Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 12 Mac 2011

Kedutaan Sentiasa Berhubung Dengan Rakyat Malaysia Di Jepun


PENDUDUK mengharungi sisa runtuhan untuk mencari perlindungan di Sendai, utara Jepun pada Sabtu selepas berdepan bencana gempa bumi terburuk di negara itu sejak 140 tahun lalu pada Jumaat. - Foto AP

KEDUTAAN Malaysia di Tokyo sentiasa berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan yang terjejas teruk dengan kejadian gempa bumi di Jepun.

Setakat pukul 6 pagi Sabtu (waktu Tokyo) kedutaan telah menghubungi 289 rakyat Malaysia di kebanyakan wilayah yang terbabit dengan gempa itu di Jepun.

Kedutaan Malaysia juga menghubungi rakyat Malaysia di kawasan lain di Jepun yang kurang terjejas dengan kejadian itu.

Menurut satu kenyataan Kementerian Luar di Kuala Lumpur, hari ini, setakat ini semua rakyat Malaysia selamat dan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan.

"Rakyat Malaysia di kebanyakan kawasan yang teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun. Laporan menunjukkan bahawa pihak berkuasa Jepun menangani keadaan itu dengan mengambil pelbagai langkah yang sewajarnya," kata kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah hari Jumaat mengakibatkan sehingga 1,000 orang terbunuh.

Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini memantau perkembangan di negara itu.
Kedutaan Malaysian juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan perkembangan situasi terkini dan sebarang pemakluman.

Kenyataan itu berkata Bilik Operasi di Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini beroperasi 24 jam sehingga dimaklumkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada rakan sejawatan mereka.

Malaysia juga menawarkan bantuan kepada Jepun.

Gempa Bumi Kuat Di Perairan Timur Honshu, Jepun

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di perairan timur Honshu, Jepun pada pukul 9.47 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Begitu takdir Ilahi. Kehendak dan ketentuanNya tidak ada yang mampu menghalangnya. Sebijak dan sepandai manapun kita sebagai manusia – hambaNya. Kemampuan kita tetap terbatas.
Sama ada apa yang terjadi itu sebagai musibah atau ujian dariNya, juga hanya Dia yang Maha mengetahui.
Apapun, bersyukur kita kehadhrat Allah SWT kerana negara kita tidak menerima bencana sedemikian rupa.
Walaupun negara kita terletak di luar lingkungan gunung berapi, tidak bermakna kita boleh terlepas daripada bencana sedemikian rupa.
Kehendaknya mengatasi segala petanda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog