Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 11 Mac 2011

Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun


SATU gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.

Laporan menyebut jumlah kematian akibat malapetaka itu telahpun mencecah 32 orang.

Laporan televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun,

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penahan ombak di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, menurut stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Dilaporkan, gempa susulan turut berlaku dalam tempoh tiga jam selepas itu.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:

Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo dilaporkan turut mengalami kebakaran.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

POLIS trafik berkawal dan memberi amaran kepada orang ramai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu supaya bersurai kerana dikhuatiri tsunami yang melanda Jepun merebak ke pantai terbabit.
SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.

"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog