Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 27 Julai 2010

Mansuh Diskaun Hartanah Bumiputera: PAS HARUS SOKONG GESAAN TONY PUA TU....!

GESAAN Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, yang mahukan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri jajahan pakatan itu, sepatutnya disokong dan disambut baik oleh para pemimpin Pas.

Pemimpin Pas seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, malah Nik Aziz Nik Mat sendiri sepatutnya melahirkan sokongan kepada cadangan dari MP DAP yang sekandang dengan mereka. Lebih baik dan sesuai lagi kalau Dato’ Hassan Ali sendiri yang menyokong gesaan penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP itu.

Kalau jumpa Mufti untuk berbincang pasal penyatuan Melayu tak boleh, menyokong pemimpin DAP yang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sepatutnya disokonglah. Apa lagi? Orang Melayu, terutamanya penyokong tegar Pas menanti-nanti sokongan dari pucuk pimpinan mereka, terutamanya dari Tok Wali Nik Aziz.

Penulis membuat gesaan ini kerana, apa yang dicadang oleh si Pua itu sangat bertepatan dengan dasar dan perjuangan Pas yang sangat membenci UMNO. Kalau DAP membenci UMNO kerana dasar dan perjuangannya menjaga hak keistimewaan orang Melayu, maka sewajarnya Pas juga turut serta.

Dasar istimewa, khasnya yang diisukan iaitu diskaun untuk kaum bumiputera dalam memiliki hartanah, adalah dasar yang dibuat dan dicipta oleh pemimpin UMNO. Dasar ini tidak adil kerana kaum imigran lain juga adalah rakyat Malaysia yang sah disisi undang-undang dan perlembagaan negara.

Justeru, sahlah UMNO yang menerajui BN itu sebuah kerajaan kejam yang telah memerintah negara ini selama lebih 50 tahun. Segala dasarnya yang mengutamakan orang Melayu hendaklah disokong oleh Pas untuk dihapuskan.

Turut sertalah bersama DAP yang sedang berusaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, kadaulatan bahasa Melayu dan kedaulatan agama Islam. Hentikanlah bersuara untuk menegakkan hukum Islam demi menjaga hati sekutu rapat - DAP.

Lagi pun jika Pas menyokong desakan Tony Pua, itu bererti Pas telah menjaga hati parti-parti sekutu dalam pakatan. Kalau pemimpin Pas berhempas pulas menghalang dan mengecam Mufti Perak, kerana cuba memandai-mandai mahu menyatukan umat Melayu, sewajarnya desakan MP Petaling Jaya Utara itu disokong dan disetujui pula adanya.

Jika itu dilakukan barulah tepat dengan kenyataan pemimpin Pas yang bersusah payah mahu menjaga hati kawan dalam pakatan, iaitu DAP dan PKR yang kini mula dikuasai oleh kaum imigran. Hati orang Melayu lain dan hati kaum bumiputera lain tidak perlu dimasukkan dalam perjuangan Pas. Semuanya usaha kerja UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang dianggap ‘syaitan’ oleh tok-tok guru tajaan Pas.

Lebih sempurna lagi, jika para pemimpin Pas menyeru semua ahli-ahli dan penyokongnya yang mempunyai anak sedang menuntut di ITM atau UKM, supaya keluar daripada terus menuntut di sana. Semua itu adalah usaha UMNO yang berjuang membela nasib orang Melayu di tanah tumpah darahnya sendiri. Jangan ikut dan jangan turut serta.

Jangan ada anak orang Pas yang terus menuntut di institusi yang disediakan khas oleh kerajaan ‘syaitan UMNO’, yang telah lebih lima puluh tahun memerintah negara. Hantarlah anak-anak anda semua belajar di Singapura. Lee Kuan Yew mungkin sedang menyediakan tempat untuk anak-anak Melayu Pas menuntut di institut pengajian tinggi di sana. Segala kemudahan akan terhidang di sana khas untuk anak-anak orang Melayu yang menyokong Pas.

Yang UMNO buat jangan gunakan. Ada banyak lagi kemudahan yang disediakan kerajaan BN atau Perikatan dahulu, yang bermaksud membela dan menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semuanya jangan gunakan dan jika telah termasuk atau terikut juga, hentikan atau berhenti sahaja dari meneruskannya.

Sesiapa yang telah tersilap kerana terpilih menjadi peneroka Felda, keluar sahaja dari mana-mana kawasan yang disediakan iyu. Semua itu adalah rancangan zalim kerana hanya orang Melayu yang dapat. Kaum lain boleh dibilang dengan jari. Sedikit sangat. Zalim.... zalim.... Tunggu bila pakatan memerintah nanti, semuanya diberikan kepada kaum Cina atau India.

Sokonglah perjuangan DAP, kerana DAP jauh lebih baik dari UMNO. Bantulah kepimpinan kaum Cina, kerana pemimpin Cina seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah sahabat sejati sejiwa yang sanggup hidup-mati bersama Pas.

Pak Sulung: Sangat menanti-nanti suara sokongan atas gesaan Tony Pua itu dari Tok Wali NiK Aziz, Mahfuz dan Salahuddin. Selain itu menanti-nanti juga orang Melayu Pas mengeluarkan anak-anaknya dari belajar di ITM atau UKM, kerana semua itu adalah dicipta oleh UMNO. Lagi pun bila Kerajaan Pakatan berkuasa tak lama lagi, institusi yang dikhaskan untuk orang Melayu semuanya akan ditutup. Lebih baik keluar sekarang, sebelum terlambat.

2 ulasan:

Melayu Pasir Gudang berkata...

Tahniah atas penulisan yang hebat.
Kepada barua-barua DAP,PKR,PAS aku cadangkan kau orang ikut nasihat penulis kalau kau orang benar-benar anak jantan, kalau kau orang masih buta apa sumbangan UMNO/BN dalam masa 53 tahun memerintah

PakSulung berkata...

Assalammualaikum wmt,
Terima kasih kerana sokongan semangat yg diberikan.
Dlm pada itu sdr. laporkanlah pulak apa yg sedang dirancang oleh Pakatan di Johor.
Dengar kata, cina Singapore dah mula gelisah dgn banjir yg sering melanda 'negara bandar' tu. Segala keindahan, kebersihan dan kecekapan pentadbirnya mula tergugat oleh kuasa Allah swt.
Mereka tentu sedang mengintai ruang dan peluang untuk berhijrah ke seberang tambak. Semacam mahu melebarkan tanah jajahan je....
Anwar al-Jub... dan Chua Jui Meng pun kononnya sedang berusaha keras untuk merampas Johor yg terkenal sebagai kubu kuat UMNO tu.
Selepas Selangor, tak mungkin Johor pula jadi sasaran.
Jengok.... tengok.... le, dan laporkan untuk pengetahuan kami yg jauh di utara ni....

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog