanyak RM300,000 dan jumlah itu pula dipersetujui oleh Husam.

"Semuanya menerusi orang tengah ini tetapi selepas meminta kebenaran Husam," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kisahnya dapat menjelas kedudukan sebenar hubungan antara Husam-Kickdefella yang sebelum ini timbul pelbagai cerita mengenainya.

Ceritanaya, Husam bagi Azidi RM350k pada 2009. Bila beliau dedahkan Husam tidak mengaku dan nafikan sekeras-kerasnya.

Sekarang Kickdefella minta Husam saman dia dimahkamah kalau Husam benar. 

Sama-sama kita tunggu apa pula kata Husam seterusnya. Beranikah dia saman Azidi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog