Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 18 Julai 2010

KITE LEBIH BIJAK DARI DEME....

TERLALU banyak manfaat yang penulis dapat hasil sehari suntuk menghadhiri Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, 17 Julai lalu. Ada banyak pengalaman yang boleh dijadikan bahan berfikir untuk menulis. Apa yang didengar, dilihat dan digurau-sendakan dengan rakan-rakan lama sangat besar ertinnya kepada saya.

Di sini penulis turunkan satu gurauan yang sangat dalam maknanya jika dipandang dari sudut politik masa depan orang Melayu, khasnya politik UMNO.

Kisahnya, semasa waktu rehat – selepas makan tengahari dan solat zohor, penulis berhasrat mengisi borang pendaftaran untuk jadi ahli Gerakan Melayu Perak (GMP). Lalau penulis ambil borang dan duduk disebuah kerusi sambil menghadap sebuah meja kosong. Meja itu awalnya diguna untuk daftar kehadhiran.

Sedang penulis mengisi borang, tetiba seorang rakan lama dengan beberapa orang rakan lagi datang menghampiri. Rakan ini memang lama tak jumpa kerana kami masing-masing telah tidak lagi aktif dalam UMNO sama ada diperingkat cawangan atau pun bahagian. Kawan lama itu adalah pesara tentera berpangkat Kapten. Untuk itu penulis namakan dia Kaptem Bersara (Kpt. B) sahaja.

Kpt. B: Hai.... sahabat, baru sekarang nak isi borang. Belum jadi ahli lagi ke?

Penulis: Begitu le nampaknya Kepten.... Teman lama dah dengor nama GMP ni tapi tak ada peluang nak daftar....

Kept. B: Elok le mike bergerak dalam NGO macam ni.... Dalam UMNO, orang macam kita ni bukannya laku lagi....

Penulis: Ye ke? Kesian kita ye.... dah tua-tua ni tak laku le pulak....

Kept. B: Bukan pase kita tua....

Penulis: Habih tu.... pase apa deme tak gemor...?

Kept. B: Takkan mike tak tau pase ape....

Penulis: Betoi.... teman tak tahu....

Kept. B: Orang macam kite ni jauh lebih pande dari dema-deme tu.... Suara kita lantang, mana deme suka. Deme suka ahli yang senyap.... macam ayam mabuk tahi aje....

Penulis: Ye... ke....

Kept. B: Ye.... le.... Orang macam mike yang suka menulis, kritik mereka.... mana deme suka. Dah pencen tulis surat khabor, tulis dalam blog pulak.... deme takut le.... Dema tu banyak buat hal yang tak betui.... Siang malam bukan dok pikior pase UMNO.... deme dok pikior apa dan mana projek yang dema patut dapat.... Deme kira nak buat duit dan besorkan peghot deme aje.... Orang macam kite ni tengok.... sehat dan badan semakin langsing.... bukan macam deme yang nak berjalan pun susah kerana beghat peghot.... Banyak makan duit haram....

Penulis: Isy...Mike ni .... ade-ade je.... semua oghang tak kena....

Kept. B: Alahhh.... kan tadi Prof: Ramlah Adam kata.... pemimpin UMNO ni terlalu eksklusif.... deme dengan puak deme aje.... sapa pande sikit deme pancong. Itu sebab golongan muda benci UMNO.... Deme mahu kita jadi ahli biasa aje.... Tapi kalau kita lompat parti lain deme bising juge....

Penulis: Lompat le.... ada banyak parti mike boleh lompat. Tak mahu Pas, PKR ada. Tak suka PKR, PPP ada. Tak gemor PPP, DAP ada.... Jangan masuk Parti Komunis Malaya sudah leee....
Berderai kami dan rakan-rakan lain ketawa.

Kept. B: Udah le tuuu.... Pegi serah borang dan bayor yuran. Bukannya mahe, cuma 12 ringgit aje... Itu pun seumur hidup.... bukannya setahun sekali....

Penulis pun pergi ke meja sebelah dan hulurkan borang beserta wang RM12.00. Dan kami pun beredar memasuki dewan untuk sesi petang.

Setelah berada dirumah, sementara menanti waktu isyak selepas maghrib, penulis terkenangkan dialog sahabat lama petang tadi tu. Walaupun dalam keadaan bergurau tetapi tersirat perkara benar mengenai kepimpin UMNO di peringkat bawahan.

Kata-kata... ‘deme tak suka oghang macam kita....’ agak menarik untuk diperhatikan. Apakah benar begitu? Adakah itu sebabnya ramai generasi muda enggan menyertai UMNO? Kebanyakan generasi muda sekarang ni sekurang-kurangnya ada Diploma.... Sementara yang jadi Ketua Cawangan atau AJK Bahagian ada yang tak punya kerja pun.... SPM pun belum tentu lulus....

Entahlah. Penulis pun tak tahu nak beri jawapan. Tetapi kalau benarlah begitu keadaan yang berlaku dalam UMNO sekarang, maka tidak mustahil BN tak akan mampu bertahan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Adakah UMNO sekarang ibarat rumah kayu yang sedang dimakan anai-anai?



Pak Sulung: Kalaulah penyakit itu merebak ke seluruh UMNO dari segi anggapan orang Melayunya, maka adalah menjadi satu tanggungjawab berat kepada DS Najib dan Muhyiddin mengatasinya. Mungkin kerana itulah mereka berdua sering bercakap mengenai tranformasi dalam UMNO. Tapi, faham ke pemimpin-pemimpin bawahan mengenai tranformasi yang dimaksudkan?

1 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Salam Sahabat seperjuangan.

Kawan setuju dengan kata - kata kapten sahabat tuan di atas dan memang benar telahan yang di buat oleh Prof.Ramlah Adam tu, UMNO dah lama berubah tapi orangnya tetap tak nak berubah. Apa pun kawan minta tuan bantu sebarkan artikel dalam http://melayupasirgudang.blogspot.com/2010/07/melayu-mesti-bersatu-menjelang-pru-13.html
semoga rakan-rakan dalam blog tuan lebih mengerti kenapa melayu mesti bersatu.Kita dalam keadaan kritikal.

Selamat Berjuang.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog