Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Menteri. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2011

Tiada Penyelewengan, Lebihan Perbelanjaan Berpunca Peningkatan Tukaran Wang Asing

MENTERI Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penye-
lewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.

Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.

"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

"Apabila nilai pertukaran wang asing bertambah, maka jumlah pembayaran dalam Ringgit Malaysia dipersesuaikan dengan mata wang negara berkenaan menunjukkan peningkatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari republik itu Dr Ng Eng Hen.

Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi ke republik ini sempena Mesyuarat Peraturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan ulang tahun ke 40 PFDA esok.

Katanya kementerian berkenaan tidak membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan tetapi mengikut harga yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan bahawa adalah penting untuk orang ramai mengetahui bahawa tiada penyelewengan dalam perbelanjaan dan wujud klausa yang membenarkan bayaran mengikut nilai tukaran wang asing semasa.

"Itulah yang mahu diperlihatkan oleh laporan audit tetapi ada pihak yang mencari silap seolah-olah ada berlaku penyelewengan.

"Saya ingin nyatakan bahawa 100 peratus tiada penyelewangan tetapi disebabkan faktor tukaran wang asing," tegas Ahmad Zahid.
- BernamaOnline

Sabtu, 15 Oktober 2011

Awas pembangkang! Hishammuddin akan dedahkan....

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin akan mendedahkan segala-galanya mengenai dakwaan pemberian kewarganegaraan Melaysia kepada penduduk asing kepada ‘Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya’.

Menurut DS Hisham yang juga Anggota Parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

"Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu. Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita di Kluang, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru dan pengeluaran MyKad Satu Hari di Jabatan Pendaftaran Kluang di Bangunan Persekutuan Kluang.

Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

"Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak," katanya.

Hishammuddin berkata, dakwaan pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap," katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan politik mereka.

Terdahulu di dalam ucapannya, beliau berkata, sejak tujuh tahun lepas hanya 30 warga Bangladesh yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan daripada bilangan itu hanya tujuh yang boleh mengundi.

"Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi," kata Hishammuddin.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Selama ini puak pembangkang beranggapan semua kakitangan kerajaan dan para menteri yang ada ‘bodoh’ dan tak berani berdepan dengan mereka.

Justeru, dengan sewenang-wenangnya mereka mencipta pelbagai tuduhan dan fitnah yang memburuk dan mencemarkan nama baik kakitangan kerajaan dan kepimpinan UMNO/BN, khasnya orang Melayu. Walhal, segala apa yang mereka tuduh dan fitnahkan itu, mereka sendiri yang lakukan.

Sebenarnya bukan kisah pemberian kewarganegaraan sahaja yang mereka diberikan hak ada banyak lagi urusan lain yang seangkatan dengannya.

Syabas Hisham! Dedahkan segala pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, terutamanya para pemimpin puak chauvanis.

Selama ini banyak pihak yang anggap Menteri Dalam Negeri kita itu lemah dan tak berani....

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk DS Hishammuddin buktikan diri beliau bukannya seperti yang diperlekeh oleh banyak pihak itu....

SM tak sabar nak tunggu kaum kerabat siapa yang dimaksudkan oleh DS Hisham...

Isnin, 4 Julai 2011

Alhamdulillah!.... Majikan Boleh Ambil Terus Pembantu Rumah Tanpa Guna Ejen

Gambar giasan....
MAJIKAN boleh menggaji pembantu rumah warganegara Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata perkara itu merupakan antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lepas.

"Contohnya kalau majikan itu ada pembantu rumah yang bekerja sekarang sudah tamat tempoh dan mahu pulang (ke negaranya), kemudian pembantu rumah itu mempunyai angota keluarga yang mahu menggantikan tempatnya, majikan boleh terus mengambilnya tanpa melalui saluran agensi," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran program "My Skills 2011"peringkat kebangsaan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Universiti Malaya, Ahad.

My Skills 2011 dianjurkan bersama oleh Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri dan MIC.

Dr Subramaniam berkata kedua-dua negara sedang memperincikan perkara itu termasuk menyenaraikan prosedur yang perlu dipatuhi oleh majikan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Selain itu, mengenai kadar bayaran pengambilan pembantu rumah oleh agensi pekerja asing, beliau berkata pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi terbabit bagi menjelaskan kadar bayaran baru.

Beliau berkata daripada 100 agensi yang ditemui, lebih 30 agensi telah menyatakan persetujuan untuk mengenakan bayaran pada kadar RM4,511 seperti yang terkandung dalam MoU itu.

"Agensi-agensi yang bersetuju ini bolehlah mengambil pembantu rumah apabila pengambilan semula dibuka nanti, mereka yang tidak bersetuju kena tunggulah,"katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Bagus. Itulah yang dinanti-nantikan oleh rakyat negara ini yang sangat memerlukan pembantu rumah warga asing. Selama ini kegelisah dan keresahan timbul kerana pelbagai karenah birokrasi gara-gara agen yang bertindak bagaikan lintah menghisap darah.

Rabu, 15 Jun 2011

Polis Akan Bertindak Jika Perkasa, Bersih Degil - Hishammuddin


POLIS tidak akan berkompromi dengan mana-mana kumpulan yang akan menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, polis akan bertindak secara adil kepada dua kumpulan - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pertubuhan Pribumi PerkasaMalaysia (Perkasa) yang akan mengadakan demonstrasi pada tarikh yangsama.

"Polis akan bertindak terhadap kedua-dua kumpulan berkenaan.

"Polis tidak berikan permit, tapi mereka ini degil untuk nak teruskan juga... tapi ingin saya tegaskan bahawa tindakan polis ke atas kedua-dua kumpulan ini adalah berasaskan kepada keselamatan negara," katanya pada sidang media di Parlimen, Rabu.

Sebelum ini Bersih dijadual akan mengadakan demonstrasi kedua bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil.

Sehubungan itu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut mengumumkan bahawa pertubuhan itu akan turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bertujuan menghalang demonstrasi Bersih.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata polis akan bertindak secara profesional bagi menangani perkara berkenaan.

"Polis akan melihat isu ini dalam konteks keselamatan negara dan bertindak mengikut undang-undang bersandarkan kepada keselamatan negara," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada polis akan mengambil tindakan awal bagi menghalang kedua-dua perhimpunan berkenaan, Hishammuddin berkata: "Kalau ia didapati menjejaskan keselamatan negara, polis akan bertindak mengikut kesesuaian."
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Apa yang dirancang oleh Bersih ini merupakan satu cabaran buat Datuk Hisham selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Selain mencabar kepimpinan DS Najib, mereka juga mencabar ketegasan menteri dalam negeri. Sesungguhnya rakyat sedang memerhati perkembangan selanjutnya isu yang kelihatannya saling cabar-mencabar antara NGO berkenaan dengan pihak berkuasa kerajaan.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog