Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 22 Julai 2010

INSAFLAH WAHAI MELAYU TITI SERONG....

TITI SERONG adalah nama sebuah DUN di bahagian utara Negeri Perak. Kawasan Parlimen untuk DUN ini ialah Parit Buntar. Peratusan pecahan pengundi DUN ini adalah 73.99 Melayu, 18.08 Cina dan 7.9 India. Hakikatnya, DUN ini adalah bermajoritikan kaum Melayu. Majoriti penduduknya adalah penanam padi.

Pada PRU-12, DUN Titi Serong telah dimenangi oleh calon Pas, mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,149 dari jumlah yang keluar mengundi seramai 18,875. DUN ini sebelumnya diwakili ADUN BN.

Akibat tsunami politik pada PRU lalu, BN tewas dan Pas menang. Itu perkara biasa jika dilihat dari sudut menang/kalahnya. Tetapi yang agak ganjil, calon Pas yang mewakili rakyat Titi Serong sejak itu ialah seorang mualaf bernama Idham Lim. Entah dari mana datangnya, tetiba dia bernasib baik jadi DUN melalui sokongan Melayu kawasan berkenaan.

Sejak jadi wakil rakyat, Idham Lim melalui blognya ‘Cina Islam’ sentiasa menghentam kerajaan BN dan pemimpin Melayu. Walaupun ia beragama Islam darah dan jasadnya tetap kaum Cina. Hati kecilnya masih tidak mahu menerima orang Melayu sebagai pribumi utama negara bernama Malaysia ini. Perkauman Cinanya masih tebal. Nama blognya pun masih tidak dapat dipisah dari perkataan CINA.

Untuk pengetahuan orang Melayu Perak, khasnya Melayu Titi Serong, si mualaf inilah yang mula-mula sekali mengkritik Tan Sri Mufti Perak, denagan mendakwa Sahibul Samahah itu seorang pembohong dan tidak boleh dipercayai kerana dicapnya sebagai agen UMNO. Selepas itu barulah terdengar komen serupa daripada Salahuddin Ayub dan Mahfuz.

Insaflah wahai orang Melayu Titi Serong. Sesungguhnya undi anda semua pada PRU lalu telah disalahguna oleh wakil rakyat anda demi kepentingan pribadi dan perkauman Cinanya yang masih tebal.

Orang Titi Serong tentunya ramai yang mengenali siapa Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau adalah anak tempatan Lembah Krian. Bukannya macam si mualaf itu yang datang dari luar, tiba-tiba cuba jadi jaguh Pas menghentam Tuan Mufti yang anda semua hormati.

Sebagaimana kita semua tahu, Tan Sri Harussani sememangnya mementingkan nasib masa depan orang Melayu dan Islam. Beliau selalu berhujah bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu adalah orang Melayu dalam kontek rakyat pribumi negara tercinta ini.

Beliau bukan orang politik tetapi seorang Mufti yang dilantik oleh Sultan Perak. Usianya dengan jawatan itu adalah paling lama dan seluruh Mufti di negara ini menghormatinya. Beliau sering menegur sesiapa sahaja yang difikirkannya bertentangan dengan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Beliau tidak mengira sama ada yang ditegurnya itu pemimpin UMNO atau Pas atau PKR atau siapa sahaja dan dari parti politik yang mana. Contoh terbaru, semasa kerajaan bercadang meluluskan lesen judi bola sepak menjelang Piala Dunia baru-baru ini, Tan Sri Harussanilah yang mula-mula sekali menentang dan membantahnya.

Kalaulah DS Najib pun dia tegur, takkanlah beliau dianggap agen UMNO?

Manakala pemimpin Pas pertama beliau mula tegur dan kritik ialah Pesuruhjaya Pas Perak (dahulu), Ahmad Awang, yang berkata kepada beliau bahawa berkawan dengan DAP lebih baik daripada bersahabat dengan UMNO yang zalim.

Sebagai seorang yang menjaga kepentingan Islam di Negeri Perak, salahkah beliau menegur kesalahan pemimpin Pas yang ternyata sangat bertentangan dengan ajaran Islam itu?

Terbukti Tan Sri benar, kerana selepas itu Ahmad Awang pun tidak lagi mahu menjadi pemimpin Pas Pusat. Sedangkan jawatannya ketika itu adalah salah seorang Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Perak. Beliau lari malam kerana menyedari kesalahan sendiri atau termalu sendiri dengan Tan Sri Mufti yang sebelum itu mereka anggap sebagai orang Pas.

Apapun, masanya sudah tiba kepada penduduk Melayu Titi Serong menebus kesilapan pada PRU lalu. Yang telah berlaku tak mungkin dapat diubah. Yang pasti untuk PRU akan datang, undilah orang lain, Janganlah percaya sangat dengan dakyah mereka yang bercita-cita mahu merampas negara ini dari tangan BN.

Dan tsunami politik yang diuar-uarkan itu sebenarnya bukan satu kebaikan tetapi adalah keburukan atau kemusnahan. Kita semua mula kenal tsunami pada hujung tahun 2004, iaitu apabila bencana itu melanda Aceh, Selatan India, Sri Langka, Thailand dan tidak ketinggalan negeri Pulau Pinang dan pantai Kedah di Malaysia.

Justeru, tepatlah keputusan PRU-12 lalu dinamakan sebagai tsunami politik dari segi memusnahkan masa depan orang Melayu.

Sebenarnya yang mereka mahukan bukan merampas kuasa dari BN tetapi merampas kuasa dari orang Melayu. Insaf dan sedarlah sebelum nasi menjadi bubur.


Pak Sulung: Tetap meragui mulut manis kaum imigran Cina walau pun mereka telah memeluk Islam. Kebanyakannya, mereka jadi Islam bukan kerana ugama sangat tetapi kerana berkahwin dengan gadis Melayu. Di hati kecil Idham Lim tetap redha jika Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng menjadi Presiden Republik Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog