TULISAN Pak Sulung minggu ini masih tidak dapat lari dari kata-kata yang terluah di Majlis Perhimpunan Melayu Perak 2010. Sama ada ianya diluahkan oleh para penceramah atau siapa sahaja yang berucap dalam majlis itu. Tak kira sama ada semasa ucapan aluan, ucapan perasmian, mahu pun ucapan para penceramah yang membentangkan kertas kerja masing-masing.
Oleh kerana terlalu banyak yang mahu ditulis dan mahu diperkatakan, maka Pak Sulung terpaksalah buat beberapa tajuk berasingan berdasarkan apa yang disentuh dalam perhimpunan berkenaan. Mungkin ada yang kata Pak Sulung tak tahu tulis pasal lain.... Biarlah. Itu sahaja yang ada setakat ini dan Pak Sulung anggap ianya penting dan perlu diketengahkan dalam usaha membetulkan minda Melayu yang caca-merba kerana fitnah dan tuduhan pihak yang terlupa apa bangsanya, asal keturunannya, agamanya dan di mana tempat yang dikatakan tanah air untuknya.
Antara ungkapan yang banyak didengar dalam majlis berkenaan ialah ‘Jangan sampai kita jadi seperti Melayu di Singapura’. Sama ada oleh mereka yang memberikan ucapan mahu pun para hadhirin yang mengambil bahgian memberikan pendapat serta soalan. Tidak terkira banyaknya ungkapan itu di ulang-ulang sebagai peringatan.
Justeru, terlintas difikiran Pak Sulung siapakah yang menjadi penduduk asal Pulau Singapura? Orang Melayu atau kaum Cina?
Dari apa yang diperkatakan, rata-rata mereka yang berucap menyeru supaya Melayu negara ini jangan menerima nasib serupa seperti Melayu Singapura. Kata mereka, di negara pulau itu kaum Melayu seperti tidak wujud. Dan kalau ada pun cuma sebagai kaum pendatang yang sentiasa bergantung harapan kepada penduduk asal. Sedangkan mereka adalah penduduk asal.
Setahu Pak Sulung, orang pertama yang membuka Pulau Singapura adalah Sang Nila Utama bukannya Stamford Raffels sebagai mana yang disejarahkan oleh penjajah British. Tidak terdapat pula mana-mana catatan yang mengatakan pulau itu pernah diduduki oleh kaum Cina sebagai penduduk awal.
Bagaimanapun apa yang terjadi sekarang adalah lain dari sepatutnya.
Apa tidaknya, penduduk asal Pulau Singapura adalah orang Melayu. Kemudian ianya dijajah oleh pedagang Inggeris dan akhirnya oleh pemerintah Inggeris. Singapura dinamakan sebagai Negeri Selat. Jajahan naungan kerajaan British.
Kaum Cina yang berada disitu hanyalah sebagai pendatang yang menumpang cari makan setelah mereka mengalami kesempitan hidup di negara asal. Tetapi kerana kecekapan mereka mengatur strategi, mereka jadi majoriti dan seterusnya menjadi kaum utama di negara berkenaan. Penuduk asal terpinggir dan diserekkan penempatannya hingga menjadi kecil dan tidak lagi hidup sebagai orang Melayu yang berbudayakan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Identiti kemelayuan mereka jadi rencam. Kalau cakap pun pakai ‘Lu... Gua...”
Begitulah nasib umat Melayu Islam di sebuah negara yang sangat hampir dengan kita dan masih ada pertalian darah dengan kita. Malahan asalnya adalah sebahagian dari negara kita. Apa yang dapat kita lakukan dalam membela nasib mereka. Kita orang Melayu diseberang tambak hanya mampu melihat dan mendengar khabar sahaja.
Seperkara yang menarik untuk difikirkan ialah apakah kaum Cina yang kini telah menjadi tuan di pulau yang asalnya kepunyaan Melayu itu cukup dan berpuas hati dengan apa yang mereka telah capai?
Kalau mereka berprinsip seperti Israel di Asia Barat, sudah tentu mereka berhasrat meluas dan melebarkan tanah milik mereka. Sebuah negara pulau sesempit Singapura sudah tentu tidak cukup dan tidak memuaskan hati.
Kalau itulah yang menjadi agenda tersembunyi kaum itu, kemana arah yang harus mereka tuju untuk meluaskan taklukkan mereka? Sudah tentu ke negara jiran yang berhampiran. Daerah yang palimg hampir. Dan jiran Singapura yang paling hampir ialah Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia. Mana satukah pilihan mereka?
Kalau penduduk asal Singapura boleh terpinggir dan hilang tandanya, apakah tidak mungkin negara kita – Semenanjung Tanah Melayu, akan menerima nasib serupa satu hari nanti? Sekarang munkin tidak tetapi, bagaimana setelah 50 akan datang?
Fikir-fikirkanlah. Carilah sendiri jawapan kepada persoalan yang Pak Sulung kemukakan itu.
Pak Sulung: Kalau Pak Sulung jadi mereka, pilihan pertama ialah Tanah Melayu. Sebabnya, di sini semuanya sudah tersedia.Tinggal menunggu masa dan ketika yang baik sahaja untuk masuk. Segalanya telah dirintis oleh agen utama – DAP.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan