HIASAN: Upacara akad nikah di masjid.... |
MENJADIKAN masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
- Bernama

SATU MELAYU:
Perkara ini sudah lama berlaku dan seolah-olah telah menjadi budaya orang Melayu kini.
Walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tetapi kenalah fikirkan juga sebab musabab kenapa akad nikah di masjid itu berlaku masa kini.
Sekarang ini majlis kenduri kahwin biasanya diadakan ketika musim cuti sekolah dan harinya pula ialah hari Sabtu dan Ahad. Dan upacara akad nikanya juga diadakan pada hari tersebut sekitar jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Itulah masa yang ada.
Apabila seseorang Naib Kadhi di sesebuah kawasan terpaksa menikahkan lebih daripada tiga orang pada suatu hari dalam masa yang suntuk dan terhad itu, maka jalan mudah menyelesaikan masalah ialah dengan menjadualkan mereka mengadakan upacara akad nikah di masjid.
Jurunikah tunggu di masjid dan pasangan pengantin dijadualkan masa untuk mereka datang bagi tujuan ‘mendirikan masjid’ itu.
Dalam konteks ini, akad nikah di masjid itu telah menjadi ‘penyelesai masalah’ kepada urusan akad nikah yang sering terpaksa lambat dilakukan kerana jurunikah terpaksa berkejar ke-hulu ke hilir untuk melaksanakan tugasnya apabila upacara akad nikah terlalu banyak pada satu-satu hari tertentu.
Begitulah yang dapat SM fahamkan kenapa majlis akad nikah sekarang terpaksa diadakan di masjid.
Wallahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan