Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 Julai 2011

Alhamdulillah!.... Majikan Boleh Ambil Terus Pembantu Rumah Tanpa Guna Ejen

Gambar giasan....
MAJIKAN boleh menggaji pembantu rumah warganegara Indonesia secara terus tanpa melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan apabila prosedur mengenainya dipersetujui oleh Malaysia dan republik itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata perkara itu merupakan antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu yang ditandatangani akhir Mei lepas.

"Contohnya kalau majikan itu ada pembantu rumah yang bekerja sekarang sudah tamat tempoh dan mahu pulang (ke negaranya), kemudian pembantu rumah itu mempunyai angota keluarga yang mahu menggantikan tempatnya, majikan boleh terus mengambilnya tanpa melalui saluran agensi," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran program "My Skills 2011"peringkat kebangsaan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Universiti Malaya, Ahad.

My Skills 2011 dianjurkan bersama oleh Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri dan MIC.

Dr Subramaniam berkata kedua-dua negara sedang memperincikan perkara itu termasuk menyenaraikan prosedur yang perlu dipatuhi oleh majikan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Selain itu, mengenai kadar bayaran pengambilan pembantu rumah oleh agensi pekerja asing, beliau berkata pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi terbabit bagi menjelaskan kadar bayaran baru.

Beliau berkata daripada 100 agensi yang ditemui, lebih 30 agensi telah menyatakan persetujuan untuk mengenakan bayaran pada kadar RM4,511 seperti yang terkandung dalam MoU itu.

"Agensi-agensi yang bersetuju ini bolehlah mengambil pembantu rumah apabila pengambilan semula dibuka nanti, mereka yang tidak bersetuju kena tunggulah,"katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Bagus. Itulah yang dinanti-nantikan oleh rakyat negara ini yang sangat memerlukan pembantu rumah warga asing. Selama ini kegelisah dan keresahan timbul kerana pelbagai karenah birokrasi gara-gara agen yang bertindak bagaikan lintah menghisap darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog