Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 20 Julai 2010

PAS GELABAH DENGAN USAHA MUFTI PERAK

KENYATAAN terbuka Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, mengenai usahanya menyatu-padukan orang Melayu demi menyelamatkan negara dari terlepas ke tangan kaum imigran, menjadikan para pemimpin Pas gelabah. Mereka bimbang orang Melayu akan bersatu di bawah kerajaan sedia ada dan tidak lagi berpecah-belah kerana fahaman politik ‘benci’ yang selama ini diperjuangkan oleh parti itu akan hancur.

Kini, Tan Sri Harussani mula jadi sasaran kecaman. Ceramah-ceramah Pas mula memburuk-burukkan kradebiliti Mufti Perak itu dengan pelbagai tuduhan liar dan jahat. Institusi Mufti yang terletak di bawah kuasa Sultan mula dipertikai oleh orang Melayu sendiri.

Melayu tang dengar ternganga, sementara kaum imigran Cina dan India bertepuk tangan kerana satu lagi institusi yang menjaga kepentingan Melayu/Islam mula jadi isu politik. Kedudukan Mufti mula dipertikai dan diperlekeh oleh umat Melayu sendiri. Kipas kaum Cina dan India semakin laju. Terbuka satu lagi peluang untuk mereka memecah-belakan perpaduan Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Pada pendapat penulis, tindakan Tan Sri Harussani itu memang wajar dan kena pada masa dan ketikanya. Kedudukan perpaduan umat Melayu mutakhir ini semakin teruk berpecah-belah kerana fahaman politik sempit yang mengongkong minda. Lebih teruk lagi, segalanya berlaku kerana didalangi pemimpin kaum imigran yang menunggu masa untuk merampas tampuk pemerintahan negara.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, sistem pemerintahan negara ini amat rapuh. Sistem demokrasi berparlimen yang berteraskan pilihan rakyat amat mudah bertukar menjadi alat merampas kuasa secara sah. Pati atau kumpulan parti mana yang mendapat sokongan majoriti akan memerintah negara. Lebih teruk lagi, jika mereka mendapat majoriti 2/3, Perlembagaan Persekutuan boleh ditukar atau dipinda sewenang-wenangnya.

Atas asas inilah menjadikan Mufti Perak itu sangat bimbang. Jika mereka menguasai 2/3 majoroti di parlimen dan Perlembagaan Persekutuan di pinda, sudah tentu yang menjadi tumpuan utama mereka ialah pindaan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Apabila itu terjadi, tidak mungkinkah negara akan jadi huru-hara kerana ketika itu barulah orang Melayu seluruhnya sedar dan baru le nak mengamuk seperti apa yang berlaku 41 tahun dahulu. Ketika itu apa akan jadi dengan negara tercinta ini? Tidak bolehkah dijadi pengajaran dari apa yang kita semula lihat di TV mengenai huru-hara di negara-negara Islam sekarang?

Mahukah kita semua tinggal di sebuah negara yang tidak pernah aman? Ketika itu selamatkan kita dan bolehkan para usahawa membuat duit? Apa akan jadi dengan kereta mewah, rumah mewah dan segala kemewahan yang dikecapi sekarang kalau bom dan api meletus di sana sini?

Pemimpin Pas yang buta perut mengatakan Harussani tak patut campur soal politik. Sedangkan apa yang dibuat atau cuba diusahakan oleh Mufti itu ialah menyatupadukan orang Melayu yang berpecah kerana fahaman politik. Bukan mencampuri urusan politik atau berliau berpolitik. Beliau hanya berusaha sedaya mungkin untuk menyatukan orang Melayu. Itu sahaja.

Lagi pun, di negara ini apabila di sebut Islam, manusia yang seratus peratus beragama Islam ialah orang Melayu. Maknanya, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Itulah keadaannya di negara yang bernama Malaysia ini.

Justeru, jika beliau bercakap mengenai masa depan orang Melayu, perpaduan orang Melayu dan tanah tumpah darah Melayu, ianya tidak terkeluar dari peranan dan tugasnya yang menyelia agama serta umat Islam selama mana ianya diperkenan Sultan. Itupun tak faham ke?

Inilah sebenarnya rahmat yang diberikan Allah swt kepada umat Melayu. Sebut saja Melayu maka Islamlah agamanya. Di negara lain tidak. Orang Arab bukan semuanya Islam. Begitu juga dengan orang India, Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh.

Cuma orang Melayu sahaja yang nama kaumnya tidak terpisah dengan agamanya – Islam. Sebab itu orang Cina atau orang India di negara ini yang memeluk Islam mengatakan dia masuk Melayu. Walhal, Melayu itu bangsa atau kaum sedangkan Islam itu adalah agama.

Nampak sangat pemimpin Pas mula gentar dengan usaha Tan Sri Harussani itu. Mereka bimbang, jika orang Melayu bersatu, hasrat menumbangkan BN pada PRU-13 tidak akan terlaksana. Sedangkan, kalau BN tumbang pun Pas hanya akan jadi ‘melukut di tepi gantang’ sahaja. Yang akan berkuasa adalah DAP atau kaum bukan Melayu/Islam.

Sepatutnya apa yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang selepas PRU-12 menjadi contoh tauladan kepada orang Melayu. Janganlah pemimpin Pas terus menyerkup penyokongnya di bawah tempurung.

Entahlah.... Kita semua tak tahu apa yang dijanjikan oleh Lee Kuan Yew kepada Nik Aziz semasa Menteri Mentor Singapura itu melawat Kelantan sejurus selepas PRU-12 dahulu. Nampaknya pemimpin Pas begitu bersungguh-sungguh mahukan orang Melayu berpecah supaya kawan sementara mereka itu mendapatkan kuasa di tanah tumpah darah Melayu ini.



Pak Sulung: Menyeru seluruh umat Melayu bersatu demi mempertahankan tanah air tercinta dari dikuasai pemerintahannya oleh kaum imigran setelah ekonomi berada ditangan mereka. Cukuplah Pulau Singapura terlepas begitu sahaja dan kaum Melayu melopong. Lagipun, kalau Melayu hilang kuasa, kemana kita semua hendak lari? Ke Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos atau ke negara Cina?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM PAK SULUNG..RASANYA KURANG YAKIN MELAYU AKAN BERSATU SELAGI WALI SLIPOR DAN YG SEANGKATAN DGNNYA MASIH "BERKELIARAN"..WALLAHUALAMM

PakSulung berkata...

Aje yg ye... Selagi Nik Aziz tidak dapat menjauhkan dirinya daripada Anwar Al-Jub... selagi itu dia akan jadi batu penghalang utama kpd perpaduan Melayu. Dua ekor hamba Allah ini adalah makhluk perosak bangsanya, agamanya dan tanah airnya.
Lebih malang lagi, orang Pas yg jadi penyokong tegar - mengalahkan penagih dadah, semuanya tak berani nak menentang....
Inilah yg dikatakan taksub serta fanatik. Ketaksuban kpd individu adalah di larang dlm Islam....

Satu Melayu berkata...

Setuju benar dengan pandapa PakSulung tu

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog