“PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang.”
Demikian antara ungkapan Presiden MCA, Chua Soi Lek kepada para pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan, di Kota Bharu semalam.
Terkucil agaknya Anwar Ibrahim mendengarkan kata-kata itu. Dunia mungkin dirasakannya jadi gelap, kalau hasratnya untuk jadi PM tidak tercapai walau pun Pakatan Pembangkang berjaya menewaskan BN pada PRU akan datang.
Bagaimana pula dengan Nik Aziz, tersenyumkah dia atau memandang remeh apa yang dikatakan Presiden MCA itu? Atau adakah dia memasang angan-angan bahawa dirinyalah yang dimakusdkan itu?
Bagaimana pula dengan Hadi Awang? Kembangkah segala anggotanya yang jarang kembang, bila menyedari dirinyalah yang dimaskudkan Chua Soi Lek?
Dan para pemimpin Pas lain pula tentulah berasa bangga apabila Presiden MCA yang berani mengaku ‘tersalah laku moral’ itu meyakinkan kenyataannya dengan alasan bahawa Pas mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh lebih besar berbanding parti lain dalam pakatan?
Sehubungan itu, para penyokong tegar Pas pun tentulah gembira yang teramat sangat bila ada pemimpin BN sendiri meramalkan pemimpin mereka akan jadi PM atau BN akan tewas pada PRU akan datang.
Bagaimana pula dengan orang UMNO? Marahkah mereka kepada Presiden MCA itu atau mereka sedar bahawa itu adalah kenyataan politik semata-mata. Oleh kerana tidak ada pemimpin UMNO atau pemimpin BN lain mengulas apa yang dikatakan Soi Lek itu, bererti apa yang dikatakan itu adalah cakap-cakap politik yang bermuslihat.
Ada udang di sebalik batu.
Kepada penulis, apa yang dikatakan Soi Lek itu adalah cakap politik. Ianya dituju khas kepada kaum cina seluruhnya. Soi Lek memberi amaran menyedarkan kaum imigran Cina bayangan bahaya yang akan menimpa kaum mereka jika Pas yang berkuasa nanti.
Nyatalah bahawa dikalangan kaum itu masih tebal ketakutan terhadap Islam. Rasa seram mereka terhadap orang Melayu yang berjubah, berserban dan berjanggut masih belum hilang. Walaupun Lee Kuan Yew telah membuktikan bahawa Pas tidak merbahaya, sebagaimana yang digambarkan dalam lawatannya ke Kota Bharu dan bertemu Nik Aziz selepas PRU-12 lalu.
Kalau itulah hakikatnya, sedarkah orang Pas bahawa kaum Cina di negara ini masih tidak percaya dengan Parti Islam itu? Dan apa yang dikatakan Soi Lek itu adalah sebagai satu amaran kepada kaumnya sendiri.
Mudah kata, Pas itu masih dianggap merbahaya oleh kaum imigran Cina di negara ini. Mereka ragu dan tidak percaya persahabatan dengan Pas lebih baik dan lebih menguntungkan kaum itu.
Pakatan melalui DAP dan PKR itu mereka anggap sebagai lakonan semata-mata. Buktinya, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh telah banyak kali mengeluarkan kenyataan menentang hasrat perjuangan Pas yang konon mahu menegakkan negara Islam.
Oleh kerana kenyataan itu di keluarkan di Kelantan - kubu kuat Pas, tentunya Soi Lek juga bermaksud mengingatkan orang-orang Pas bahawa kaum Cina di negara ini tidak percaya dan sangat takut dengan perjuangan Pas. Mereka tak yakin dan tak juga percaya.
Di akhir krnyataannya, Soi Lek berkata: “Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun, terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.”
Maksudnya, apa yang dibuat oleh Pas dalam mentadbir Negeri Kelantan selama ini tidak menarik minat kaum imigran Cina. Kalau Pas yang menerajui Pakatan Rakyat selepas PRU akan datang, negara ini akan mengalami nasib seperti apa yang terjadi di Kelantan. Kelantan bukan satu contoh baik dan Pas pula bukanlah parti politik yang boleh diharapkan membawa kesejahteraan.
Kesimpulannya, yang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ dalam persekongkolan antara parti kaum Cina (DAP) dengan Pas yang dijalin dalam pakatan, adalah Pas.
Wallahhualam.
Pak Sulung: Yakin bahawa apa yang tersirat disebalik kenyataan Chua Soi Lek itu menggambarkan bahawa sebahagian besar masyarakat kaum imigran Cina negara ini mencurigai Islam. Dan asas kepada kecurigaan mereka ialah contoh kerja laku yang ditunjukkan orang Pas dalam berpolitik. Kalau sama sebangsa pun mereka boleh bercakaran bagaikan ‘tiada maaf bagimu’, inikan pula dengan kaum lain yang tidak seagama dengan mereka.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan