Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 30 Julai 2010

SEORANG TUN DAH KENA DAKWA, SEORANG LAGI BILA?

BERITA mengenai dakwaan ke atas Tun Ling Liong Sek, mantan Presiden MCA kerana memberi laporan ‘tidak benar’ kepada Kabinet dalam projek PKFZ, menarik perhatian umum. Ada yang terkejut dan ada juga yang tidak menyangka begitu akhirnya nasib seorang bekas pemimpin yang berkedudukan tinggi dalam kepimpinan negara dan kerajaan.

Penulis tidak mahu membicarakan soal salah atau tidaknya tuduhan itu. Juga tidak perlu dijadikan isu politik. Ia isu mahkamah dan tindakan mahkamah oleh Peguam Negara, tentulah berdasarkan bukti kukuh. Bukan alang-alang kukuh tetapi, kukuh sekukuh-kukuhnya.

Seingat penulis, inilah kes terbesar yang melibatkan seorang mantan menteri dan presiden parti. Walau pun lebih 20 tahun lalu ada kes mahkamah melibatkan seorang Menteri Besar – Dato’ Harun Idris dan seorang Menteri - Dato’ Mokhtar Jashim tetapi, kedua-dua mereka terdakwa ketika masih dalam perkhidmatan. Bukannya setelah bersara.

Kalau Dato’ Harus Idris kerana rasuah RM250 ribu yang diterimanya untuk UMNO Selangor, Dato’ Mokhtar pula atas tuduhan terlibat dalam kes bunuh Dato’ Taha, di Tampin, Negeri Sembilan. Kedua-duanya di dapati bersalah dan telah menjalani hukuman sepertimana diputuskan mahkamah.

Dari segi kes mantan menteri, kes Tun Ling adalah kes pertama seumpamanya. Sementara pihak dikecohnya- mengikut pertuduhan, adalah Kabinet kerajaan Malaysia. Bukan individu dan bukan juga syarikat perniagaan.

Soksek.... di kedai-kedai kopi sudah tentu meriah. Isu jadi bertambah dan perbandingan kes jadi tajuk utama. Mereka menduga dan meneka, apakah selepas kes Tun Ling ini akan ada seorang lagi bergelar Tun akan didakwa kerana salah urus dan salah tadbir negara? Lebih kurang macam memperdayakan Kabinet juga. Rata-rata mereka menyebut beberapa kes yang dianggap boleh juga didakwa seperti apa yang dialami Tun Ling.

Dan antara yang mereka anggap ada kes dan boleh didakwa ialah mengenai penjualan Agusta MV dengan harga RM4.50, kes penyerahan lembangan minyak kepada negara Berunai, kes pembatalan jambatan bengokok yang kononnya dibatalkan atas kehendak majoriti warga Johor dan ada banyak lagi yang disoksekkan.

Entahlah.... penulis pun tak dapat nak jawab kerana tak tahu hujung-pangkal sebenar kes-kes yang disebutkan itu. Samalah seperti kes Tun Ling ni. Siapa yang tahu banyak mengenainya kalau tidak pihak berkuasa dan pihak Peguam Negara sendiri.

Kesimpulannya, sama ada selepas Tun Ling Liong Sek ini akan ada seorang lagi Tun yang juga bertaraf mantan, akan didakwa atau tidak, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Kalau itu kehendakNya, maka akan meletuplah negara ini dengannya nanti. Tiada siapa yang dapat menghalangnya. KehendakNya adalah mutlak.

Wallahhualam....

Pak Sulung: Suka buang masa sambil mendengar bicara rakyat bawahan. Kekadang apa yang mereka bicarakan sangat serius bunyinya. Antara mereka ada yang berbicara bagaikan Hakim, Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara dan macam-macam lagi. Yang berhujah bagaikan Menteri Dalam Negeri pun ada. Pendek kata rakyat masa kini bijak berbicara, walaupun sekadar sembang-sembang di warung sahaja. Kesannya tetap hebat. Dan keputusan PRU-12 dahulu, sedikit sebanyak diperanankan oleh ‘Parlimen Kedai Kopi.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog