RAJA Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.
Baginda bertitah, sebagai payung negeri, institusi raja perlu berpendirian tegas memastikan takhta kekal berada di atas politik.
“Tugas tersebut bukanlah ringan. Ia memerlukan kearifan dan hikmah, pengalaman dan kedewasaan.
“Tugas tersebut bertambah mencabar dalam menghadapi demografi warga yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum, agama, ditambah pula komposisi warga muda yang bertambah bilangannya, memiliki pelbagai idealisme di samping terdedah kepada pengaruh globalisasi,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Selasa.
Raja Nazrin bertitah, pada hari ini pemahaman warga terhadap institusi raja bagaikan berada di dua penghujung pendulum, ada yang menghargai kewujudannya dan ada pula yang kabur dengan peranannya.
Sehubungan itu titah baginda, menjadi tanggungjawab raja pemerintah untuk memperlihatkan kepada warganya kepentingan institusi raja terutama dalam memenuhi peranan semak dan imbang dalam urus tadbir kerajaan yang berpaksikan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Titah baginda lagi, pada masa ini institusi raja sedang melalui satu lagi evolusi hasil daripada suasana dinamik politik tempatan.
Bagaimanapun baginda yakin dengan pengalaman dan hikmah Sultan Azlan Shah serta raja-raja Melayu, institusi raja di bumi ini akan menemui paksi baru bagi melakarkan peranan yang lebih relevan dalam era semakin berubah.
- Utusan
SATU MELAYU:
Kewujudan isntitusi Raja itulah yang membawa kepada adanya perkataan ‘kerajaan’. Dalam kontek negara Malaysia, institusi raja dikukuhkan dalam Perlembagaan Negara dengan istilah Raja-Raja Melayu. Manakala kedudukannya pula mengatasi politik atau Parlimen.
Hanya Melayu bodoh dan bangsat sahaja yang terikut-ikut dengan gerakan halus kaum bukan Melayu tertentu yang cuba menghapuskan Isntitusi Raja Melayu. Bila tiada lagi Institusi Raja, maka negara ini akan jadi sebuah republik seperti Singapura.
Apabila negara ini jadi republik, maka akan terhapuslah hak keistimewaan orang Melayu selaku peribumi asal, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebudayaan Melayu dan yang paling penting agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Melayu tidak lagi jadi tonggak negara....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan