SEKUMPULAN Wanita Umno yang diketuai oleh YB Hamidah Othman - Exco Kerajaan Negeri Perak, telah mengadakan satu tunjuk perasaan aman di Arena Square, Batu Gajah dekat Ipoh menuntut supaya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyerahkan bukti DNAnya dengan suka rela untuk menentukan kesahehan ‘Lelaki Y’ seperti yang dikemukakan di mahkamah.
Sebagaimana termaklum, perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim di mahkamah pada Jumaat, mendengar permohonan Peguam Cara Negara II, supaya Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Anwar Ibrahim memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).
Permohonan oleh Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin selaku pendakwa itu merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.
Hasil ujian tersebut pula akan digunakan untuk perbandingan dengan sampel DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang berkenaan.
Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangannya semalam.
“Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap semua pihak,’’ tegas Datuk Mohd. Yusof.
Pada perbicaraan sebelumnya, saksi pendakwa memberitahu mahkamah bahawa Anwar Ibrahim tidak mahu memberikan kerjasama supaya sampel DNAnya diambil untuk tujuan tersebut.
Keengganan Anwar itu menimbulkan pelbagai persepsi rakyat. Rata-rata ramai berpendapat bahawa keengganan Anwar itu membuktikan bahawa dia benar-benar terlibat sebagaimana yang didakwa oleh Saiful Bukhari Azlan.
Anwar takut dan cuba mengelak dengan cara yang mencemarkan kedaulatan undang-undang negara ini.
Apa istimewanya Anwar ibrahim hingga dia boleh membelakangkan unsdang-undang?
Kedegilan dan keengganan Anwar memang telah diketahui umum berdasarkan perbicaraan kes liwat pertamanya tiga belas tahun lalu.
Justeru, tindakan kaum wanita Umno mengadakan tunjuk perasaan aman menggesa Anwar Ibrahim memberikan kerjasama kepada pihak pendakwa itu merupakan suatu keresahan rakyat yang tidak lagi dapat memebendung perasaan dengan karenah Anwar Ibrahim yang ternyata mahu membelakangkan undang-undang dan peraturan berkaitan dengannya.
Sebagaimana diputuskan oleh hakim, permohonan Peguan Cara Negara II itu akan diputuskan pada sambungan perbicaraan kes pada Isnin ini.
Berdasarkan pengalaman dan karenah para peguam Anwar yang diketuai Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP, besar kemungkinan pelbagai helah akan ditimbulkan bagi mengelak daripada mahkamah mengarahkan supaya tertuduh (Anwar Ibrahim) diperintah memberikan sampel DNAnya.
Justeru, tindakan YB Hamidah Othman bersama wanita Umno mengadakan tunjuk perasaan aman itu menggambarkan kehendak rakyat yang tidak mahu undang-undang negara ini diperlekeh dan dipermain oleh Anwar melalui karenah ciptaan Anwar bersama para peguam belanya.
Setelah gesaan umum itu berlaku di Perak pada hari ini (Sabtu), bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang juga berpendirian sama?
Sesungguhnya melenyapkan Anwar Ibrahim yang jadi pengkhianat bangsa itu daripada arena politik negara Malaysia menjadi satu kewajipan kepada seluruh rakyat negara ini yang cintakan agama, bangsa dan negara.
- SM
Nota: Gambar ni teman 'cilok' dari blog House PK
Nota: Gambar ni teman 'cilok' dari blog House PK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan