Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 20 Mei 2011

Raja Nor Jan Pertahan Beliau Waris Kesultanan Melaka dan Perak

RAJA Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekaligus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Raja Noor Jan Shah berkata bahawa dalam buku "Tempat-Tempat Bersejarah Perak" yang ditulis oleh N. A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak," kata Raja Noor Jan Shah kepada Bernama.

Raja Noor Jan Shah berkata tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.

Pada Khamis PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.

Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.

Pada 13 Nov 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman.
- Bernama


SATU MELAYU:
Tak tahulah siapa yang benar dan betul dalam hal salasilah kesultanan Melaka dan Perak seperti yang didakwa, dipertikai dan akhirnya jadi perdebatan umum ini.

Diharapkan adalah pakar-pakar sejarah salasilah kesultanan berkaitan mengemukakan hujah dengan bukti yang saheh dan tidak boleh dipertikai.

Kalau dibiarkan polemik ini berlarutan banyak tak baik daripada baik. Lebih malang lagi ianya akan menjejaskan institusi Raja-Raja Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog