Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 13 Julai 2011

Mana sokongan rakyat dan NGO anti-Bersih kepada Polis?


SEBELUM perhimpunan Bersih 2.0 dianjurkan pada Sabtu 9 Julai lalu, ribuan pertubuhan sukarela, NGO dan kumpulan rakyat tertentu membuat laporan membantah penganjuran Bersih 2.0 yang mahu berhimpun di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Kerajaan melalui pihak berkuasa polis digesa bertindak terhadap penganjur Bersih 2.0 dengan pelbagai gesaan. Malah ada yang mahukan mereka ditahan di bawah ISA.

Tarikh 9 Julai telah empat hari berlalu. Pada tarikh itu perhimpunan haram terus dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong pembangkang tanpa menghiraukan gesaan rakyat, larangan mahkamah, amaran polis malah titah perintah DYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dengan kecekapan pihak polis dan berkurangnya sokongan rakyat terhadap perhimpunan berkenaan, kekacauan dan huru-hara yang cuba dicetuskan Anwar Ibrahim melalui NGO Bersih berjaya dikekang dan dihalang daripada memusnahkan keamanan negara dan ketenteraman awam.

Malangnya, kini pihak polis yang sebelumnya diminta rakyat mengawal dan mencegah perhimpunan Bersih 2.0 dicemuh dan dituduh oleh pihak pembangkang dengan pelbagai tuduhan ganas, mencederakan pendemo dan macam-macam lakonan dipaparkan kepada rakyat umum.

Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata bagi maksud meleraikan perarakan telah dialih menjadi suatu kekejaman yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dihukum.

Polis kini telah dipersalahkan seteruk-teruknya oleh puak pembangkang.

Berkemungkinan jika rakyat tidak memberikan sokongan moral kepada tindakan polis di hari itu, tahap moral dan semangat juang polis di negara ini akan menurun. Jalankan tugas salah, tak jalankan tugas salah.

Mereka yang melakukan perhimpunan dan perarakan haram itu seolah-olah tidak bersalah, tapi polis pulak yang bersalah kerana mencegah dan menghalang daripada keadaan menjadi kucar-kacir dan menganggu ketenteraman awam di Kuala Lumpur yang mungkin boleh merebak ke seluruh negara.

Justeru itu, kini tiba masa dan giliran rakyat serta NGO yang anti-Bersih pula menunjukkan sokongan terhadap pasukan keamanan yang menghalang kekacauan merebak.

Perjuangan belum selesai. Pihak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim tidak akan berhenti daripada terus mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui tunjuk perasaan jalanan kerana mereka menyedari sokongan terhadap pembangkang kini semakin merosot.

Pembangkang mahu merampas kuasa melalui tunjuk perasaan jalanan. Lebih teruk dari itu Anwar Ibrahim berniat menjadi Perdana Menteri melalui rampasan kuasa melalui cara menghuru-harakan negara.

Oleh itu, kepada rakyat yang bencikan pembangkang yang diketuai si peliwat dan peminat China doll itu hendaklah segera berbuat sesuatu melahirkan sokongan kepada kerajaan dan pihak berkuasa polis.

Negara tidak akan aman dan kesejahteraan rakyat akan terganggu selagi ‘jembalang’ bernama Anwar Ibrahim tidak dilemahkan sokongan terhadapnya, walaupun kita tahu sebahagian besar para pendemo Bersih 2.0 itu dibayar untuk menyerati perhimpunan.

Gerakan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan negara mesti bertindak menentang mereka yang jadi pengkhianat.

Jangan harapkan pihak kerajaan sahaja yang bertindak. Rakyat yang menentang puak ‘penjahanam negara’ itu juga ada hak bertindak mengikut lunas demokrasi.

Masa untuk berlembut sudah berlalu... Rakyat yang cintakan negara, bangsa dan agama mesti bangun menentang mereka sebagaimana datuk, nenek kita menentang penjajahan Inggersi dahulu.

Bertindak segera, sebelum nasi jadi bubur. Sebelum segala keselesaan hidup dimusnahkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog