Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Bersih 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersih 2. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Julai 2011

Perhimpunan 9 Julai: Bersih Tak Menang, BN Tak Rugi, Tapi Rakyat Meluat


BEBERAPA penganalisis politik membuat kesimpulan bahawa setelah berlalunya perhimpunan haram pada 9 Julai, penganjurnya tidak mendapat sebarang keuntungan dan kerajaan Barisan Nasional pula tidak rugi apa-apa.

Mereka berpendapat perhimpunan haram berkenaan gagal memenuhi impian penganjurnya, iaitu satu badan tidak berdaftar dikenali Bersih, untuk melemahkan kedudukan BN atau meningkatkan sokongan terhadap pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS.

Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata asas bagi kesimpulan yang dibuat itu mudah sahaja iaitu biar betapa hebatpun pakatan pembangkang memainkan isu perhimpunan haram berkenaan, pengundi Melayu di luar bandar tetap akan memberi sokongan kepada BN berikutan kejayaan parti gabungan itu membawa kemakmuran, keamanan dan keharmonian kepada negara.

"Begitu juga halnya, biar apa jua label yang diberikan, penyokong tegar Pakatan Rakyat akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, kata beliau, persoalan yang masih wujud ialah sama ada perhimpunan haram 9 Julai itu memberi kesan terhadap pendirian golongan atas pagar memandangkan penyokong Bersih lantang mendakwa mereka meraih kejayaan daripada kegiatan itu.

Sivamurugan berkata di peringkat lapangan pula, kempen politik akan berterusan dengan satu pihak cuba memberi gambaran positif tentang apa yang mereka sifatkan sebagai pencapaian perhimpunan haram itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata majoriti rakyat Malaysia terutama di ibu negara dan Lembah Klang tidak menyokong perhimpunan haram itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengkritik perhimpunan haram itu kerana telah mencetuskan kekacauan, manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan haram itu hanya disertai 5,000 atau 6,000 orang, walaupun pembangkang menyifatkannya sebagai suatu kejayaan dengan mendakwa ia disertai 50,000 orang.

Sivamurugan berkata BN berharap sokongan penduduk di luar Lembah Klang terhadapnya tidak terjejas berikutan demonstrasi haram itu, manakala pembangkang pula menaruh harapan agar ia mewujudkan gelombang sebelum barlangsungnya pilihan raya umum akan datang, seperti momentum yang telah mereka raih daripada perhimpunan haram Bersih 2007.

"Secara umumnya, mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan Selangor tidak begitu peduli tentang perhimpunan itu, manakala sejumlah anggota pembangkang yang menyertai perhimpunan haram itu masih tidak pasti mengenainya. Oleh itu, ada orang berkata perhimpunan haram itu akan membawa kepada perubahan selera pengundi dan ada pula yang menolaknya," kata beliau.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik berpendapat sesetengah orang bersifat mudah lupa dan sekiranya pilihan raya umum diadakan beberapa bulan akan datang atau tahun depan, semuanya mungkin terhapus daripada ingatan mereka, lebih-lebih lagi sekiranya kerajaan BN mengumumkan pelbagai dasar bersifat mesra rakyat untuk meluputkan kesan daripada perhimpunan haram itu.

Pensyarah, Azli Abdullah berkata walau apapun dakwaan penganjur perhimpunan haram itu, perubahan selera pengundi boleh berlaku secara dua hala lebih-lebih lagi apabila ramai pengundi dapat melihat dengan jelas dan menghargai keberkesanan kerajaan dalam menanganinya.

"Walaupun begitu teruk dicabar, pihak berkuasa tetap bertindak dalam lingkungan bidang kuasa mereka dan berjaya mencegah berlakunya kejadian tidak diingini. Hakikat bahawa polis berjaya mematahkannya menjadi berterusan, amat dihargai oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya.

Azli berkata setelah sekian lama tergolong dalam kalangan berjuta-juta majoriti senyap, kini beliau berasa terpanggil untuk menyatakan secara terang-terangan bahawa beliau tidak lagi mempunyai sebarang simpati terhadap pembangkang, lebih-lebih lagi kumpulan pengacau, yang dengan jelas telah menghumban sepenuhnya perasaan cintakan negara.

"Rakyat Malaysia jenis apakah mereka ini? Mereka sanggup bersekongkol dengan media asing semata-mata untuk memburuk-burukkan Malaysia dengan memberi gambaran seolah-olah negara bertuah ini akan terjerumus ke lembah kekacauan selepas Mesir dan sebagainya," kata beliau.

Tetapi, yang pasti, pembangkang akan terus melaungkan lapan perkara yang dituntut oleh Bersih dengan harapan ia mengganggu kelancaran rancangan Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pas berkata ia akan mengadakan satu lagi perhimpunan sebelum pilihan raya umum akan datang sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan perubahan seperti yang dituntut, walaupun SPR telah memberi penjelasan bahawa sesetengah tuntutan itu hanya boleh dilaksanakan oleh Parlimen.

Ramai pemerhati berpendapat perhimpunan haram 9 Julai itu membawa kerugian ekonomi kepada negara dan golongan tertentu.

"Selain masa dan petrol yang dibazirkan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya, perniagaan kecil dan sederhana di Lembah Klang mengalami kerugian besar. Orang dan barangan dihalang daripada memasuki bandar raya ini, manakala berjuta-juta ringgit menjadi beku dan terhalang daripada memasuki pasaran.

"Kecergasan ekonomi bergantung kepada pengaliran dana. Wang berjuta-juta ringgit yang tersekat itu mungkin mengakibatkan kerugian sekali atau dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlahnya, terutama pada hujung minggu. Kepada siapa peniaga kecil hendak menuntut pampasan?" kata seorang penganalisis dari sebuah syarikat broker saham yang enggan dikenali.

Kerajaan pula terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuk untuk mengerahkan anggota polis dari negeri lain ke ibu negara bagi mengawal keadaan dan memelihara ketenteraman awam.

Sekiranya kesemua 1,667 penujuk perasaan yang ditahan semasa perhimpunan haram itu dibawa ke muka pengadilan, mahkamah perlu menggunakan banyak sumber untuk mengendalikannya, dan ini melibatkan kos dan masa.

Pakatan pembangkang menganggarkan mereka membelanjakan RM150,000 untuk mengadakan perhimpunan haram itu, termasuk membayar wang ikat jamin penunjuk perasaan yang ditangkap, manakala kerajaan pula menganggarkan jumlah yang terpaksa ditanggungnya 10 kali lebih tinggi daripada itu.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah berkata ekonomi dunia telah telah menurun dan ini mungkin menyebabkan Eropah mengalami krisis ekonomi, yang akhirnya akan memberi kesan kepada negara lain di seluruh dunia.

"Berikutan keadaan ini, kerajaan yang memerintah sekarang perlu diberi peluang untuk menumpukan terhadap usaha mencergaskan semula ekonomi dan pihak-pihak yang bertelagah perlu mengetepikan perbalahan politik sesama mereka demi kebaikan negara. Masa yang ada sepatutnya digunakan untuk memajukan negara," kata Pheng.

Memang tepat kata-kata beliau itu kerana biar betapa lantang atau berapa kerap sesuatu pihak itu memenuhi jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan, dalam sistem demokrasi, setiap pemilih hanya mempunyai satu undi.

Oleh Alan Ting
- Bernama

SATU MELAYU:
Seperrata yang rakyat harus ingat ialah untuk apa tujuk perasaan atau perhimpunan itu diadakan. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana dan untuk Anwar Ibrahim yang telah tidak ada cara lain lagi untuk menagih simpati dan sokongan rakyat sepertimana yang pernah diterimanya sejak zaman jadi pemimpin pelajar dulu.

Sebagaimana yang diketahui umum, Anwar Ibrahim hanya tahu menganjurkan tunjuk perasaan dan perhimpunan haram. Itulah satu-satunya kepakaran yang beliau ada.

Justeru, dalam keadaan terdesak kerana merosotnya sokongan rakyat akibat salahlaku seks beliau sendiri, peluang erakhir yang ada bagi Anwar ialah menganjurkan tunjuk perasaan. Malangnya, Bersih 2.0 tidak berhasil dan rakyat umum tahu ianya satu tindakan sia-sia dan menyusahkan ramai orang.

Khamis, 21 Julai 2011

Video Bukti Polis Tidak Guna Kekerasan Leraikan Perhimpunan Haram Ditayang

TIADA kekerasan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lepas berdasarkan rakaman video yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada wakil media dan awam di Bukit Aman, Khamis.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata selain tiada babak-babak kekerasan yang didakwa dilakukan PDRM ketika menyuraikan perhimpunan tersebut, rakaman video itu juga membuktikan beberapa tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai perhimpunan itu juga tidak benar.

Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.

"Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad," katanya.

Rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika Allahyarham berada di dalam Avenue K.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan," katanya.

Datuk Salleh Mat Rasid
Beliau berkata dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan tiada kekerasan yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang antaranya presiden perhimpunan haram itu, S.Ambiga, Mat Sabu, Nurul Izzah, Datuk Awang Hadi dan Tian Chua.

Ketika menayangkan video tersebut, memang tidak terdapat kekerasan dilakukan ke atas kesemua mereka yang telah melakukan provokasi terhadap polis antaranya babak di mana Ambiga kelihatan tenang dan duduk dalam keadaan selesa sambil sempat minum air ketika ditahan polis di KL Sentral.

Ada juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi Awang di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Dalam video tersebut juga menggambarkan tindakan provokasi yang dimulakan dahulu oleh Tian Chua dengan menyerang Light Strike Force (ISF) sebelum memaksa polis menyemburkan gas pemedih mata kepada beliau dan sekumpulan penyokong di KL Sentral.

"Kalau kita lihat polis tidak memulakan apa-apa. Kita menggunakan Standard Operation Procedure (SOP) kita sebelum tindakan diambil. Kita beri amaran sehingga sembilan kali dan mereka masih berdegil meneruskan perhimpunan, itu yang memaksa kita semburkan gas pemedih mata," katanya.

Rakaman video itu juga menunjukkan motosikal yang dibonceng oleh Mat Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U motosikal itu terkena 'fender' Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

"Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar pajero polis," katanya.


Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta menunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk," katanya.

Salleh berkata di Pulapol juga, terdapat pegawai perubatan di sediakan dengan katil yang selesa untuk rawatan dan terdapat juga pemeriksaan kesihatan.

Katanya, tidak cukup dengan itu, demi menjaga keselamatan tahanan juga polis menyediakan bas untuk menghantar kesemua tahanan itu pulang ke lokasi yang memudahkan mereka menggunakan pengangkutan awam.

Video itu turut menayangkan perusuh yang melakukan provokasi terlebih dahulu sehingga memaksa polis bertindak menyemburkan gas pemedih mata.

Antara babak tersebut adalah di mana perusuh terlebih dahulu menyerang, memanjat kereta polis serta dan membaling objek seperti botol dan membaling semula gas ke arah polis serta menolak pegawai kanan polis.

Dalam video itu turut menayangkan tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shien yang dijadikan isu sesetengah pihak.

"Kita akui kita ada sembur gas pemedih mata berdekatan hospital tersebut.. tapi semburan itu adalah di luar hospital terbabit. Ini kerana ada perusuh di situ.

"Namun kita masih lagi menyiasat kes ini. Jika hasil siasatan kita mendapati terdapat kesalahan atau perlanggaran tatacara tugasan oleh pihak kita, kita akan ambil tindakan," katanya.

Salleh berkata kesimpulan yang boleh dibuat badan penguatkuasa itu adalah PDRM bertindak secara profesional dengan mengikut SOP, dapat menenangkan keadaan dalam masa tiga jam, tiada kematian mahupun kerosakan harta benda berlaku dan walaupun apa pun tohmahan yang dilemparkan, ianya tidak melunturkan semangat PDRM.

"Langkah-langkah awal kita juga dapat mengekang jumlah peserta perhimpunan haram itu. Tidak sampai 300,000 yang hadir, tetapi tidak lebih daripada 10,000 orang pada perhimpunan haram itu," katanya.

Sementara itu Presiden Pengguna Islam Malasyia (PPIM) Datuk Ma'mor Osman yang turut hadir pada penyangan video itu berkata polis telah membuktikan bahawa ia telah melakukan tugas dengan baik, iaitu menjaga ketenteraman awam dan tidak bertindak keras dengan perusuh.

"Namun, saya harap selepas ini, polis akan adakan lagi sidang media dan penayangan video lagi.Saya difahamkan bahawa ada lagi bahagian yang belum ditunjukkan polis.

Apa yang ditayangkan hari ini adalah apa yang polis ada setakat ini...Ini penting bagi memuaskan hati semua pihak. Polis juga perlu mengambil video -video yang diambil di dalam laman-laman blog untuk dibuat perbandingan," katanya.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Nampaknya juak-juak ‘pengkhianat negara’ yang begitu bermaha-
rajalela menyiarkan berita, video dan gambar yang membuktikan polis bertindak kasar, kejam dan ganas dengan pelbagai tipu helah, kini terkedu dan kantoi se kantoi-kantoinya.

Mereka ingat mereka pandai sangat. Mereka juga sangka hanya mereka sahaja yang ada kamera.

Sama-sama kita nanti dan tinjau-tinjau apa komen ‘lembu-lembu’ pengkhianat negara dengan pendedahan polis itu.

Ahad, 17 Julai 2011

Tangkis Tohmahan Pembangkang: Rakaman video perhimpunan haram perlu disiar segera - Muhyiddin

POLIS perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog pro pembangkang telah memainkan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan.

"Jadi, untuk nak patahkan pembohongan dan putar belit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan-bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata rakyat pula tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja, sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta oleh sekumpulan manusia dalam perhimpunan haram itu

Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan haram itu.

Muhyiddin berharap apa yang disebutkan oleh Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka ‘tahu apa yang diputar belitkan oleh pembangkang dan kita juga sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh pembangkang’.

Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.

"Rakyat mesti faham bila mana polis berdepan dengan situasi segerombolan yang sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang dan banyak media alternatif, Youtube dan sebagainya adalah gambaran kezaliman.

"Mereka hanya ambil gambar seolah-olah ketika polis bertindak tapi tidak mengambil gambar sebelum perkara ini berlaku yang mungkin sudah ada provokasi, baling batu, menjerit-jerit nak tunjuk begitu hebat mereka dengan pihak berkuasa polis. Mereka manusia, polis pun manusia juga. Yang penting mereka (polis) telah mengamalkan satu disiplin yang cukup di mana mereka bertahan sedangkan boleh bertindak lebih," katanya.

Katanya, rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang disiarkan atau dibaca di dalam blog-blog berkenaan sebaliknya perlu meneliti apa sebenarnya yang berlaku khususnya mengenai tujuan atau tuntutan awal Bersih yang kini sudah beralih kepada isu lain.
- Bernama

SATU MELAYU:
Jangan biarkan rakyat bosan menunggu.
Macam-macam tohmahan boleh dilakukan puak pengkhianat negara jika terlalu lama untuk video berkenaan ditayangkan kepada umum.

Rabu, 13 Julai 2011

BERSIH 3.0: Mat Sabu kata akan diadakan, Ambiga kata tidak....

PENGERUSI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Amibga, berkata beliau tidak melihat lebih banyak perhimpunan diadakan walaupun PAS berkata parti itu akan mendesak gabungan itu mengadakan satu lagi demonstrasi.

PAS sebelum ini berkata parti itu akan mendesak Bersih mengadakan satu lagi demonstrasi sekiranya kerajaan tidak mengendahkan tuntutan untuk membawa perubahan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Pada wawancara dengan akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ), yang disiarkan dalam laman web akhbar ituRabu, Ambiga berkata: "Saya tidak lihat ini (perhimpunan) berlaku dalam masa terdekat ini."

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh akhbar itu sama ada gabungan haram itu akan mengadakan lebih banyak perhimpunan seperti dianjurkan pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Mengenai dakwaan bahawa Bersih hanya bertindak sebagai barisan depan untuk parti pembangkang berikutan peranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Sabtu lalu, katanya adalah tidak adil untuk mengaitkan dakwaan itu dengan gabungannya.

Katanya Bersih telah menjemput semua parti politik termasuk Barisan Nasional (BN) untuk menyokong perhimpunan itu.

Bersih mengadakan perhimpunan jalanan di ibu kota pada Sabtu lepas selepas gagal mengadakan permit polis untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kata-kata Mat Sabu tak senada dengan Ambiga mengenai penganjuran lebih banyak perhimpunan haram Bersih. Mat Sabu kata akan lebih banyak lagi diadakan, manakala Amiga kata tidak.

Keadaannya samalah seperti kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang kononnya di seret oleh polis semasa menghadiri perhimpunan haram pada Sabtu lalu. Pada masa sama Abdul Hadi kata dia tidak diperlakukan secara kasar, malah dihantar sendiri oleh pihak polis balik ke rumah.

Ini kira kes kantoi mereka gara-gara terlalu mempermainkan isu pembohongan dan kelentong untuk rakyat dan penyokong mereka yang bangang dan bebal.

Lagipun, Ambiga tak akan masuk Pas kerana dia sudah tentu tidak akan memeluk Islam. Sebagai seorang kafir harbi yang memusuhi Islam, takkanlah Ambiga nak masuk Islam kerana nak join Pas dan bertanding pada PRU-13 atas tiket Pas.

Lebih baik dia buat baik dengan Anwar Ibrahim, masuk PKR dan bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU akan datang menggantikan Anwar yang ketika itu sedang beristirehat di Penjara Sungai Buluh.

Lagipun, Anwar kini lebih percayakan kaum India daripada orang Melayu. Kalau tak percaya, lihat sahaja barisan peguam yang membelanya dalam kes liwat II. Mana ada Melayu. Zulkifli Nordin dah konar baring dan menghentam Anwar siang, malam.

Justeru, harapan Anwar kini hanyalah kepada kaum India. Dan Ambiga adalah tokoh yang sedang digilap oleh Anwar untuk menjadi pemimpin penting PKR.

Mana sokongan rakyat dan NGO anti-Bersih kepada Polis?


SEBELUM perhimpunan Bersih 2.0 dianjurkan pada Sabtu 9 Julai lalu, ribuan pertubuhan sukarela, NGO dan kumpulan rakyat tertentu membuat laporan membantah penganjuran Bersih 2.0 yang mahu berhimpun di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Kerajaan melalui pihak berkuasa polis digesa bertindak terhadap penganjur Bersih 2.0 dengan pelbagai gesaan. Malah ada yang mahukan mereka ditahan di bawah ISA.

Tarikh 9 Julai telah empat hari berlalu. Pada tarikh itu perhimpunan haram terus dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong pembangkang tanpa menghiraukan gesaan rakyat, larangan mahkamah, amaran polis malah titah perintah DYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dengan kecekapan pihak polis dan berkurangnya sokongan rakyat terhadap perhimpunan berkenaan, kekacauan dan huru-hara yang cuba dicetuskan Anwar Ibrahim melalui NGO Bersih berjaya dikekang dan dihalang daripada memusnahkan keamanan negara dan ketenteraman awam.

Malangnya, kini pihak polis yang sebelumnya diminta rakyat mengawal dan mencegah perhimpunan Bersih 2.0 dicemuh dan dituduh oleh pihak pembangkang dengan pelbagai tuduhan ganas, mencederakan pendemo dan macam-macam lakonan dipaparkan kepada rakyat umum.

Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi maksud meleraikan perarakan telah dialih menjadi suatu kekejaman yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dihukum.

Polis kini telah dipersalahkan seteruk-teruknya oleh puak pembangkang.

Berkemungkinan jika rakyat tidak memberikan sokongan moral kepada tindakan polis di hari itu, tahap moral dan semangat juang polis di negara ini akan menurun. Jalankan tugas salah, tak jalankan tugas salah.

Mereka yang melakukan perhimpunan dan perarakan haram itu seolah-olah tidak bersalah, tapi polis pulak yang bersalah kerana mencegah dan menghalang daripada keadaan menjadi kucar-kacir dan menganggu ketenteraman awam di Kuala Lumpur yang mungkin boleh merebak ke seluruh negara.

Justeru itu, kini tiba masa dan giliran rakyat serta NGO yang anti-Bersih pula menunjukkan sokongan terhadap pasukan keamanan yang menghalang kekacauan merebak.

Perjuangan belum selesai. Pihak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim tidak akan berhenti daripada terus mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui tunjuk perasaan jalanan kerana mereka menyedari sokongan terhadap pembangkang kini semakin merosot.

Pembangkang mahu merampas kuasa melalui tunjuk perasaan jalanan. Lebih teruk dari itu Anwar Ibrahim berniat menjadi Perdana Menteri melalui rampasan kuasa melalui cara menghuru-harakan negara.

Oleh itu, kepada rakyat yang bencikan pembangkang yang diketuai si peliwat dan peminat China doll itu hendaklah segera berbuat sesuatu melahirkan sokongan kepada kerajaan dan pihak berkuasa polis.

Negara tidak akan aman dan kesejahteraan rakyat akan terganggu selagi ‘jembalang’ bernama Anwar Ibrahim tidak dilemahkan sokongan terhadapnya, walaupun kita tahu sebahagian besar para pendemo Bersih 2.0 itu dibayar untuk menyerati perhimpunan.

Gerakan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara mesti bertindak menentang mereka yang jadi pengkhianat.

Jangan harapkan pihak kerajaan sahaja yang bertindak. Rakyat yang menentang puak ‘penjahanam negara’ itu juga ada hak bertindak mengikut lunas demokrasi.

Masa untuk berlembut sudah berlalu... Rakyat yang cintakan negara, bangsa dan agama mesti bangun menentang mereka sebagaimana datuk, nenek kita menentang penjajahan Inggersi dahulu.

Bertindak segera, sebelum nasi jadi bubur. Sebelum segala keselesaan hidup dimusnahkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang anti-Melayu dan anti-Islam.

BERSIH 2.0: Mahasiswa terlibat harus berani bertanggungjawab....

MAHASISWA yang didapati terlibat dengan perhimpunan haram Sabtu lalu seharusnya berani bertanggung-
jawab di atas tindakan yang mereka lakukan sendiri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap orang tertakluk kepada undang-undang dan sebagai mahasiswa, mereka perlu bersedia berdepan dengan tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka.

“Memang ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu berada dalam lingkungan umur pelajar. Namun, kita tidak boleh anggap semua belia berusia antara 17 dan 25 tahun itu sebagai mahasiswa.

“Apabila telah dikenal pasti, kita akan tengok apa tindakan yang diambil oleh pihak polis dan pada masa yang sama, kita akan serahkan kepada universiti masing-masing untuk difikirkan tindakan yang sesuai.

“Kementerian tidak boleh membicarakan mahasiswa berkenaan kerana kuasa di pihak universiti,” katanya ketika diminta mengulas mengenai nasib mahasiswa yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram, Sabtu lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi ucaptama dalam Forum Urus Tadbir Universiti Ke Arah Autonomi dan melancarkan buku Guide to Assessing Good Governance in Malaysian Universities di Kuala Lumpur, Selasa.

Sementara itu, kata Mohamed Khaled, pihaknya masih menunggu senarai nama mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut selepas pihak polis menyelesaikan siasatan awal mereka.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sejak zaman kebangkitan reformasi dahulu lagi memang ramai golongan mahasiswa yang terlibat dengan gerakan menentang kerajaan melalui tunjuk perasaan jalanan.

Hingga kini mereka dah ‘banyak lemak’ dan perasan diri mereka itu dah pandai dan bijak sangat sangat. Walhal kalau tidak adalah kerajaan Umno/BN yang mentadbir negara ini sejak merdeka, tidak akan ramai anak Melayu yang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dengan pelbagai bantuan.

Di masa sama mereka lupa bahawa peluang diberikan kerajaan selama ini kepada mereka bukanlah kerana mereka itu pandai tetapi kerana mereka itu orang Melayu. Ikutkan kelulusan tak sehebat mana pun.

Inilah golongan manusia yang tak sedar diri dan tidak bersyukur dengan peluang dibuka seluas-luasnya oleh pemerintah negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kini dah sampai masanya mereka ini diajar secukupnya. Biar mereka sedar dan tahu apa erti bersyukur dan sedar setakat mana kemampuan akademik mereka.

Masa untuk berlembut sudah tidak sepatutnya diteruskan lagi. Lagi berlembut lagi ‘kurang hajar’ mereka. Duit yang menanggung mereka belajar itu adalah duit rakyat. Kalau mereka dah bertindak menyusahkan rakyat, tidak wajarkah mereka itu dinyahkan dari pusat-pusat pengajian tinggi?

Kalau terus dibiarkan, semakin ramai golongan pelajar jenis ini yang tidak menghormati kerajaan yang menyuap mereka dari tahun satu di sekolah rendah hinggalah ke peringkat tinggi.

Pihak kementerian dan juga universiti jangan biarkan ‘barah’ masyarakat ini merebak dan seterusnya membunuh usaha kerajaan menjamin peluang pengajian peringkat tinggi kepada anak-anak Melayu.

Selain mahasiswa, jangan lupa tenaga pengajar juga memainkan peranan menyebabkan mereka menyertai perhimpunan haram kerana membenci kerajaan dan pemimpin semasa negara.

Isnin, 11 Julai 2011

PDRM Rakam Sepanjang Perhimpunan Haram Berlangsung Sebagai Bukti - Hishammuddin

Ehhh! Ini polis kena kejar ker atau polis mengejar perusuh.....
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran, termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

"Bilik operasi kita (PDRM) mempunyai rakaman semua yang berlaku pada Sabtu lepas. Jadi apa-apa yang telah pun didakwa atau dituduh oleh pihak-pihak tertentu, perkara ini akan disiasat dengan bukti yang kukuh," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Isnin.

Beliau berkata semua rakaman berkenaan sedang diteliti oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"PDRM tak ada perkara yang hendak disembunyikan. Apa sahaja yang ada dalam tangan kita, kita akan gunakan ia untuk menjawab segala tuduhan-tuduhan itu dan akan dipanjangkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Oleh itu, tindakan akan diambil sama ada terhadap pihak di dalam internet atau media-media asing atau media tempatan sekalipun yang membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Sebab itulah pihak media khususnya media asing yang sekarang ini dengan semudah-mudahnya percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak tertentu, saya nak ingatkan pada mereka, bila fakta sebenar dikeluarkan nanti, mereka harus bertanggungjawab," katanya.

Hishammuddin berkata semua rakaman yang diambil dari mula hingga akhir perhimpunan itu berlangsung akan didedahkan bagi membuktikan kebenaran, termasuk dakwaan salah guna kuasa polis dalam menjalankan tugas dan fakta mengenai jumlah sebenar peserta perhimpunan itu.

"Ada dakwaan kata jumlah terlibat adalah seramai 50,000...30,000...padahal kita rasa tak mungkin sampai 10,000 pun. Bagaimanapun, kita akan umumkan berdasarkan fakta dan rakaman yang kita ada. Kita boleh buktikannya. Tunggulah bila kita umumkan nanti.

"Mengenai bila rakaman itu akan dikeluarkan, ia banyak bergantung kepada empat pihak iaitu SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, dan Peguam Negara, mungkin ia akan mengambil masa," katanya.

Beliau berkata tindakan juga tidak terkecuali kepada anggota dan pegawai PDRM sendiri sekiranya melakukan kesalahan undang-undang.

Hishammuddin berkata rakaman itu juga akan digunakan sebagai membuktikan layanan baik telah diberi kepada semua tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Tuduhan bahawa mereka itu tidak dilayan dengan baik, akan dibuktikan melalui rakaman itu. Kita mendapat tahu, ramai yang ditahan di Pulapol, agak terkejut kerana persiapan yang lebih awal telah dilakukan bagi menjaga kebajikan mereka," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata PDRM jelas tidak 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan ke atas beberapa individu yang melanggar undang-undang.

"Nak kata kita hanya menumpukan pada satu pihak sahaja, tidak, kerana jelas bahawa semua pihak yang melanggar undang-undang, tindakan telah diambil."

Katanya semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara sedang meneliti beberapa kes tertentu bagi menentukan sama ada akan didakwa atau tidak.

"Sama ada di antara mereka akan didakwa mengikut Akta Darurat atau apa sahaja yang ada hubung kait dengan undang-undang, itu kena tanya pada pihak Peguam Negara kerana ia berada di dalam bidang kuasanya," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Rakyat tersangatlah ingin melihat bagaimana Anwar Ibrahim kena ges pemedih mata tapi lehernya pula yang sakit hinggakan terlantar macam nak mamposss....

Pelajar IPTA sertai perhimpunan Bersih 2.0: Kementerian tunggu laporan polis – Khaled Nordin

PERHIMPUNAN haram Bersih 2.0 di tengah Bandaraya Kuala Lumpur pada Sabtu telah pun melabuhkan tirainya. Rakyat yang cintakan keamanan bersyukur kehadhrat Ilahi, kerana negara kekal aman dan godaan Iblis yang mahu menjahanamkan negara tidak kesampaian.

Pasukan keselamatan, khasnya pihak polis mendapat pujian ramai kerana telah berjaya mengawal keadaan dan mengekalkan ketenteraman awam. Hiruk-pikuk dan kesesakan lalu-lintas hanya sementara.

Kalau dianalogikan sebagai banjir, bencana banjir Bersih 2.0 pada Sabtu lalu tidaklah sebeasar yang disangkakan. Bagaimanapun, banjir tetap banjir dan sampah-sarap serta barangan tak berguna terkumpul di sana sini setelah banjir surut.

Sebagaimana maksud kata Perdana Menteri pada perhimpunan penyokong kerajaan di PWTC pada Ahad, masa untuk berlembut telah berlalu. Tindakan tegas perlu diambil ke atas pengkhianat negara dan mereka yang tetap berdegil menyokong perhimpunan haram berkenaan.

Antara tumpuan yang agak menarik untuk diutamakan dari segi tindakan kerajaan selaku pemerintah negara ialah mengenai keterlibatan para pelajar IPTA dalam perhimpunan itu.

Berdasarkan pengalaman gerakan reformasi Anwar Ibrahim lebih sepuluh tahun lalu, ramai golongan pelajar IPTA yang terlibat dengan gerakan politik itu dan ianya menimbulkan tandatanya di kalangan rakyat yang menyedari betapa pihak kerajaan berbelanja besar untuk mereka menuntut ilmu di peringklat tinggi, tetapi telah terseleweng kerana hasutan politik puak pembangkang melalui segelintir tenaga pengajar.

Justeru, untuk Bersih 2.0, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi, di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), malam Ahad.

Sementara itu Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.

Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.
- SUMBER: mStarOnline

SATU MELAYU:
Golongan pelajar yang ‘perasan’ mereka dah pandai sangat dan bijak dalam serba serbi mengenai pentadbiran dan juga politik negara, seharusnya dinyahkan daripada universiti awam dan biarlah mereka belajar dengan wang ringgit sendiri sebagaimana kaum bukan bumiputera.

Ibarat anak kecil yang masih terus menangis dan melalak walaupun telah ditimang dan dibelai, maka tindakan sesuai untuknya ialah lepaskan sahaja dari timangan. Biarkan mereka jatuh tergolek. Dan biarkan mereka terus melalak macam Hishamuddin Rais.

Jenis bodoh tak boleh ajar dan pandai tak boleh diikut ini memang tidak dinafikan terdapat dalam mana-mana masyarakat di dunia ini. Mereka ini adalah antah yang perlu ditampi dan seterusnya dibuang untuk jadi makanan ayam dan itik atau burung-burung liar.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog