NAMA Dato’ Hassan Ali sekali lagi jadi perhatian umum, khasnya para penyokong Pas. Orang UMNO pun turut memerhati sama. Pendek kata, semua pemerhati politik negara ini sedang memerhatikan perkembangan terbaru kepimpinan Pas ini.
Kisahnya mula bersemarak kembali setelah Pesuruhjaya Pas Selangor itu dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bertanyakan pendapat bagaimana mahu menyatukan umat Melayu di Tanah Melayu ini.
Kononnya, mualaf ADUN Titi Serong di Perak tahu segalanya tetapi, tidak pula mahu menyebut nama Hassan Ali sebagai orang yang dimaksudkan. Dia bertarik tali mahu melaga-lagakan orang Melayu dalam Pas melalui tulisan dalam blognya, CHINA ISLAM.
Maka berkecamuklah umat Melayu Pas tak tentu pasal. Tuduh menuduh sesama sendiri berlaku dan anak Johor yang dapat rezki di Selangor - Khalid Samad, membuat kenyataan meminta tindakan diambil terhadap pemimpin Pas yang tidak wala (taat setia) kepada parti dan kepimpinan.
Sasarannya tentulah kepada Hassan Ali yang diketahui umum sememangnya menjadi musuh beliau.
Klhalid Samad lupa bahawa Hassan Ali tu adalah anak Selangor jati, sementara awaktu adalah orang mendatang di Selangor dan mendapat peluang jadi MP kerana ehsan Melayu Selangor – Shah Alam.
Dahulu isu sama pernah berlaku. Hassan Ali diberikan ‘kad kuning’ sebagai tindakan desiplin kerana menyuarakan isu sama serta membantah penjualan arak di Shah Alam. Atas kehendak DAP yang menjadi dalang dalam pakatan pembangkang memerintah Selangor, pucuk pimpinan Pas akur untuk memberikan ‘kad kuning’ kepada Pesuruhjaya Pas Negeri itu.
Terdiamlah hamba Allah tu. Tersisih dan tidak popular lagi sebagai penceramah Pas. Jadilah beliau sebagai Pakar Motivasi yang dibasikan oleh partinya sendiri.
Kini ianya bergema lagi. Dan Hassan Ali sekali jadi sasaran. Biasanya kalau terlalu ramai yang berkata demikian, maka sahlah perkara itu. Maksudnya, betullah Hassan Ali orang yang dimaksudkan. Sedangkan pemimpin utama dan diktator ulung Pas, Nik Aziz Nik Mat sangat phobia bila mendengar perkataan ‘berbincang’ atau ‘berbaik-baik’ dengan Melayu UMNO.
Nik Aziz masih konsisten mempertahankan dendamnya terhadap UMNO. Sebut saja nama UMNO dia melenting dan melalut dengan kenyataan-kenyataan yang serign tidak berpijak di bumi nyata. Isu yang berbangkit lain, dia cakap pasal lain. Lain yang bengkak lain pula yang bernanah.
Kesimpulannya, sama-samalah kita semua tunggu apakah pimpinan Pas berani bertindak terhadap Hassan Ali kali ini? Kalau dulu hanya sekadar amaran dengan ‘kad kuning’, kali ini beranikah Pas, khasnya Nik Aziz selaku Mursyidul Am melayangkan ‘kad merah’ pula kepada Pesuruhjaya Pas Selangor itu?
Tidak pula terdengar Pas Selangor mengambil tindakan terhadap Khalid Samad yang terang-terang mengkritik, memprotes dan menentang Pesuruhjaya Pas negeri itu? Bukankah beliau tertakluk di bawah kepimpinan Pas Selangor pada peringkat negeri? Bukankah dalam Pas Seleangor, Hassan Ali adalah ketua kepada Khalid Samad?
Khalid Samad dah mula memukul gendang perang terhadap Hassan Ali, sementara Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Harun Din meminta bertenang dan memberhentikan pertikaman lidah menganai isu perpaduan dengan UMNO.
Kalau Pas sering mendakwa pemimpin UMNO berpecah-belah dan bercelaru, apakah pemimpin Pas juga tidak boleh dianggap begitu? Yang menjadi penyelamat Pas dalam menghadapi semua permasalahan dalamannya adalah kerana parti itu bermursyidul-amkan seorang diktator yang menganggap hanya dirinya sahaja yang betul. Dan ‘Pak Pedokok’ dalam Pas semuanya tak berani melawan atau menyanggah Nik Aziz.
Kalau begitu tak jauh bezalah antara Nik Aziz dengan Samy Velu dari segi stail memimpin parti. Siapa lawan kena tindakan desiplin atau pecat.
Kalau semua orang tak betul kepada Nik Aziz, siapa yang betul. Biasanya kalau seseorang itu didapati sering kali bergaduh dengan ramai orang, maka orang itulah yang bersalah dan banyak tak betulnya.
Mana dia demokrasi dan semangat musyawarah dalam kepimpinan Pas? Yang jelas dalam Pas hanya ada ‘demo kasi’.
Wallahhualam....
Pak Sulung: Berkeyakinan penuh bahawa kepimpinan Pas tidak akan berani mengambil tindakan memecat Dato’ Hassan Ali, sama ada sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, mahupun sebagai pemimpin atau ahli Pas.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan