Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Parti Islam?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti Islam?. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2011

Akibat mencampakkan perjuangan Islam: DAP herdik PAS dan pemimpin PAS kecut macam anjing bercawat ekor....

TANPA segan silu dan tanpa mengambil kira kesucian ajaran Islam, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh menggesa kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, seperti yang diarahkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Hanya mampu tersengeh?
Inilah satu kenyataan penentangan ‘kafir harbi’ DAP terhadap kerajaan PAS Kedah menjelang Ramadhan al-Mubarak nanti.

Walaupun penentangan mereka terhadap Islam begitu nyata dan jelas di mata dan di telinga masyarakat Islam umumnya, tetapi puak pemimpin PAS yang telah berjaya dipenjara oleh ‘Pakatan Rakyat Haramjadah’ dalam sebuah sangkar yang sempit, benar-benar tercabar.

Lidah mereka kelu dan badan mereka tidak mampu bergerak. Hanya mata mereka sahaja yang terkedip-kedip macam pengsan. Kata orang utara ‘macam slop keghaaaa (pengsan kera)’.

Semua ini terjadi kerana pemimpin PAS yang bangang dan tak faham politik puak ‘kafir harbi’ telah menelan bulat-bulat muslihat mereka yang meminta PAS mencampakkan ‘perjuangan Islam’ dari parti kedua terbesar orang Melayu itu.

Sekarang apa MB Pas Kedah nak cakap? Bagaimana pula dengan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang yang bertanggungjawab penuh mencampakkan perjuangan Islam Pas ke dalam longkang itu? Apa pula komen Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap sangat ‘pembangkang haramjadah’ akan menjadi penggantu Barisan Nasional selepas PRU-13 nanti?

Kerana dendam kesumat yang tak terhingga terhadap Melayu Umno, akhirnya diri sendiri tergadai kepada puak ‘haramjadah’ jenis ‘kafir harbi’. Cakap saja pandai tapi bangang. Ilmu ada tapi amal hencai-bicai....

Kalian yang bertaraf ulama dan ilmuan Islam yang menceburkan diri dalam politik telah kena main dari belakang oleh Anwar Ibrahim yang didalangi DAP dan zionis yang berpusat di Singapura.

Kerana Anwar banyak ‘taik’ yang terpalit di seluruh tubuhnya, puak DAP dan zionis mahu mengangkat Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia melalui PRU akan datang.

Anwar menjadi pilihan mereka kerana ‘jembalang berpuaka’ itu boleh dengan mudah diugut untuk mengikut apa juga kehendak DAP dan zionis dalam merencanakan kekuasaan mereka terhadap satu-satunya negara Islam di dunia ini yang masih aman, tenteram dan mantap ekonominya – Malaysia.

Justeru, bagi menjamin kemenangan ‘pakatan haramjadah’, sokongan orang Melayu sangat diperlukan. Dan hanya dengan menarik PAS menyertai pakatan itu, mereka berharap segala rancangan mereka akan berjaya.

Muslihat DAP dan zionis ini tidak mampu dibaca sebagai strategi politik puak ‘kafir harbi’ yang memusuhi Islam oleh pemimpin PAS, terutamanya Hadi Awang dan Nik Aziz.

Setelah mereka berjaya meletakkan Mat Sabu yang sama waktu dengan Anwar Ibrahim sebagai timbalan Presiden PAS, di masa sama dan secara serentak PAS berjaya ‘ditipu hidup-hidup’ supaya mencampakkan perjuangan dan dasar parti yang sejak ditubuhkan pada 1951, iaitu memperjuangkan Islam.

Setelah perjuangan Islam ditukar kepada kebajikan, akhirnya pemimpin PAS tersepit dan terkapai-kapai dalam meneruskan jenama Islam sebagaimana dahulu.

Kini apa jua isu mengenai Islam yang cuba ditonjolkan PAS sebagai retorik politik akan dilanyak dan diherdik oleh DAP dan Anwar Ibrahim yang sangat takut para tauke hiburan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam itu, tidak menyokong pakatan haramjadah pada PRU akan datang.

Kisah ini bukan dongeng atau fitnah politik bertujuan membunuh politik PAS sebagai sebuah parti politik kedua penting untuk umat Melayu/Islam di negara bernama Malaysia ini. Ini kisah benar dan hakikat inilah yang sepatutnya difikirkan oleh seluruh umat Melayu yang cintakan agama Islam, negara Malaysia dan bangsa Melayu.

Sesungguhnya, umpan beracun yang diberikan puak ‘kafir harbi’ kepada pemimpin PAS dalam merealisasikan matlamat politik ‘kafir harbi’ menjelang PRU akan datang sangat membahayakan bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia.

Racun berbisa itu secara perlahan-lahan sedang menazakkan perjuangan orang Melayu melalui PAS. Hakikatnya, PAS kini sedang menanti hari dan saat yang sesuai untuk ditalkinkan.

Fikir-fikirkanlah.

Selasa, 12 Julai 2011

JMM anggap PAS singkatan kepada 'Pengikut Ambiga Sreenavasan'


PERTUBUHAN Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyifatkan singkatan bagi Parti Islam SeMalaysia (Pas) sepatutnya ditukar kepada 'Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS)'.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, singkatan itu sepatutnya digunakan kerana ketaksuban pemimpin tertinggi dan pengikut parti itu menyertai perhimpunan haram Bersih di ibu negara kelmarin.

"Kita boleh saksikan sendiri betapa taksubnya pemimpin tertinggi Pas dan pengikut parti pembangkang itu yang bersungguh-sungguh menyertai perhimpunan haram itu walaupun dilarang pihak berkuasa.

"Sehinggakan beberapa individu yang disenaraihitamkan daripada memasuki ibu negara seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sanggup melanggar perintah tersebut demi menyokong perhimpunan haram anjuran Ambiga," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, Isnin.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini turut menyatakan sokongan kepada perhimpunan haram Bersih.

Menurut Azwanddin , pemimpin tertinggi dan pengikut Pas dilihat terlalu mengagungkan Ambiga dengan sanggup mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong dengan tetap menyertai demonstrasi itu malah sanggup ditahan dan dikenakan tindakan.

Justeru itu, Azwanddin berkata, ia membuktikan pengikut Pas samalah dengan pengikut Ambiga.

"Oleh itu, mulai hari ini JMM mengisytiharkan Pas sebagai 'Pengikut Ambiga Sreenavasan'. Moto 'hidup Pas' yang dilaungkan pemimpin dan pengikut Pas samalah juga dengan 'hidup Ambiga Sreenavasan'," katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perintah larangan mahkamah terhadap 91 individu dari memasuki lokasi tertentu di ibu negara mulai 8 pagi sehingga 6 petang, 9 Julai.

Bagaimanapun, beberapa individu tersebut didapati melanggar perintah itu dan berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
PAS akan sokong siapa sahaja yang menentang kerajaan Umno/BN. Mereka tak kira siapa, waima syaitan dan iblis, asalkan menentang Umno.

Dendam kesumat yang terlahir dari ‘hati busuk’ pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz Nik Mat adalah ajaran Islam yang mereka cipta untuk pengikutnya.

Agama Islam telah terpecah kepada banyak fahaman dan pelbagai mazhab.

Justeru, Islam Pas adalah satu mazhab baru yang dicipta oleh Nik Aziz, iaitu ajaram membenci dan berdendam kesumat sama sebangsa dan seagama.

Ahad, 3 Julai 2011

Jika berkeras sokong BERSIH, Pas akan kalah teruk - Ibrahim

PAS diramalkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sekiranya bertegas mahu berkomplot dengan dalang utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), S.Ambiga untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kekalahan Pas itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan orang Melayu sudah muak dengan parti tersebut.

"Orang Melayu sebelum ini memang kecewa dengan sikap Pas kerana diperkuda dan menjadi alat kepada DAP serta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

"Pas membiarkan Islam dan Melayu dihina tanpa membela malah jauh sekali bertindak demi kesucian Islam dan maruah umat Melayu.

"Saya percaya Pas akan dihukum oleh orang Melayu terutamanya golongan majoriti senyap dalam PRU nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Khas Perkasa di Sekolah Menengah Vokasional 2 di Sungai Petani pasa Sabtu.

Tokoh pelingkup PAS....
Lebih 1,200 ahli dan perwakilan Perkasa daripada 12 daerah di Kedah menghadiri mesyuarat terbabit.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ibrahim berkata, orang Melayu juga berasa kecewa kerana Pas tidak melakukan sebarang tindakan apabila agama Islam dihina begitu teruk oleh parti politik sekutu mereka iaitu DAP.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini memang memperlihatkan mereka hanya mengiakan apa saja dilakukan oleh DAP, PKR dan Anwar," katanya.

Tambahnya, tindakan Pas nampaknya sampai kepada kemuncak apabila kini berketuakan individu yang mempunyai rekod anti-Islam seperti Ambiga.
- Utusan

SATU MELAYU:
Agaknya sebab itulah mereka cuba anjurkan Bersih 2 sehebat dan seramai mungkin, supaya negara jadi huru-hara dan negara ditadbir di bawah Undang-undang Dharurat. Bila negara diisytihar dharurat, pilihan raya tidak akan diadakan kerana parlimen tidak lagi berfungsi.

Apapun, yang jelas ialah Pas akan terlingkup kerana Bersih 2. Dan tokoh yang bertanggungjawab ialah Mat Sabu, wira baru Pas yang terpilih setelah Pas mencampakkan perjuangan Islam dari parti itu. 

Kerana Mat Sabu mahu bawa ahli-ahli Pas menyokong Bersih 2, Nik Aziz pun tak boleh tahan dan cari jalan cabut lari tinggalkan negara ketika isu Bersih memuncak.
Wallahhualam....

Sabtu, 11 Jun 2011

“Pas berbohong: Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” – Isa Samad.

PAS telah melakukan pembohongan apabila mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sejak sekian lama Pas mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga menimbulkan perdebatan dengan UMNO, tetapi kini ia mengetepikan perjuangan tersebut.

“Berapa lama Pas bersumpah hendak jadikan Malaysia negara Islam, (sampai) berbuih mulutnya. Minggu lepas sudah tak jadi pula.

“Cuba anda semua tengok. Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 berkata, parti tersebut memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu.

Mohd. Isa berkata, rakyat sewajarnya memikirkan dengan serius siapa yang paling layak antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hadi atau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, demi masa depan generasi akan datang.

Katanya, bakat atau kehebatan Abdul Hadi bercakap mengenai soal ekonomi atau negara bangsa kelihatan tidak menonjol, manakala Anwar pula dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Sehubungan itu, katanya, BN perlu menang bukan kerana gilakan kuasa, tetapi bagi memastikan negara ini yang dibentuk sejak berpuluh tahun lalu terus ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak.

Mohd. Isa juga menyeru ahli UMNO supaya sentiasa menyokong parti dan BN dalam apa juga keadaan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sikap buruk seperti merajuk atau mensabotaj parti apabila tidak dicalon atau calon kegemaran masing-masing tidak terpilih mesti diketepikan.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Dulu, kerana ‘Amanat Haji Hadi’, Ibrahim Libya dan beberapa pengikut Pas sanggup menyerang Polis hingga terbunuh. Kononnya kerana memperjuangkna Islam dan Negara Islam.

Kini, kerana ‘Anwar Ibrahim’, Hadi bawa Pas keluar daripada memperjuangkan Islam dan negara Islam untuk memastikan Pas disokong oleh pengundi-pengundi kaum Cina pada PRU-13 nanti.

Matlamatnya satu iaitu memastikan ‘Pakatan Haramjadah’ menang dan Anwar Ibrahim berjaya diangkat jadi Perdana Menteri ke tujuh.

Bolehkah Anwar jadi PM kalau sebelum PRU-13 dia merengkok di penjara kerana kes meliwat Saiful?

Apabila Anwar tak boleh, siapa yang akan jadi PM menggantikan Anwar kalau bukan Abdul Hadi Awang?

Bila Hadi jadi PM, tidak mustahilkah dia akan tukar semula dasar perjuangan Pas kepada memperjuangkan Islam? Kalau label Islam pada Pas boleh dicampak bila tidak diperlukan, tidak mustahilkah akan diguna semula ketika Hadi mahu mengekalkan kuasanya sebagai PM?

Bila 'berbohong' dah jadi amalan, bila-bila masa dia boleh berbohong dalam semua hal dan urusan....

Isnin, 6 Jun 2011

Pas terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam....

Prof. Madya Mohd Noor Deris
PAS kini terjerumus ke dalam 'pakatan ahzab' apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Tegas beliau, parti Islam hanya layak dipimpin oleh ulama yang berakhlak mulia justeru keputusan yang diumumkan semalam merupakan perubahan radikal yang menunjukkan ada pemimpin yang tidak menepati kriteria itu terpilih.

Mohd. Noor berkata, perkembangan itu juga menunjukkan ini adalah peluang terbaik barisan ulama Pas untuk bermufarakah dengan parti itu dan menyertai beliau untuk memperjuangkan Islam di luar Pas.

"Pengajian pendidikan Islam mestilah tinggi. Kepimpinan ini mestilah orang yang berakhlak mulia tetapi jawatan baru itu kita tidak mahu kata dia jahat cuma dari segi akhlak tidak berapa sangat.

"Yang keduanya, pemimpin sepatutnya mempunyai nama baik tidaklah kurang akhlak seperti PKR. Oleh kerana Pas sekarang bekerjasama dengan PKR dan DAP bererti pakatan ini kalau dalam bahasa Quran dipanggil pakatan ahzab," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Ahad.

Mohd. Noor berkata pakatan ahzab jika dirujuk dalam al-Quran merujuk kepada beberapa puak yang bergabung untuk menghancurkan kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad di Madinah suatu ketika dulu dan pakatan tersebut telah wujud di negara ini sekarang.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kalau di muktamar ke-57, Datuk Dr. Harun Din dedahkan bagaimana Suara Keadilan memutarbelitkan kenyataannya mengenai halal/haram membaca akhbar Utusan Malaysia, kini Prof. Madya Mohd Nor Deris yang terkenal lantang mengkritik Nik Aziz pula melabelkan parti itu bagaikan kumpulan Ahzab di zaman Rasulullah.

Kekalahan teruk golongan ulamak dalam kepimpinan Pas pada pemilihan di muktamnar minggu lalu itu jelas menjadi isu hangat yang menarik perhatian para ilmuan Islam di negara ini.

Tidak mustahil lebih ramai lagi tokoh ulama yang pernah bersama Pas satu ketika dulu akan membuat kenyataan kurang senang mengenai halatuju perjuangan Parti jenama Islam itu setelah melihatkan barisan kepimpinan terkini yang dilihat bukan dari kalangan berpendidikan agama.

Lebih teruk lagi ada yang berpendapat ada antara mereka yang terpilih itu agak kurang baik akhlaknya.

Kalau Umno pernah melalui zaman perpecahan sesama sendiri kerana pemimpin-pemimpin tertentu yang tersasar perjuangannya, apakah tidak mungkin kini Pas pula menerima nasib serupa? Kedua-dua Umno dan Pas adalah parti politik terbesar umat Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Tidak mustahil ada tangan-tangan ghaib yang mahu memecahbelahkan orang Melayu yang berjuang atas nama Islam demi mencapai matlamat meruntuhkan perpaduan umat Melayu/Islam di semua lapisan.

Setelah Melayu Pas dan Umno dilagakan semahu-mahunya hingga ada yang tidak bertegur sapa kerana fahaman politik, kini tiba giliran Pas itu sendiri dipecahbelahkan pula dari dalam.

Sabtu, 28 Mei 2011

Ulama Pas digesa 'siasat sendiri’ skandal melibatkan Anwar Ibrahim....

Dektator yang bertopengkan ulama inilah yang 'mencaca-merbakan' perjuangan Pas hingga jadi haru-biru dan tersasar jauh dari perjuangan asal PAS....
GOLONGAN ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Anwar Ibrahim agar parti itu boleh menyatakan pendirian sebenar terhadap kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

Menurutnya, siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam.

"Jika benar Anwar terlibat dalam skandal-skandal yang didakwa ke atasnya termasuk yang terbaru video (seks), Pas perlu menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP yang diterajui Anwar.

"Sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, kes mahkamah serta sumpah laknat oleh Shazryl Eskay dan Mohd. Saiful Bukhari, maka parti itu terutama golongan ulama perlu lakukan siasatan sendiri ke atas Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa Anwar kini takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya, selepas pelbagai salah laku beliau didedahkan kebelakangan ini.

Zulkifli seterusnya mendakwa, Anwar kini mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung menyokong beliau untuk merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu, ekoran pemilihan Pas yang akan berlangsung minggu depan.

Nakhaie berkata, golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.

"Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya menolak ataupun menerima tohmahan itu secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar," tegasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Mana mungkin ulama dalam Pas, terutamanya ‘Ulama Terompah’ seperti yang pernah dilabelkan Anwar Ibrahim terhadap Nik Aziz Nik Mat, melakukan siasatan sendiri? Sebagaimana mereka telah menyesatkan orang Melayu dengan ajaran Islam yang tidak benar sehingga ramai Melayu jadi taksub, para ulama Pas juga telah jadi taksub dengan Anwar.

Mungkin inilah balasan daripada Allah SWT terhadap golongan yang mendakwa dirinya ulama itu. Setelah sekian lama mereka menyesatkan orang Melayu, kini mereka sendiri jadi sesat pulak kerana terpengaruh dengan janji Anwar Ibrahim yang mereka harap akan jadi Perdana Menteri.

Mereka menyangka apabila Anwar jadi PM, parti mereka akan jadi bertambah kuat dan kedudukan mereka dalam politik dan pemerintahan negara juga akan turut mantap. Mereka telah sesat dan tidak sedar bahawa si Anwar kaki kelentong itu akan ‘me-melukut tepi gantang-kan’ Pas apabila dia jadi PM.

Mereka tidak sedar bahawa kuasa dalam ‘pakatan haram jadah’ itu sebenarnya berada ditangan pemimpin DAP, bukannya ditangan Anwar yang digula-gulakan DAP bakal diangkat jadi PM jika pakatan itu menang PRU-13 nanti.
Kerana pangkat dan kedudukan yang dijanjikan Anwar, mereka jadi gelap mata dan buta akal.

Begitulah yang ditakdirkan Allah SWT untuk Pas yang selama lebih 60 tahun memperalatkan agama Islam kerana kuasa politik.

Akhirnya, Islam entah ke mana, yang jelas kini Anwar sedang mensekularkan pimpinan Pas daripada terus berkelana dengan jenama Islam yang pro-pimpinan ulama.

DAP dan Anwar sangat memerlukan Pas sebagai alat menarik sokongan kaum Melayu, tetapi dalam masa sama DAP sangat takut Pas terus kekal dengan perjuangan Islam sepertimana perjuangan asal ketika parti itu diasaskan penubuhannya pada tahun 1951.

Selagi Nik Aziz kekal menjadi dektator dalam Pas, selagi itu perjuangan Pas jadi tidak menentu, tidak jelas dan caca merba.....

Ahad, 22 Mei 2011

PAS Gagal Tunai Janji Beri RM100 Kepada Setiap Warga Tua - Mustapa Mohamed

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan PAS Kelantan gagal menunaikan janjinya untuk memberi RM100 kepada setiap individu berusia 55 tahun ke atas.

Beliau berkata janji itu pernah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Pilihan Raya Umum 1990, namun sehingga kini, tidak seorangpun menerimanya.

"Setelah menang dan sehingga 20 tahun memerintah Kelantan janji untuk membayar RM100 kepada setiap rakyat Kelantan berusia 55 tahun ke atas belum ditunaikan.

"Apakah jenis janji ini," katanya ketika berucap pada persidangan Umno Bahagian Bachok hari ini (Sabtu), yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata situasi janji tidak tertunai itu sudah sinonim dengan kerajaan PAS Kelantan yang hanya pandai menabur kata-kata bagi memikat hati rakyat ketika pilihan raya, namun tidak mampu melaksanakannya setelah kekal memerintah negeri tersebut.

Beliau berkata ia bukan bukti pertama kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan janji mereka, malah terdapat banyak janji yang belum ditunaikan,sekaligus memperlihatkannya sebagai sebuah parti ‘belawok’ atau menipu.

"Kita lihat PAS berjanji kepada para peniaga pada Pilihan Raya Umum 2008. Mereka berjanji akan berikan tempat selesa dengan harga RM40,000 setiap lot kedai, tetapi kini lot kedai itu dijual dengan harga RM63,000 dan keadaan kurang selesa," katanya.

Mustapa berkata kerajaan PAS juga berjanji untuk memberi tanah kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah banyak tanah di Hulu Kelantan diambil dan diserah kepada syarikat asing bagi membangunkan ladang rakyat.

"Buktinya pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat," katanya.

Justeru, beliau berkata Gelombang Merah perlu memainkan peranan bagi menonjolkan kepada rakyat mengenai kelemahan kerajaan PAS kelantan yang gagal menunaikan janji, selain mempunyai banyak kelemahan lain.
- Bernama

SATU MELAYU:
Aikkkk! Tok Guru yang dianggap tok wali pun boleh menipu? Dia tipu untuk menangkan parti Islam dibolehkan kotttt!

Tapi yang Tok Guru beri ni duit apa? Bukan duit bantuan untuk warga yang berumur 55 ke atas?

Sama-sama kita tunggukan apa kata Nik Aziz mengenai isu janji kosong yang jelas menipu untuk dapatkan undi pilihan raya sahaja.

Khamis, 19 Mei 2011

PEMILIHAN PAS: Pertembungan kumpulan pro-Anwar dengan pro-kepimpinan ulama....

PERCATURAN pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dan pro-kepimpinan ulama.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.

"Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.

"Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada Rabu.

Nakhaie berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.

Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu yang bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

Nakhaie berkata, Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.

"Teorinya mudah sahaja. Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan, apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.

"Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar. Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti,'' katanya lagi.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata, berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas, akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.

"Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada pro-kepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.

"Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang,'' katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Elok juga Pas dikuasai oleh puak Erdogan. Kalau itulah yang berlaku sokongan kaum Melayu yang selama ini menyokong Pas kerana jenama Islam itu akan mengundur diri dari menyokong Pas.

Kalau Mat Sabu berjaya jadi Timbalan Presiden, lagi bagus. Orang Pas dan sebahagian rakyat negara ini tentu tidak akan lupa kisah salahlaku moral yang pernah dilakukannya di Kelantan dahulu.

Anwar dan Mat Sabu, selain sama-sama anak Seberang Prai, juga sama sedikit sebanyak dari segi perangai dan hobinya.

Selasa, 17 Mei 2011

Abdul Hadi Kekal Presiden, 6 Layak Rebut Jawatan Timbalan, tapi jumlah pencalonan tak boleh umum?

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatannya bagi penggal ke lima pada pemilihan parti itu yang akan diadakan awal bulan depan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang disahkan menang tanpa bertanding selepas seorang lagi calon yang dicalonkan merebut jawatan berkenaan tidak layak bertanding kerana gagal mendapat pencalonan yang cukup.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, setiap calon memerlukan dua pencalonan daripada PAS kawasan bagi melayakkan mereka bertanding.

Sebelum ini PAS Kawasan Bukit Bintang menerusi mesyuarat agungnya membuat kejutan apabila mencalonkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan nombor satu parti itu.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Presiden, seramai enam calon layak bertanding bagi jawatan berkenaan termasuk penyandang jawatan berkenaan, Nasharudin Mat Isa.

Lima yang lain ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Husam; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu; serta dua Naib Presiden iaitu Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini Nasharudin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya itu sementara Mohamad Sabu turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan.

Ditanya mengenai jumlah pencalonan bagi setiap calon yang layak bertanding, Abdul Halim berkata pihaknya tidak akan mendedahkan perkara berkenaan selain kepada calon itu sendiri.

"Kita tidak umum...kita tidak mahu terlibat seperti seolah-olah berkempen (untuk calon).

"Bagaimanapun pihak jawatankuasa akan memaklumkan kepada calon-calon yang layak bertanding mengenai jumlah pencalonan yang mereka terima," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Selain itu bagi jawatan Naib Presiden, seramai 14 calon yang layak bertanding termasuk Azizan, Husam, Mohamad Sabu, Nasharudin, Salahudin dan Tuan Ibrahim.

Lapan lagi layak bertanding bagi jawatan tersebut ialah seorang lagi penyandang, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Zawawi Salleh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Abdul Halim, seramai 82 calon yang layak bertanding bagi merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Katanya lagi, Jawatankuasa Pemilihan akan menghantar surat makluman mengenai kelayakkan bertanding kepada calon-calon mulai hari ini.

"Semua calon yang berminat untuk bertanding perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada 26 Mei ini.

"Mereka mempunyai tiga saluran untuk menjawab surat kita iaitu sama ada dengan menulis surat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) atau secara faks," katanya.

Terdahulu pada sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya menerima sebanyak 152 jumlah borang pencalonan daripada keseluruhan 180 kawasan.

"Bagaimanapun daripada jumlah itu hanya 146 jumlah pencalonan yang diterima selepas kita menolak enam pencalonan kerana tidak lengkap.

"Antara sebab pencalonan ditolak ialah borang pencalonan tidak ditandatangan," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 1,100 perwakilan layak mengundi pada pemilihan kali ini yang dijadual diadakan pada 3 Mei depan.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Hebat sungguh demokrasi dalam Pas ni. Konon kerana tidak mahu dianggap sebagai berkempen untuk calon-calon tertentu, maka Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan tidak mahu mengumumkan kepada media jumlah pencalonan setiap calon yang layak bertanding.

Hebat!... hebat!

Ahad, 15 Mei 2011

VIDEO SEKS: Pas menanti dengan penuh minat hasil siasatan polis - Nasharudin

PAS mengikuti perkembangan isu rakaman aksi seks didakwa melibatkan lelaki mirip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ekoran pengumuman terbaru polis mengenai ketulenan video itu seperti disahkan pakar luar.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana parti itu dan masyarakat secara amnya kini semakin tertanya-tanya mengenai langkah susulan kesemua individu yang terlibat dengan isu video tersebut serta tindakan lanjut polis.

"Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti telah disahkan mereka (polis) sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya, adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini berlarutan.

"Saya tidak mahu jawab soalan sama ada identiti individu (dalam rakaman) itu perlu didedahkan tetapi cukup sekadar mengatakan kami menanti penuh minat siasatan dan perkembangan seterusnya dan mengenai pemilihan parti akan datang, itu kita bincang lain kali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur hari Sabtu.

Semalam, polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendedahkan video itu bersumpah laknat dengan mendakwa pelaku di dalam rakaman itu merupakan Anwar namun sehingga kini, Anwar belum mengemukakan saman terhadap Eskay atau bersumpah bagi menafikannya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pengesahan polis mengenai ketulenan video berkenaan buat kali kedua adalah pelik serta boleh menyebabkan kredibiliti pasukan tersebut dipersoalkan.

"Tidak kira sama ada disahkan pihak tempatan ataupun pakar AS, kita semakin tidak mempercayainya kerana polis seperti tidak berani mendedahkan pelaku dalam video tersebut. Jadi saya tiada komen lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu yang dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Jun ini ketika dihubungi berkata: "Kalau isu video seks, saya tidak mahu memberikan kenyataan, minta maaf."
- Utusan Online

SATU MELAYU:
Kenyataan Nasharudin dan Salahuddin nampaknya semacam mencabar jabatan polis jerrr! Kenapa jadi macam tu pulak? Kenapa kedua tokoh muda dalam Pas ini tidak terus mengikut cara Anwar Ibrahim menjawab soalan, iaitu menuduh pemimpin Umno terutamanya Perdana Menteri DS Najib melancarkan serangan fitnah terhadap Anwar?

Nampak macam mahukan pihak polis segerakan pendedahan jerrr!

Akan ada kesankah isu video seks ini dengan pemilihan pucuk pimpinan Pas yang bakal diadakan nanti? Nasruddin kata tunggu perkembangan. Mat Sabu langsung tak mahu komen. Pilih jalan selamat lerrr tu... Silap cakap nanti hancur pulak peluang menduduki kerusi nombor dua kepimpinan parti jenama Islam tu...

Jangan main-main dengan Anwar, nanti kalau dia dah tak suka, apa jawatan pun yang ditandingi dalam Pas akan terlepas....

Isnin, 9 Mei 2011

TAHNIAH: Mat Sabu Dahului Pencalonan Timbalan Presiden PAS

AHLI Jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu dilaporkan sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden mengatasi penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa setakat Ahad lepas.

Menurut sumber dalaman PAS, Mohamad yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Mat Sabu’ setakat ini telah berjaya memperolehi 70 pencalonan berbanding Nasharuddin yang mendapat 40 pencalonan selepas lebih daripada 133 kawasan selesai mengadakan mesyuarat masing-masing.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

“Berada di tempat ketiga ialah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan 17 pencalonan diikuti Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (5 pencalonan).

“Seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin masing-masing mendapat satu pencalonan,” kata sumber itu lagi kepada mStar Online di Petaling Jaya, Isnin.

Beliau berkata sehingga kini, hampir 75 peratus kawasan telah mengadakan mesyuarat dan menghantar pencalonan bagi jawatan tertinggi PAS itu ke Ibu Pejabat.

Mat Sabu pun anak Penang....
Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah Ahad depan, 15 Mei.

Setakat ini, hanya Mat Sabu menyatakan pendirian terbuka untuk bertanding jawatan timbalan. Penyandang jawatan, Nasharuddin turut menyatakan pendirian untuk mempertahankan jawatannya itu.

Pada pemilihan 2009, Nasharuddin dicabar oleh dua bekas Naib Presiden iaitu, Datuk Husam Musa dan Mat Sabu.

Husam memperoleh 281 undi berbanding Nasharuddin yang mendapat 480 undi untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 2007. Mat Sabu pula mendapat 261 undi.

Muktamar Tahunan PAS ke-57 akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun ini. Ia dilihat penting kerana kepimpinan baru yang bakal terpilih nanti akan mengemudi jentera pilihan raya parti menghadapi pilihan raya umum yang ke-13 nanti.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Ustaz Mat Sabu al-Khalwati
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mat Sabu kerana mendapat pencalonan terbanyak setakat ini.

Sewajarnya para perwakilan memilih Mat Sabu sebagai timbalan Presiden berdasarkan ketokohan beliau sebagai seorang pemidato handalan Pas yang serba petah mencerca, mencaci maki, dan mengutuk seseorang yang dianggap sebagai musuh Pas sepertimana beliau menggelarkan Anwar Ibrahim dengan gelaran ‘Al-Juburi’ ketika Anwar berada dalam Umno.

Kini segalanya telah bersih dan dibersihkan oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim akan dijulang dan dipuji-puja oleh Mat Sabu sebagai tokoh yang sangat disanjung oleh Pas. Mat Sabu kini telah diterima oleh Anwar sebagai tokoh sekutunya yang berwibawa dan sangat diperlukan oleh pakatan pembangkang.

Gandingan Anwar dan Mat Sabu nanti akan tambah menggegar pentas-pentas ceramah pembangkang ketika kempen PRU-13 nanti.

Mungkin kerana itulah, para perwakilan Pas memilih Mat Sabu untuk diangkat ke jawatan nombor dua memandangkan timbalan sedia ada – Nasaruddin Isa, wataknya bertentangan dengan Mat Sabu.

Pas memerlukan pemimpin yang hebat seperti Mat Sabu.

Negara Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam sangat memerlukan ketokohan Anwar Ibrahim dan Mat Sabu yang sangat berwibawa dan dipandang tinggi oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Keberadaan mereka menjadi pemimpin negara nanti memungkinkan harga petrol akan turun di bawah seringgit untuk satu liter, gula akan berharga Cuma sekitar 50 sekilo, tepung 35 sen sekg, minyak masak 2.50 untuk 5kg.

Pendek kata rakyat Malaysia di bawah pimpinan dua tokoh ini semuanya akan hidup mewah semewah-mewahnya. Ketika itu tidak ada lagi rakyat yang menderita kemiskinan.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog