Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 11 Julai 2011

Pelajar IPTA sertai perhimpunan Bersih 2.0: Kementerian tunggu laporan polis – Khaled Nordin

PERHIMPUNAN haram Bersih 2.0 di tengah Bandaraya Kuala Lumpur pada Sabtu telah pun melabuhkan tirainya. Rakyat yang cintakan keamanan bersyukur kehadhrat Ilahi, kerana negara kekal aman dan godaan Iblis yang mahu menjahanamkan negara tidak kesampaian.

Pasukan keselamatan, khasnya pihak polis mendapat pujian ramai kerana telah berjaya mengawal keadaan dan mengekalkan ketenteraman awam. Hiruk-pikuk dan kesesakan lalu-lintas hanya sementara.

Kalau dianalogikan sebagai banjir, bencana banjir Bersih 2.0 pada Sabtu lalu tidaklah sebeasar yang disangkakan. Bagaimanapun, banjir tetap banjir dan sampah-sarap serta barangan tak berguna terkumpul di sana sini setelah banjir surut.

Sebagaimana maksud kata Perdana Menteri pada perhimpunan penyokong kerajaan di PWTC pada Ahad, masa untuk berlembut telah berlalu. Tindakan tegas perlu diambil ke atas pengkhianat negara dan mereka yang tetap berdegil menyokong perhimpunan haram berkenaan.

Antara tumpuan yang agak menarik untuk diutamakan dari segi tindakan kerajaan selaku pemerintah negara ialah mengenai keterlibatan para pelajar IPTA dalam perhimpunan itu.

Berdasarkan pengalaman gerakan reformasi Anwar Ibrahim lebih sepuluh tahun lalu, ramai golongan pelajar IPTA yang terlibat dengan gerakan politik itu dan ianya menimbulkan tandatanya di kalangan rakyat yang menyedari betapa pihak kerajaan berbelanja besar untuk mereka menuntut ilmu di peringklat tinggi, tetapi telah terseleweng kerana hasutan politik puak pembangkang melalui segelintir tenaga pengajar.

Justeru, untuk Bersih 2.0, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi, di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), malam Ahad.

Sementara itu Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.

Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.
- SUMBER: mStarOnline

SATU MELAYU:
Golongan pelajar yang ‘perasan’ mereka dah pandai sangat dan bijak dalam serba serbi mengenai pentadbiran dan juga politik negara, seharusnya dinyahkan daripada universiti awam dan biarlah mereka belajar dengan wang ringgit sendiri sebagaimana kaum bukan bumiputera.

Ibarat anak kecil yang masih terus menangis dan melalak walaupun telah ditimang dan dibelai, maka tindakan sesuai untuknya ialah lepaskan sahaja dari timangan. Biarkan mereka jatuh tergolek. Dan biarkan mereka terus melalak macam Hishamuddin Rais.

Jenis bodoh tak boleh ajar dan pandai tak boleh diikut ini memang tidak dinafikan terdapat dalam mana-mana masyarakat di dunia ini. Mereka ini adalah antah yang perlu ditampi dan seterusnya dibuang untuk jadi makanan ayam dan itik atau burung-burung liar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog