TINDAKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang cuba mempertahankan bossnya, Anwar Ibrahim dengan menyanggah kebenaran tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam buku terbarunya, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad, memakan diri apabila diperlekeh oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
“Siapa Saifuddin Nasution Ismail yang nak persoalkan kebenaran? Dia pun tidak ada dalam mesyuarat pada masa itu kerana bukan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Jadi, bagaimana dia boleh pertikaikan apa yang Tun (Tun Dr. Mahathir Mohamad) tulis?”
Demikian tegas Datuk Ibrahim Ali mengenai dakwaan Saifuddin yang mendakwa Dr. Mahathir berbohong dalam memoirnya mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, beliau sendiri hadir di dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu apabila MT memutuskan memecat Anwar daripada UMNO.
“Saifuddin antara lain pertikai kebenaran apa yang ditulis oleh Dr. Mahathir mengenai peristiwa 4 September 1998. Ketika itu, MT bermesyuarat mengenai Anwar yang pada waktu itu merupakan Timbalan Presiden UMNO.
“Buku (memoir) Dr. Mahathir pada muka surat 688 menceritakan bagaimana MT bermesyuarat berbincang untuk menentukan kedudukan Anwar yang telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu.
“Saya salah seorang ahli MT. Saifuddin tidak ada dalam mesyuarat kerana bukan MT.
“Dia kata Anwar tak diberi peluang untuk bercakap dan kononnya bila Dr. Mahathir mempengerusikan mesyuarat, beliau terus berkata mesyuarat bincang nak pecat Anwar. Itu pembohongan besar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, Saifuddin pada sidang akhbar di lobi Parlimen antara lain mendakwa Dr. Mahathir berbohong berhubung pemecatan Anwar seperti yang ditulis dalam memoir berkenaan.
Menurut Saifuddin, apa yang berlaku pada Mesyuarat MT UMNO 4 September 1998 masih segar di ingatannya kerana mengiringi Anwar ke tingkat 38, Menara Datuk Onn - tempat berlangsungnya mesyuarat berkenaan.
Sementara itu, mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Dr. Mahathir telah membentangkan kes Anwar dalam mesyuarat tersebut dan menyatakan mengapa beliau memecatnya.
“Sesudah Dr. Mahathir membentangkan kes, beliau meminta Anwar untuk memberikan respons dan reaksi. Anwar pun bercakap panjang lebar dan dua kali beliau menumbuk meja.
“Sesudah Anwar bercakap, Dr. Mahathir buat secara adil dan bertanyakan kepada MT untuk memberi pandangan mereka. Ini sangat demokratik. Namun, tiada siapa nak bercakap. Saya yang pertama cakap.
“Dakwaan Saifuddin persoalkan kebenaran, itu tindakan tidak bertanggungjawab dan ada agenda politik. Dia bimbang memoir itu akan mempengaruhi rakyat untuk tidak lagi menyokong Anwar,” katanya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Apa macam Saifuddin? Ibrahim kata anda berbohong! Anda berada di luar bilik mesyuarat, sementara Ibrahim berada di dalam kerana dia anggota MT Umno.
Siapa yang bercakap benar dalam isu ini?
Saifuddin yang takutkan tembelang lama bossnya ‘semerbak’ kembali, atau Datuk Ibrahim Ali sebagai orang yang berada di dalam bilik mesyuarat MT ketika itu?
Kalau nak bela boss pun biarlah bijak sikit. Jangan main hentam keromo ajer...
Ramai lagi yang masih hidup ketika mesyuarat itu diadakan. Takkanlah Tun M berani berbohong dalam tulisannya sedangkan anggota MT Umno ketika masih ada lagi sekarang.
Akai ada ka?
Bagaimanapun, ada kemungkinan apa yang dikatakan Saifuddin itu berdasarkan cerita bohong yang disampaikan sendiri oleh Anwar kepadanya ketika keluar daripada bilik mesyuarat berkenaan.
Biasalah.... Si kaki temberang itu tidak akan berkata benar kepada para pengikutnya ketika menjelaskan apa yang telah berlaku dalam mesyuarat berkenaan.
Kalau begitu, nyatalah kenyataan Saifuddin itu berdasarkan apa yang telah dibohongkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakan penyokongnya termasuk Saifuddin sendiri ketika itu.
Maka berjangkit-jangkitan pembohongan Anwar Ibrahim kepada orang lain, terutamanya Setiausaha Agung PKR yang tidak ada pendirian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan