Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Majlis Fatwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Fatwa. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2011

Video seks sebagai bahan bukti: Majlis Fatwa Diminta Beri ketetapan....

MAJLIS Fatwa Kebangsaan diminta mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi meredakan isu berkenaan yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakkan isu video seks itu terus menjadi polemik serta dipolitikkan pihak berkepentingan seperti dilakukan Pas baru-baru ini.

"Dalam perkara ini biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan menentukan adakah video ini boleh dijadikan bahan bukti kerana dalam Islam perlukan empat saksi dan saksi itu mestilah saksi yang beriman.

"Saksi beriman ini adalah subjektif, adakah mereka yang sembahyang lima waktu sahaja atau mereka yang melakukan solat sunat melebihi orang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa sembahyang sunat lebih daripada orang lain, bukan berdasarkan dahi yang hitam," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan pada Isnin. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid mengulas pendirian Pas yang mendakwa rakaman video seks dikaitkan dengan Anwar sebagai satu fitnah dan tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai mata serta telinga.

Ketika menutup Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina.

Dalam pada itu Khalid menegaskan, penggunaan video seks itu sebagai bahan bukti akan ditentukan di mahkamah menurut Akta Keterangan sekiranya terdapat sebarang kes mengenainya.

"Sama ada bahan itu boleh dipakai atau tidak, mahkamah akan menentukannya dengan dipandu oleh Akta Keterangan, kita mesti rujuk kepada undang-undang," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kalau Majlis Fatwa keluarkan fatwa pun orang Pas terutamanya para pemimpin jenis Asabiyah tu bukannya nak pakai.... Mereka hanya akan guna kalau fatwa itu menguntungkan puak dan politik mereka. Kalau tidak, jangan harap mereka nak iktiraf.

Pemimpin Pas dan juak-juaknya yang selama ini diasuh dengan didikan Asabiyah hanya akan dengar apa kata Nik Aziz yang tersangat tinggi ilmu agamanya mengatasi segala manusia yang ada di dunia ini.

Peliknya, Nik Aziz yang dianggap bagaikan memegang kunci syurga itu tergila-gila pulak nak letakkan Anwar Ibrahim jadi Perdana menteri Malaysia di Putrajaya.

Apakah Putrajaya itu jauh lebih hebat daripada syurga yang dikilik Nik Aziz?

Ahad, 24 April 2011

Tiada Percanggahan Mengenai Tarian Senaman Poco-poco - Mufti Kelantan

Mengikut sejarah asal usul tarian poco-poco sendiri, memang berasal dari indonesia... dah menjadi satu trademark bagi Indonesia bila orang tanya poco-poco berasal dari mana... tarian poco-poco berasal dari Daerah Madura, Indonesia. Di Madura hampir semua suku kaumnya adalah beragama Kristian. Dan tarian poco-poco ini sering ditarikah oleh orang-orang Madura apabila menyambut keraian dan pesta di kampung mereka.... 
Tarian poco-poco di Malaysia biasanya ditarikan dalam majlis perkumpulan tertentu untuk hiburan sendiri atau pun riadhah....
TIADA percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

Mufti Kelantan
"Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu," katanya kepada Bernama di Kota Baharu, pada Ahad.

Beliau diminta mengulas keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu yang memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Mohamad Shukri berkata, isu itu tidak mengelirukan umat Islam jika mereka benar-benar memahami tentang konsep dan tujuan pengamalannya.

"Mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam dan menyerupai agama lain, dan jika ia hanya melibatkan anggota fizikal untuk kesihatan," katanya.

Beliau berkata penglibatan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertantangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

"Tetapi dalam konteks tarian senaman poco-poco ini pada pandangan saya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Mufti Perak
Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Mufti Kelantan yang menjelaskan kedudukan sebenar isu tarian poco-poco yang jika tidak diambil kira dari sudut ‘kebatinannya’ boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dalam menentukan halal dan harmnya tarian berkenaan.

Isnin, 21 Mac 2011

Sah Akad Nikah Di Mana Saja - Jamil Khir


MENJADIKAN masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.

"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.

"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Datuk Jamil Khir
Beliau mengulas kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh semalam yang mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Ahmad dilaporkan berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam mengharuskan akad nikah dilakukan di masjid.

Beliau berkata tiada halangan mana-mana pasangan Islam untuk melangsungkan perkahwinan di masjid, malah lebih digalakkan lagi kerana ia boleh memberi manfaat dalam bidang pengurusan.

"Dari satu segi yang mudah, akad nikah di masjid dapat menghimpunkan banyak pasangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam satu masa berbanding di rumah masing-masing dan bacaan khutbah dapat disampaikan imam atau jurunikah serentak.

"Lagipun rumah ibadah Islam itu boleh diadakan pelbagai kegiatan agama dan kemasyarakatan sejak di zaman Rasulullah lagi," katanya kepada Bernama di Kota Baharu, Kelantan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam melihat perkara itu dari sudut positif bagi mengelakkan ia mengelirukan mereka sendiri.
- Bernama

SATU MELAYU:
Alaaa...haiiiii! Pening kepala rakyat Melayu/Islam membaca penjelasan dan ulasan bab akad nikah di masjid ini.
Ada yang kata tidak mengikut sunnah, ada yang kata bagus.
Mana satu nak digunapakai?
Yang cakap tu pulak bukan orang kebanyakan macam SM. Semuanya ada ilmu agama yang tinggi dan ada tauliah.
Fenin.... fenin....

Apakah semua ini tejadi kerana para ilmuan agama terlalu banyak bercakap hingga caka-cakap mereka boleh menimbulkan masalah dari segi persepsi amalan Rasulullah dan macam-macam hal urusan ibadah yang lain?

Akad Nikah Di Masjid Menyimpang Dari Amalan Rasulullah - Ahmad Jusoh

HIASAN: Upacara akad nikah di masjid....

MENJADIKAN masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kenapa lambat sangat baru ada yang tegur?
Perkara ini sudah lama berlaku dan seolah-olah telah menjadi budaya orang Melayu kini.

Walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tetapi kenalah fikirkan juga sebab musabab kenapa akad nikah di masjid itu berlaku masa kini.

Sekarang ini majlis kenduri kahwin biasanya diadakan ketika musim cuti sekolah dan harinya pula ialah hari Sabtu dan Ahad. Dan upacara akad nikanya juga diadakan pada hari tersebut sekitar jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Itulah masa yang ada.

Apabila seseorang Naib Kadhi di sesebuah kawasan terpaksa menikahkan lebih daripada tiga orang pada suatu hari dalam masa yang suntuk dan terhad itu, maka jalan mudah menyelesaikan masalah ialah dengan menjadualkan mereka mengadakan upacara akad nikah di masjid.

Jurunikah tunggu di masjid dan pasangan pengantin dijadualkan masa untuk mereka datang bagi tujuan ‘mendirikan masjid’ itu.

Dalam konteks ini, akad nikah di masjid itu telah menjadi ‘penyelesai masalah’ kepada urusan akad nikah yang sering terpaksa lambat dilakukan kerana jurunikah terpaksa berkejar ke-hulu ke hilir untuk melaksanakan tugasnya apabila upacara akad nikah terlalu banyak pada satu-satu hari tertentu.

Begitulah yang dapat SM fahamkan kenapa majlis akad nikah sekarang terpaksa diadakan di masjid.
Wallahualam....

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog