Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 31 Oktober 2011

Tiada Penyelewengan, Lebihan Perbelanjaan Berpunca Peningkatan Tukaran Wang Asing

MENTERI Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penye-
lewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan.

Katanya lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.

"Perjanjian pembelian dengan negara luar dibuat mengikut harga dalam mata wang mereka dan bukannya dalam Ringgit Malaysia.

"Apabila nilai pertukaran wang asing bertambah, maka jumlah pembayaran dalam Ringgit Malaysia dipersesuaikan dengan mata wang negara berkenaan menunjukkan peningkatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari republik itu Dr Ng Eng Hen.

Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi ke republik ini sempena Mesyuarat Peraturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan ulang tahun ke 40 PFDA esok.

Katanya kementerian berkenaan tidak membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan tetapi mengikut harga yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan bahawa adalah penting untuk orang ramai mengetahui bahawa tiada penyelewengan dalam perbelanjaan dan wujud klausa yang membenarkan bayaran mengikut nilai tukaran wang asing semasa.

"Itulah yang mahu diperlihatkan oleh laporan audit tetapi ada pihak yang mencari silap seolah-olah ada berlaku penyelewengan.

"Saya ingin nyatakan bahawa 100 peratus tiada penyelewangan tetapi disebabkan faktor tukaran wang asing," tegas Ahmad Zahid.
- BernamaOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog