Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 26 Julai 2010

NIK ABDUH LEBIH BIJAKSANA DARI NIK AZIZ?

KENYATAAN anak Nik Aziz, Nik Abduh mengenai isu perjumpaan pemimpin Pas-UMNO agak menarik untuk diperhatikan. Sebagaimana yang tersiar di akhbar beliau diberitakan berkata: “Perjumpaan di antara pemimpin kedua-dua parti tersebut telah berlaku sejak lama tetapi kini ia menjadi perkara yang sesitif disebabkan hubungan dalam pakatan pembangkang.”

Cantik dan bernas sekali pendapat anak Mursyidul Am Pas yang juga AJK Dewan Pemuda Pas pusat. Kata-katanya menbuktikan beliau faham suasana politik negara. Apa yang dilauhkan tidak pedas. Tidak menyakitkan hati pihak UMNO dan tidak juga menggusarkan hati Melayu dalam Pas yang sangat takut untuk dikatakan berbaik-baik dengan UMNO.

Ternyata Nik Abduh tahu bermain politik. Bagaimanapun, segala yang diberitakan itu hendaknya tidak pulak dinafikan oleh Nik Abduh. Kalau wartawan tersalah lapor atau tersilap dalam membuat liputan, lain le ceritanya.

"Perjumpaan ini tidak menjadi masalah, hendak jumpa sesiapa pun boleh cuma jangan melanggar apa yang ditetapkan oleh parti. Jangan sampai peringkat menyebabkan kerisauan mengenai hubungan dengan pakatan pembangkang.

"Perjumpaan dengan UMNO tidak pernah tidak berlaku dalam kepimpinan Pas, cuma oleh kerana wujud pakatan pembangkang, maka ia menjadi satu perkara yang sensitif sebab boleh menyebabkan kekeliruan dalam pakatan.

"Jumpa dengan pemimpin UMNO berlaku sejak dahulu lagi, semua orang tahu.”


Berdasarkan kenyataan itu nyatalah bahawa Pas sangat perlu menjaga hubungannya dengan PKR, khasnya dengan Anwar Ibrahim, dan sekutunya yang satu lagi, DAP.

Kalau seperti itulah kenyataan ayahnya, tidaklah orang Melayu jadi bercempera dan keliru hingga terlahir pendapat yang pelbagai di kalangan pemimpin Pas sendiri. Meracau tak tentu pasal mencari alasan membetulkan keadaan.

Hassan Alai kata bagini. Khalid Samad kata negitu. Mahfuz pulak lain tingkahnya dan Sallahuddin Ayub juga berbeza kenyataannya. Buat malu orang Melayu dan pemimpin Melayu sahaja. Kebernasan kata-kata dalam berpolitik tidak pernah terluah dari mulut mereka. Nik Abduh yang jauh lebih muda dari mereka, lebih bijak dan faham seni atau silat berpolitik.

Dari apa yang disebutkan Nik Abduh, nyatalah bahawa kepimpinan Pas tidak mahu menyinggung perasaan sahabat sepakatan mereka yang belum tentu bersangka baik dalam menerima fahaman dan perjuangan politik parti masing-masing.

Kesimpulannya, pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Pas itulah yang menjadi batu penghalang kepada pertemuan pemimpin Pas-UMNO seperti yang dimahukan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Kepada orang Pas yang fanatik dan beranggapan bahawa Pas itu adalah parti yang memperjaungkan Islam, patut sedar bahawa Pas adalah ‘PARTI POLITIK’. Bukan Parti Islam. Perkataan Islam yang ada itu hanya sebagai nama sahaja.

Untuk kemudahan Melayu yang tak berapa mahu faham, cuba fahamkan istilah ‘SIPUT BABI’. Bila di sebut siput babi, adakah ianya siput atau babi? Sudah tentu semuanya faham bahawa itu adalah siput bukannya babi.

Begitu juga dengan istilah ‘UDANG GALAH’. Bila sebut udang galah, yang pasti ianya adalah udang bukannya galah.

Justeru, bila disebut PARTI ISLAM, bermakna ianya adalah sebuah parti politik, bukannya Islam. Dan Islam itu adalah agama suci dari Allah swt yang diturunkan untuk membimbing kehidupan sementara manusia di dunia ini. Ada faham....?

Dalam hal ini nyatalah Nik Abduh jauh lebih bijak bercakap politik jika dibandingkan dengan ayahnya yang sangat dihormati dan ditakuti dalam Pas itu.

Beliau faham apa itu percaturan politik dan kenapa perkara-perkara tertentu yang menjadi rahsia atau strategi politik, tidak wajar diheboh atau dipolemikkan. Tak usah bercakap berbelit-belit macam Mahfuz dan Salahuddin. Salah sana, salah sini. Sendiri yang salah tak sedar. Dok merghapu dana mengecam dan menuduh orang lain dengan pelbagai tuduhan yang menggambarkan kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu itu tidak islamik.

Pak Sulung: Kalau Nik Aziz dah tak larat nak pikul jawatan Mursyidul Am Pas, serahkan sahaj kepada anaknya Nik Abduh. Kalau Nik Abduh yang jadi Mursyidul Am, rasanya orang Melayu tidaklah jadi bersengketa ‘bagaikan nak ghak’ kerana salah faham dan tak faham perbezaan antara politik dan agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog