Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Sultan/Raja Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan/Raja Melayu. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2011

Titah Sultan Selangor: ‘Tindakan JAIS betul....’

SULTAN Selangor bertitah, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Kompleks Dream Centre di Petaling Jaya 3 Ogos lalu adalah selaras dengan bidang kuasanya dan berpuas hati bahawa tindakan itu "betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang" di Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda sendiri sudah meneliti laporan JAIS berhubung pemeriksaan ke atas gereja itu semasa majlis ‘Thanks Giving Dinner’ dan selepas mendapat nasihat pakar agama dan undang-undang, baginda bersetuju supaya tiada pendakwaan dikenakan terhadap mana-mana pihak.


Titah baginda, bidang kuasa JAIS diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

"Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Selangor di Shah Alam hari ini.

Sultan Sharafuddin juga menitahkan JAIS supaya memberi kaunseling kepada orang Islam yang menghadiri majlis itu bagi memulihkan akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam.

Baginda turut menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Sultan Sharafuddin bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Selangor, baginda amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

"Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa undang-undang.

"Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dalam negeri Selangor ini hendaklah dihentikan dengan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

"Beta amat berharap agar rakyat negeri Selangor, tanpa mengira bangsa dan agama, tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS itu sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS," titah Sultan Sharafuddin.

Sultan Sharafuddin bertitah, Islam yang diamalkan di Selangor adalah agama yang penuh toleransi dan penganut Islam sentiasa dipupuk supaya menghormati penganut-penganut agama lain.

Kamu dua ekor ada faham apa yang Sultan titah?
"Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam. Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988, yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, Perkara XLVII Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing dengan aman dan harmoni.

"Hak kebebasan beragama itu telahpun berjalan dengan harmoni di Selangor dan beta amat berharap keharmonian yang telah wujud sekian lama dikekalkan.

"Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam," titah baginda.
- Bernama

Selasa, 27 September 2011

Jangan Kompromi Prinsip Mengenai Islam Dan Melayu : Raja Muda Perak


"Ia mungkin bermula dengan satu jamuan, satu nyanyian, satu perkhemahan, satu lawatan yang mungkin bermula dengan segenggam garam-setahil emas, ia juga mungkin bermula dengan satu kalimah-satu ceramah."

RAJA Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah prinsip-prinsip asas terutamanya yang menyentuh Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara tidak boleh dikompromi sama sekali.

Baginda meminta semua pihak supaya tidak menggunakan sebarang alasan, muslihat dan matlamat jangka pendek hingga menggadaikan nasib ummah di hari ini.

"Ummah wajib berdiri teguh, berpendirian tegas dan tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun," titah baginda pada Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Isnin.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan kongres dua hari itu anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.

Raja Dr Nazrin bertitah pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia amat penting diperingatkan semula manakala semua persetujuan yang sudah dicapai harus dihormati.

Menurut baginda, penghakisan martabat Islam bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara.

"Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh.

"Ia mungkin bermula dengan satu jamuan, satu nyanyian, satu perkhemahan, satu lawatan yang mungkin bermula dengan segenggam garam-setahil emas, ia juga mungkin bermula dengan satu kalimah-satu ceramah," titah baginda.

Menurut baginda Islam akan terhakis apabila tanggungjawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas.

"Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah.

"Hari ini nama suci Allah dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam, tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam, tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah," titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah bahawa kalimah suci Allah amat tinggi di sisi Islam di mana apabila dicetak pada kertas, kalimah itu tidak boleh dipijak, dijadikan bahan bungkusan malah tidak boleh dibawa ke dalam tandas.

"Prinsip asas Islam jika diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik merupakan satu perkara yang amat bahaya," titah baginda.

Raja Dr Nazrin mengingatkan umat Islam bahaw mereka kini berdepan dengan masalah perpaduan kerana mereka kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk "menang sorak tanpa memikirkan kampung halamannya mungkin tergadai".

"Raja-raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah itu dan sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang.

"Pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang betaut," titah baginda.

Raja Dr Nazrin mengingatkan status Islam dan ummah boleh terjejas sekiranya institusi Raja ditiadakan dan kerajaan pilihan rakyat berpegang kepada doktrin pemerintahan iaitu agama adalah urusan individu dan agama berada di luar bidang tanggungjawab negara.

"Akan berkelanalah ummah, Masjid Ubudiah (di Kuala Kangsar), begitu juga masjid-masjid lain, mungkin bertukar menjadi muzium, tempat para pelancong dimaklumkan bahawa di suatu masa dahulu, bangunan yang begini cantik seni binanya ini adalah tempat pengikut ajaran Muhammad menunaikan sembahyang," titah baginda.

Baginda bertitah senario yang berlaku di serata dunia menunjukkan hanya negara yang masih memiliki sistem pemerintahan beraja yang dapat meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. "Dalam hasrat membina kekuatan ummah dan jati diri bangsa dan dalam hasrat memastikan kelangsungan ummah, kuasa-kuasa prerogratif yang kekal diperuntukkan kepada Raja-Raja wajib dirujuk secara bijaksana," titah baginda.
- Bernama Online

Jumaat, 20 Mei 2011

Raja Nor Jan Pertahan Beliau Waris Kesultanan Melaka dan Perak

RAJA Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekaligus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata bahawa dalam buku "Tempat-Tempat Bersejarah Perak" yang ditulis oleh N. A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak," kata Raja Noor Jan Shah kepada Bernama.

Raja Noor Jan Shah berkata tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

Pada Khamis PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.

Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.

Pada 13 Nov 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman.
- Bernama


SATU MELAYU:
Tak tahulah siapa yang benar dan betul dalam hal salasilah kesultanan Melaka dan Perak seperti yang didakwa, dipertikai dan akhirnya jadi perdebatan umum ini.

Diharapkan adalah pakar-pakar sejarah salasilah kesultanan berkaitan mengemukakan hujah dengan bukti yang saheh dan tidak boleh dipertikai.

Kalau dibiarkan polemik ini berlarutan banyak tak baik daripada baik. Lebih malang lagi ianya akan menjejaskan institusi Raja-Raja Melayu.

Khamis, 19 Mei 2011

Raja Noor Jan Bukan Waris Atau Kerabat Kesultanan Melaka Dan Perak - PWKNP

PERSATUAN Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) pada Khamis meminta Raja Noor Jan Shah Raja Tuah supaya berhenti daripada membuat dakwaan bahawa beliau adalah pewaris Kesultanan Melaka dan Perak kerana dakwaan yang dibuat tidak berasas sama sekali.

Setiausaha Kehormat PWKNP Raja Omar Ikram Raja Abdullah Omar berkata PWKNP telah menjalankan siasatan dan kajian berhubung salasilah (nasab) Sultan Perak ke-22 Sultan Abdullah Mohamad (1851-1857) dan didapati Raja Noor Jan tiada dalam salasilah berkenaan.

"Ternyata beliau bukan seorang anak raja atau waris...kalau waris sah tuntut lain lah tetapi ini dari orang yang tidak ada kena mengena langsung," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Ipoh pada Khamis.

Raja Omar Ikram berkata PWKNP membuat sidang akhbar itu bagi memberi penjelasan kepada semua pihak terutama mereka yang keliru kerana dakwaan yang dibuat Raja Noor Jan sejak tahun 2006 adalah penipuan dan pemalsuan fakta.

Beliau berkata awal bulan ini sebuah rangkaian televisyen telah menyiarkan lagi dakwaan Raja Noor Jan sebagai waris Kesultanan Melaka dan mendakwa sebagai bakal Sultan Perak ke-35.

Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak
"Kami rasa terhina dan gusar dengan tuntutan oleh Raja Noor Jan dan tidak mahu dipersendakan... (Kesultanan) Perak mempunyai sistemnya sendiri bagi mewarisi kesultanan iaitu Raja Muda, Raja Di Hilir dan diikuti raja-raja bergelar...bagaimana seseorang mahu menjadi Sultan tanpa melalui proses itu," katanya.

Mengenai dakwaan Raja Noor Jan bahawa beliau waris Sultan Perak ke-22 melalui anakandanya Raja Alang Abdul Rahman, Raja Omar Ikram berkata Raja Alang Abdul Rahman tidak wujud tetapi ada anakanda Sultan Perak ke-22 yang bernama Raja Pandak Abdul Rahman.

Beliau berkata waris dan kerabat Raja Pandak Abdul Rahman boleh dinasabkan hingga kini dan keturunannya turut menjadi anggota PWKNP yang mempunyai kira-kira 400 anggota selepas ditubuhkan tahun lepas.

"Kami mempunyai biro nasab dan telah menyiasat saudara mara Raja Noor Jan yang terdapat di Kampung Raja dan Kampung Teluk Perang di Parit, Perak dan mereka mengakui bukan keturunan raja...kami yakin Raja Noor Jan telah memutar belit salasilah Sultan Abdullah bagi mengukuhkan dakwaannya," katanya.

Ditanya sama ada PWKNP akan membuat laporan polis terhadap Raja Noor Jan, beliau berkata ia akan dipertimbangkan jika Raja Noor Jan masih meneruskan dakwaan.

Raja Omar Ikram berkata salasilah Sultan Abdullah Mohammad 1 juga boleh dilihat daripada buku "A History of Perak" karangan R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson yang ditulis pada 1934 dan tiada dicatatkan Raja Alang Abdul Rahman sebagai seorang daripada anakandanya.

Raja Omar Ikram berkata Raja Noor Jan dipercayai telah membuat tuntutan dengan menulis surat kepada beberapa pihak dan beliau berharap dengan penjelasan oleh PWKNP, semua pihak terbabit tidak lagi memberi layanan kepada Raja Noor Jan.
- Bernama


SATU MELAYU:
Macam-macam kisah mengenai orang gila sekarang ini. Ada yang gila nak jadi Sultan. Ada yang gila nak jadi Perdana Menteri. Semuanya menyusahkan orang ramai kerana seorang ‘orang gila’.

Gila... gila! Siapa yang percaya dan terikut-ikut dengan dongeng orang gila jawatan ni, sebenarnya mereka juga turut gila, hampir gila atau lebih gila dari yang gila itu.

Khamis, 5 Mei 2011

Dengar! Dengar! Dengar!... Sultan Kelantan Mahu Lebih Banyak Infrastruktur Untuk Kemudahan Rakyat

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat negeri itu dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.

"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.

"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang Rabu.

Sidang media itu adalah yang pertama kali diadakan Sultan Kelantan sejak baginda dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lepas, iaitu mengenai pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di KLCC, Sabtu ini.

Baginda bertitah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri perlu lebih aktif untuk meninjau kawasan kerana ia dapat memberikan gambaran sebenar terhadap keperluan rakyat.

Mengenai yayasan itu, Baginda bertitah yayasan itu dijangka akan mengumpul dana sebanyak RM5 juta bagi tujuan kebajikan termasuk pendidikan dan keagamaan.

"Saya mahu yayasan ini menolong orang miskin sehingga menjadi berdikari supaya boleh mencari pendapatan sendiri," titah baginda.
- Bernama


SATU MELAYU:
Dengar! Dengar! Dengar!

Wahai rakyat negeri Kelantan, dengar dan fahamkanlah apa yang dimaksudkan Paduka Sultan anda. Baginda tidak puas hati dengan pembangunan infrastruktur negeri yang tidak berjaya dinaik taraf oleh kerajaan negeri yang dikuasai Pas walaupun telah berkuasa sejak lebih 20 tahun lalu.

Fahamkanlah apa yang Baginda maksudkan apabila menyebut negeri-negeri lain telah jauh membangun di mana ianya memudahkan rakyat mencari razeki.

Faham-fahamkanlah apa yang Paduka Sultan maksudkan demi kesejahteraan hidup rakyat.

Kalau negeri Kelantan masih terus kekal di bawah kepimpinan Pas, selagi itulah negeri Cik Siti Wan Kembang tidak akan mempu membangun dan dibangunkan. Lagi lama, lagi jauhlah kemundurannya jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Tolak PAS untuk menjadikan Kelantan negeri maju.....

Rabu, 20 April 2011

Institusi raja akan dipertahan - Raja Dr. Nazrin Shah

RAJA Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.

Baginda bertitah, sebagai payung negeri, institusi raja perlu berpendirian tegas memastikan takhta kekal berada di atas politik.

“Tugas tersebut bukanlah ringan. Ia memerlukan kearifan dan hikmah, pengalaman dan kedewasaan.

“Tugas tersebut bertambah mencabar dalam menghadapi demografi warga yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum, agama, ditambah pula komposisi warga muda yang bertambah bilangannya, memiliki pelbagai idealisme di samping terdedah kepada pengaruh globalisasi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Selasa.

Raja Nazrin bertitah, pada hari ini pemahaman warga terhadap institusi raja bagaikan berada di dua penghujung pendulum, ada yang menghargai kewujudannya dan ada pula yang kabur dengan peranannya.

Sehubungan itu titah baginda, menjadi tanggungjawab raja pemerintah untuk memperlihatkan kepada warganya kepentingan institusi raja terutama dalam memenuhi peranan semak dan imbang dalam urus tadbir kerajaan yang berpaksikan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Titah baginda lagi, pada masa ini institusi raja sedang melalui satu lagi evolusi hasil daripada suasana dinamik politik tempatan.

Bagaimanapun baginda yakin dengan pengalaman dan hikmah Sultan Azlan Shah serta raja-raja Melayu, institusi raja di bumi ini akan menemui paksi baru bagi melakarkan peranan yang lebih relevan dalam era semakin berubah.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kewujudan isntitusi Raja itulah yang membawa kepada adanya perkataan ‘kerajaan’. Dalam kontek negara Malaysia, institusi raja dikukuhkan dalam Perlembagaan Negara dengan istilah Raja-Raja Melayu. Manakala kedudukannya pula mengatasi politik atau Parlimen.

Hanya Melayu bodoh dan bangsat sahaja yang terikut-ikut dengan gerakan halus kaum bukan Melayu tertentu yang cuba menghapuskan Isntitusi Raja Melayu. Bila tiada lagi Institusi Raja, maka negara ini akan jadi sebuah republik seperti Singapura.

Apabila negara ini jadi republik, maka akan terhapuslah hak keistimewaan orang Melayu selaku peribumi asal, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebudayaan Melayu dan yang paling penting agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Melayu tidak lagi jadi tonggak negara....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog