Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Demi Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demi Melayu. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2011

Demi survival umat Melayu di tanah air sendiri, Utusan Malaysia jangan gentar....

AKHBAR Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, perjuangan mesti diteruskan tanpa menghiraukan ancaman pemulauan, sindiran dan bermacam-macam usaha lagi yang mahu menjatuhkan akhbar pemangkin fikiran rakyat itu.

“Sejak kebelakangan ini terutamanya pihak pembangkang menggesa rakyat memboikot Utusan Malaysia yang kononnya menyiarkan berita berbaur fitnah dan penulisan bersifat rasis.

“Sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kebenaran sesuatu laporan dan tidak perlu ada desakan daripada pihak tertentu memulaukan sesebuah akhbar,” katanya.

Mohd Jurit Ramli
Ditanya mengenai rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat ini yang kononnya bertujuan menolak politik fitnah Utusan Malaysia, Mohd. Jurit berkata, perkara itu tidak matang dan bersifat kebudak-budakan.

“Tindakan AMK yang selalu melakukan demonstrasi dan sering menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat ternyata tidak boleh diterima pakai di negara ini, lebih baik mereka pergi menyarung baju merah membuat demonstrasi jenis itu di Thailand.

“Adakah mereka tidak sedar langkah mengadakan demonstrasi itu sendiri menunjukkan mereka yang sebenarnya tidak menghormati kebebasan akhbar yang sering dilaung-laungkan itu,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak yang selalu memburukkan Utusan Malaysia supaya berhenti daripada berbuat demikian kerana ia merupakan perbuatan sia-sia malah amat merugikan agama dan bangsa.

Menurutnya, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar di negara ini yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu secara konsisten walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

“Mereka yang berbuat demikian tidak tahu bahawa banyak maklumat berguna yang dilaporkan akhbar ini dari sudut ekonomi, agama dan hal ehwal semasa yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Sokongan Anwar supaya si Ketot dikekalkan sebagai Ketua AMK pada pemilihan PKR tahun lalu adalah kerana si Ketot boleh dan sanggup melakukan perkara-perkara mengkhianati bangsa, negara dan agama demi politik peribadi Anwar Ibrahim mencapai angan-angannya.

Dari segi sejarah Utusan itu sendiri, memang dari dahulu lagi ianya sentiasa dimusihi oleh pihak penjajah Inggeris dan Jepun. Utusan juga menjadi duri dalam daging kepada perjuangan komunis di Tanah Melayu, selain sangat tidak disenangi oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia.

Masa berlalu zaman berubah. Kini hanya tinggal DAP sahaja yang sangat memusuhi akhbar Utusan sebagai kesinambungan kepada kebencian PAP dan Kuan Yew.

Setelah pembangkang DAP-PKR-PAS bergabung menentang Melayu Umno, usaha memerangi Utusan jadi lebih berkesan kerana adanya kaum Melayu sendiri yang kurang senang dengan Utusan.

Puak sosialis, chauvanis Cina dan mungkin komunis mengambil peluang menggunakan bangsa Melayu sendiri untuk menghapuskan kumpulan akhbar Utusan yang tidak pernah jemu membela dan memperjuangkan nasib umat Melayu/Islam di negara bertuah ini dari dulu, kini dan selamanya.

Menentang Utusan bererti mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.

Khamis, 12 Mei 2011

FORUM: Jadikan penyatuan Melayu hasrat utama UMNO

Dari kiri Dr. Hasan Mad, Ahmad Maslan dan Fathul Bari Mat Jahya antara barisan panel Forum 65 Tahun UMNO di Kuala Lumpur, semalam.
HARAPAN penyatuan bangsa Melayu terutamanya antara penyokong UMNO dan Pas wajar menjadi hasrat utama sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 yang disambut, Rabu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana orang Melayu sudah terlalu lama terpisah kerana berseteru dalam politik yang sebenarnya merugikan bangsa Melayu sendiri.

"Penyatuan UMNO dan Pas itu bukan hanya menguntungkan orang Melayu sahaja, tetapi juga orang bukan Melayu.

"Ini kerana sebagai kaum majoriti, kekuatan kaum Melayu akan menyaksikan pembangunan negara dari banyak sudut seperti ekonomi, pendidikan dan sebagainya," kata beliau.

Ahmad berkata demikian pada Forum 65 Tahun UMNO anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 di sini hari ini.

Dua lagi ahli panel pada forum itu ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad menambah, beliau secara peribadi juga berharap UMNO akan terus menerajui kemajuan negara menjelang 2020.

Dalam masa sama katanya, semua kaum di negara ini termasuk etnik di Sabah dan Sarawak bersatu padu dan saling menerima antara satu sama lain sebagai sahabat.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Sewajarnya Umno tidak perlu berhenti daripada menyeru dan berusaha ‘menyatukan umat Melayu’ di negara bertuah ini. Itulah asas Umno ditubuhkan 65 tahun lalu.

Kalau dulu Umno menyeru kepada penyatuan demi menentang penjajah Inggeris, kini penyatuan itu sangat diperlukan bagi mengisi kemerdekaan, mencapai tahap kemajuan bangsa, negara dan agama sesuai dengan perkembangan semasa. Zaman berubah, masa berlalu.

Dan yang paling utama, penyatuan sangat diperlukan demi memper-
tahankan hak Melayu yang semakin dihimpit oleh kesepakatan kaum imigran yang bercita-cita merampas tampuk pemerintahan negara ketika mereka melihat orang Melayu sendiri sedang berpecah-belah.

Kalau diketika peralihan kuasa antara pemerintahan Jepun dan Inggeris dahulu mereka pernah cuba merampas kuasa melalui gerakan militan komunis, apakah tidak mungkin dalam keadaan orang Melayu sedang berpecah-belah kini mereka melancarkan tindakan serupa sekali lagi?

Kaum imigran yang didalangi DAP sedang berusaha secara senyap menyatukan kaum mereka dalam mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebagai negara kedua selepas Singapura berjaya mereka rampas secara halus dan teratur.

Penyatuan perjuangan antara Pas dan Umno bukan bermakna Umno takutkan Pas. Sejak dulu, kini dan selamanya Umno tidak pernah gentar dengan Pas. Cuma apabila Pas dilihat sebagai alat untuk menguatkan kesepakatan politik kaum imigran, maka kewujudan Pas sudah jadi musuh kepada perpaduan kaum Melayu.

Perpaduan Umno Pas tidak semestinya Pas menyertai Barisan Nasional. Perpaduan Umno-Pas boleh dilakukan dalam bentuk kesepakatan sebagaimana Pas bergabung dengan DAP dan PKR seperti sekarang.

Ruang dan peluang pemimpin Pas berjuang demi agama Islam dan umat Melayu lebih baik jika Pas-Umno berada dalam satu kesepakatan politik yang berteraskan perpaduan umat Melayu dan demi Melayu/Islam.

Mungkin pada peringkat awal sekongkolan PAS-PKR-DAP dilihat oleh orang Melayu sebagai satu peluang alternatif kepada kepimpinan Melayu yang lebih mantap dan bermakna. Justeru itu, ramai orang Melayu menyokong dan mengundi pembangkang pada PRU 2008.

Bagaimanapun, setelah tiga tagun berlalu dan setelah negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah diserahkan kepada kepimpinan pembangkang, ternyata apa yang diharapkan oleh orang Melayu tidak menjadi kenyataan. Malah, lebih banyak berlaku perkara yang mengecewakan orang Melayu sendiri.

Dalam keadaan Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai bakal pengganti kepimpinan negara oleh puak pembang-
kang, bercelaru dan berkecamuk dengan isu peribadinya yang tak habis-habis, kepimpinan Pas gagal menonjolkan diri sebagai pemimpin dan parti terbesar orang Melayu mencapai cita-cita menggantikan Umno di pihak pembangkang.

Lebih teruk lagi, rakyat dapat memerhatikan bagaimana Pas dan pemimpinnya sekadar ‘melukut di tepi gantang’ dalam pakatan berkenaan. Perjuangan Islam entah ke mana, pembelaan umat Melayu pun tidak menjadi

Justeru, atas hakikat inilah Pas dan Umno sangat perlu bersatu dalam memantapkan politik dan kepimpinan negara yang semakin tercabar dalam menempuh gelora politik global yang serba mencabar kini.

Ahad, 8 Mei 2011

Usaha Rampas Kedudukan Islam Memang Wujud: Asasnya, 14 tuntutan puak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama....

AHLI Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

"Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

"Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

"Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam," katanya.

"Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apa untungnya Islam dengan pelukan ini?
Sebagaimana biasa, orang Melayu Islam di negara ini hanya sibuk memandang apa yang terdapat di luar. Melayu sering lupa untuk melihat apa yang terjadi di dalam. Heboh dan gegak gempita orang Melayu hanya buat sementara. Seminggu atau sebulan dua, hilanglah hebohnya, sepilah soraknya.

Begitulah sikap bangsa Melayu yang seratus peratus mendukung Islam. Bangsa yang berbangga dengan Islam sebagai agama rasmi negaranya.

Malangnya, Melayu yang konon sangat sayangkan agama Islam, sanggup mati kerana Islam, hidup dan matinya di dunia ini kerana agama Islam, tidak sedar bahawa mereka sendiri sedang berpecah-belah sesama sendiri kerana politik kepartian yang sempit. Yang perjuangannya hanya untuk dapatkan kuasa politik hinggakan terlupa siapa yang dijadikan sahabat dan rakan.

Melayu jenis ini memikirkan bagaimana bijaknya ia menggunakan kaum lain yang beragama lain itu demi mencapai cita-citanya. Tapi dia lupa dan tidak kisahkan bagaimana bangsa yang bukan Islam itu sedang bergembira kerana berjaya memperalatkan dirinya dan Melayu bangsat yang seangkatan dengannya demi kelangsungan politik mereka menguasai negara bertuah ini.

Dan keruntuhan bangsa Melayu hanya dapat dilakukan apabila mereka mengabaikan ajaran Islam.

Justeru, plurelisme agama yang dianjur dan disokong kuat oleh pemimpin ‘haram jadah’ dari negara ini adalah asas kuat yang membuktikan bahawa agama Islam di Malaysia sedang dilemah dan dikucar-kacirkan secara perlahan oleh gerakan dari luar yang mahu melenyapkan ajaran Islam di Nusantara.

Melayu yang pendek akal dan mudah digula-gulakan inilah yang begitu gah menonjolkan diri sebagai pembela dan pejuang Islam, tetapi di masa sama mereka jugalah yang meruntuh dan menimbulkan perpecahan sesama Melayu Islam.

MELAYU HARUS BERSATU KERANA ISLAM.... Melayu seharusnya tidak berpecah-belah kerana berebutkan status siapa dan puak mana yang lebih Islamik....

Di Malaysia, bila Melayu bercakaran sesama sendiri, secara otomatik Islam pun akan jadi lemah.

Jumaat, 22 April 2011

Gerakan "1Melayu, 1Bumi" Tidak Baik Untuk Negara - Tun Dr Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Perkasa mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada 'Perhimpunan Melayu' yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

1Melayu, 1Bumi Pendapat Peribadi Utusan Malaysia Bukan Kerajaan - Najib

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis akhbar berkenaan dan bukan pandangan kerajaan.

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita.

"Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit dua hari lepas, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Ditanya saranan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar DAP bergabung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Najib berkata: "Itu pembangkang (punya hal)...saya tidak mahu komen tetapi saya tidak nampak macam mana SNAP boleh terima DAP kerana ideologi mereka berbeza".

Dua hari lepas, Kit Siang mencadangkan DAP dan SNAP bergabung pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha memberi khimat yang lebih baik kepada masyarakat Iban-Dayak.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pihak agar Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri berkata; "Saya telah memberikan komen saya...beri saya masa".

Mengenai rasa tidak puas hati orang ramai berhubung web portal E-mel 1Malaysia, Najib berkata memandangkan projek itu dibangunkan pihak swasta, biarlah pihak berkenaan yang menjelaskannya.

"Biarlah mereka yang membuat penjelasan...ia adalah cadangan mereka. Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat. Biarlah mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya (kepada rakyat)".
- Bernama

SATU MELAYU:
Betul kata Tun Dr. M tu. Negara akan jadi huru-hara kerana persaingan dua kaum terbesar di negara ini akan lebih terbuka. Ketegangan pasti berlaku dan pihak musuh negara dengan mudah menyusup untuk  menghasut dan mengapi-apikan isu perkauman yang akhirnya akan mencetuskan tragedi yang tidak diingini.

Negara bangsa yang dibina lebih lima puluh tahun akan runtuh sekelip mata dan amat sukar untuk dipulihkan.

Bagaimanapun, blog SATU MELAYU akan terus beroperasi, InsyaAllah....

Khamis, 31 Mac 2011

KURANG AJAR: "Perbuatan Bangkitkan Lagi Isu Interlok Berniat Jahat " - Muhyiddin

NGO Cina/India:
"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun."

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata perbuatan pihak tertentu yang terus membangkitkan soal mengenai novel Interlok amat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat kerana isu itu sudah selesai.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak berhubung isu itu kerana keputusan muktamad telahpun dicapai.

"Sudah kita umumkan (penyelesaiannya) dalam Parlimen dan sudah dipersetujui, jadi kita akan pegang pada itu.

"Ada parti-parti pembangkang mengekploitasi isu itu dengan menonjolkan beberapa badan bukan kerajaan untuk menyuarakan sekali lagi bantahan, mungkin kerana pilihan raya yang akan berlangsung," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan wang ihsan mangsa banjir di kawasan Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh pada Khamis. Beliau adalah Anggota Parlimen Pagoh.


Muhyiddin diminta mengulas mengenai tuntutan pertubuhan bukan kerajaan Cina dan India semalam agar novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu digugurkan sebagai buku teks sastera pelajar tingkatan lima kerana ia cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu" dan "Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang yang mana tidak selari dengan konsep 1Malaysia."

Beliau berkata pembangkang sememangnya mahu agar isu itu berpanjangan untuk menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan.

Kerajaan, katanya, tidak akan berkompromi kerana ianya melibatkan keselamatan negara.

"Saya tahu muslihat mereka dan saya nak tegaskan kita tidak akan tunduk, proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa serta proses penambahbaikan akan dibuat," katanya.

Novel itu mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India. Perkataan-perkataan itu kemudiannya diubah hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Mengenai sama ada Barisan Nasional boleh mendapat majoriti dua pertiga kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu membuat andaian awal dan mendahului keputusan pilihan raya.

"Apa yang penting ialah memastikan kemenangan agar Barisan Nasional terus mendapat mandat untuk membentuk kerajaan dan meneruskan agenda pembangunan di Sarawak," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Respon NGO Melayu....
Syukur Alhamdulillah! Kerana TPM bertegas tidak akan tunduk kepada desakan NGO yang didalangi DAP. Mereka bukan sahaja berniat jahat, malah berniat mahu merampas negara ini sebagaimana kaum berkenaan merampas Singapura daripada tangan Melayu/Johor.

Jangan terjadi pisang berbuah dua kali.

Kejayaan mereka menguasai Singapura dan Pulau Pinang sudah cukup untuk dijadikan pengajaran. Jangan nanti kerana terlalu terikut-ikutkan rentak mereka, bangsa Melayu sendiri bangkit menentang kerajaan kerana merasakan segalanya telah dirampas secara halus.

Ungkapan untuk mereka ialah KURANG AJAR. Tidak ada ungkapan lain yang sesuai untuk mereka yang tidak mahu menerima hakikat sejarah bahawa negara ini sebagai negara Melayu bernama Malaysia.

Rabu, 30 Mac 2011

INTERLOK: Aduhai! NGO Cina Pulak Bantah


BELUM pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.

Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini.

Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen ‘pembasuhan minda’ dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.

Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.
Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.

Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.
- mStar

SATU MELAYU:
Semasa kaum India tertentu membantah dan memprotes Interlok, kaum Cina hanya memerhati dan memberi semangat secara berselindung. Tapi apabila tuntutan kaum India itu mereka anggap gagal kerana novel itu terus digunakan dengan sedikit perubahan, maka kaum Cina tak boleh sabar dan tidak mampu lagi berlindung daripada menzahirkan bantahan sebenar mereka.

Dan bantahan mereka ialah ‘tidak mahu dianggap kedua kaum itu sebagai pendatang’. Kalau mereka bukan kaum pendatang, nak panggil apa?

Asal negara ini bernama Persekutuan Tanah Melayu. Di sinilah tinggal suatu bangsa bergelar Melayu. Justeru ia dinamakanlah Tanah Melayu. Sedangkan kaum Cina dan India masih ada sebuah negara bernama China dan India.

Selagi mereka berbudaya Cina dan India, bercakap bahasa Cina dan India yang dikembang dan dikekalkan melalui sekolah Cina dan Tamil, macam mana mereka mahu menganggap bahawa diri mereka penduduk asal Tanah Melayu?

Kaji semula kontrak sosial dan fahamkanlah maksud ‘mereka diberi taraf warga negara dengan syarat taat setia kepada penduduk asal Tanah Melayu dan Raja Melayu.

Awas! ‘Cacing dah mula naik ke mata?’.

Rabu, 16 Mac 2011

Peniaga Melayu terus teraniaya di Pulau Pinang.... Hanya Kedah boleh selamatkan Melayu negeri itu....


Amirul Mukminin Ibrahim (tengah) bersama peniaga lain menunjukkan makanan yang tidak terjual berikutan penguat kuasa MPPP tidak membenarkan mereka berniaga di sepanjang pesisir pantai Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Zhafaran Nasib
NASIB penjaja dan peniaga Melayu di Pulau Pinang terus teraniaya diancam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dahulu, gerai-gerai yang didirikan golongan itu di sekitar negeri ini terutama kawasan Batu Feringgi dan Tanjung Bunga menjadi sasaran penguatkuasa negeri apabila diroboh dan diruntuhkan.

Kali ini 18 peniaga van bergerak di Pantai Queensbay, Bayan Baru pula menjadi mangsa terbaru apabila diarahkan tutup dan berdedar dari kawasan tersebut semalam oleh kira-kira 50 penguatkuasa dari MPPP, polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Namun nasib mereka agak baik apabila campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu, berjaya berunding dan peniaga dibenarkan terus berniaga.

Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke bahagian perlesenan MPPP di Padang Kota Lama, hari ini (Selasa).

Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil didakwa untuk memudahkan urusan tersebut.

Namun, seperti menunggu buah yang tidak jatuh, setelah menunggu hampir dua jam di Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, tiada seorang pun pegawai pihak berkuasa tempatan itu datang menguruskan permohonan mereka.

‘‘Nasib kami ini lebih buruk daripada anjing. Sudahlah selalu diganggu MPPP semasa mencari rezeki, kini apa yang dijanji tidak pula ditepati. Macam-macam alasan diberikan. Pengarah mesyuaratlah, tiada di pejabatlah.

‘‘Kami cuba memberi kerjasama dan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, tapi ini balasan yang kami dapat. Esok kami tetap berniaga di situ. Jika MPPP datang kami tidak akan tutup van dan tidak beredar dari situ. Apa nak jadi, jadilah,” tegas Mohd. Saiful Ammar, 28,

Beliau yang mewakili peniaga di Pantai Queensbay itu berkata, kesemua mereka telah hilang sabar apabila sering kerugian akibat menutup operasi jualan sebaik penguat kuasa MPPP berlegar-legar di kawasan berkenaan.

Jelas Mohd. Saiful, kesemua peniaga Melayu di situ tidak mempunyai pekerjaan lain selain hanya bergantung harap hasil jualan tersebut bagi menampung kehidupan seharian.

‘‘Kami ini bukan kaya dan ada di kalangan kami ibu tunggal. Semuanya ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.

‘‘Perbuatan mereka yang tanpa timbang rasa ini makin menyempitkan hidup kami yang telah sedia sempit. Inikah dia contoh pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Menghalau dan menghalang rakyat mencari rezeki,” katanya yang telah empat tahun berniaga di kawasan itu.

Mohd. Syukri Ramli, 40, pula berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu semakin keterlaluan apabila peniaga yang menjual barang permainan sepertinya juga turut mengalami nasib serupa.

‘‘Mereka kata peniaga makanan ganggu lalu lintas dan menyebabkan kawasan itu kotor. Itu sebab tindakan diambil. Tetapi bagaimana pula dengan saya yang hanya menjual layang-layang. Mereka tetap ambil tindakan.

‘‘Sebenarnya, apa yang mereka kata hanya satu alasan semata-mata. Sepanjang berniaga di sini, tiada rungutan atau aduan kami terima kata kawasan itu kotor.

‘‘Justeru, kami berharap dapat dibenarkan terus berniaga di kawasan ini. Tidak kira walaupun kena menyewa gerai dari mereka, kami sanggup. Berilah kerjasama. Suruh kami datang, tapi tiada sebarang keputusan muktamad dapat dicapai,” katanya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Apa nak buat, itulah nasib Melayu apabila negerinya dikuasai oleh orang lain yang bukan sebangsa dan seagama.
Tambahan pulak yang memerintah itu memang anti-Melayu dan anti-Islam.

Bayangkan kalau mereka dapat kuasa memerintah negara.
Tak tahulah apa akan jadi dengan bangsa Melayu.
Mungkin terpaksa lari duduk atas gunung atau ke hutan belantara dan terus ketinggalan dalam serba serbi.

Rasanya, nasib malang yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang tidak akan terbela walaupun selepas PRU-13 nanti.
Cengkaman kaum Cina terhadap negeri itu tidak akan mampu digugat melalui PRU kerana jumlah kerusi negeri yang bermajoritikan kaum itu melebih kawasan majoriti Melayu.
Mereka tidak akan menyerahkan kembali Pulau Pinang kepada BN.

Cuma ada satu peluang sahaja yang boleh dilakukan walaupun agak kontroversi, iaitu menyerahkan kembali Pulau Pinang kepada tuan punya jajahan itu – Negeri Kedah.
Itulah sahaja peluang yang ada untuk orang Melayu Pulau Pinang.
Bagaimana dan apa yang harus dilakukan untuk itu, terserah kepada urusan anak negeri.

Memang nasib Pulau Pinang sejak dulu diserang dan ditawan oleh pendatang.
Selepas dijajah pedagang dan kerajaan British, negeri itu dijajah oleh kaum pendatang dari Tumur pula.

Kini, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri bukan anak tempatan – anak pendatang dari Melaka.

Ahad, 13 Mac 2011

Bila Melayu Bangkit: DAP Penang dapat 'hadiah' keranda....


SEMPENA tiga tahun pentadbirannya, kerajaan DAP Pulau Pinang pada Sabtu, 'dihadiahkan' keranda oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Bagaimanapun, 'upacara' penyerahan keranda yang ditempah khas untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri sedikit kecoh apabila dihalang oleh polis.

Keranda tersebut telah dirampas oleh polis ketika kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman cuba menurunkannya di pintu masuk utama Komtar pada kira-kira pukul 9 pagi.

Berikutan tindakan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya menempah sebuah lagi keranda dengan harga hampir RM2,000 dan menukar lokasi 'majlis' ke Komtar Walk, iaitu pintu masuk yang lain kira-kira pukul 3 petang.

Pada badan lori yang membawa keranda itu turut tertera kain rentang tertulis perkataan-perkataan yang mengecam sikap Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar seperti 'diktator', 'berlagak besar', 'suka balas dendam', 'angkuh' dan 'sombong'.

Kumpulan tersebut cuba membawa turun keranda itu untuk diarak mengelilingi Komtar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak meneruskan tindakan mereka.

Sebagai mematuhi arahan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya memandu sendiri lori yang membawa keranda berkenaan menuju ke rumah Wei Aik yang terletak di Air Itam.

Kesemua mereka sebelum itu menyertai Perhimpunan Aman Bangkit bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam di Komtar Walk yang dihadiri kira-kira 200 ahli daripada beberapa NGO Melayu.

NGO-NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjung, Persatuan Silat Gegaran Petani Pulau Pinang dan Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia.

Turut serta Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Nelayan Jelutong dan Gelugor, Majlis Belia Daerah Barat Daya, Pertubuhan Belia 4B Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Pada perhimpunan berkenaan, Pengerusi Majlis Gabungan NGO-NGO Melayu Islam, Anwar Khan Ali Azqar Khan membacakan memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas setebal lapan muka surat.

Kandungan memorandum itu antara lain menyatakan kekhuatiran rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan-tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepanjang tiga tahun mentadbir negeri.

Antaranya menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, merampas tanah rakyat untuk mendirikan universiti, merobohkan gerai-gerai peniaga kecil, menubuhkan portfolio bukan Islam, membatalkan perarakan Maulidur Rasul dan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab hiburan.

Menurut Anwar Khan Ali, sepanjang tiga tahun lalu, kerajaan negeri sebenarnya dikuasai oleh DAP dan berjaya menggunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk mentadbir.

"Terlalu banyak yang telah mereka laksanakan sehingga mengguris perasaan orang Melayu dan agama Islam.

"Justeru, memorandum ini dihantar untuk diperhatikan dan dipanjangkan masalah serta tuntutan umat Islam Pulau Pinang ke dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu," katanya di sini hari ini.
Memorandum berkenaan kemudiannya dihantar ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 5 petang.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kalau tak silap, kepada kaum Cina di negara ini, ‘keranda’ adalah tersangat ‘pantang’ untuk kehidupan mereka di dunia ini.
‘Keranda’ adalah lambang ‘kematian’.

Justeru, mengarak keranda atau menghadiah keranda kepada pemimpin dan parti politik bernama DAP itu, khasnya di Pulau Pinang adalah satu tindakan menggambarkan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan negeri itu.

Syabas, teruskan memberi hadiah ‘keranda’ kepada Lim dua beranak dan DAP.
Jangan hentikan tindakan itu dan kalau boleh jadikan ianya satu ‘acara khas’ apabila ada peluang melakukannya.

Dengan berbuat demikian, ‘badi’ keranda akan menghantui mereka dan mampu menjatuhkan DAP daripada terus berkuasa di Pulau Pinang yang masih hak milik negeri Kedah itu.

Ahad, 22 Ogos 2010

Ramadhan Gagal Jinakkan Nafsu Pembangkang: I.S.A MAMPU HALANG HURU-HARA KERANA AGAMA


PARA Ulama berpendapat bahawa salah satu hikmah berpuasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak ialah untuk menjinakkan nafsu. Difahamkan bahawa dengan perintah Allah SWT, pada bulan Ramadhan Iblis dan para syaitan telah dirantai oleh malaikat. Mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas menggoda dan menyesatkan umat Islam.

Bulan Ramadhan dan puasa juga dikaitkan sebagai bulan penuh ujian untuk umat Islam. Allah SWT mahu menguji umatnya. Tanpa Iblis dan syaitan, orang mukmin diuji dan ujiannya ialah terhadap nafsu yang ada pada setiap diri anak Adam.

Sebagaimana termaklum, kelebihan kejadian manusia adalah kerana akal dan fikiran. Dan yang membezakan antara manusia dengan malaikat ialah nafsu. Manusia dibekalkan Allah SWT dengan nafsu, sementara malaikat tidak.

Justeru, pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini, segala kemungkatran dan maksiat adalah mutlak didorong oleh nafsu manusia itu sendiri, bukan kerana godaan atau hasutan Iblis dan syaitan.

Dalam kontek perbuatan mungkar yang dilakukan oleh para imam semasa berkhutbah dengan mengiringkan doa kepada pemimpin kufar yang bukan ketua agama Islam peringkat negeri atau Persekutuan, bermakna ianya dilakukan semata-mata kerana nafsu yang membara dalam diri imam berkenaan.

Sama ada ianya kerana mendapat upah atau kerana agenda politik puak tertentu, hanya mereka dan Allah SWT sahaja yang tahu. Bagaimanapun sebagai manusia yang berakal, kita dapat memahami bahawa ianya dilakukan kerana agenda yang terancang golongan tertentu.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, agenda itu adalah agenda pemimpin tertentu pembangkang yang mahu menghuru-harakan negara. Setelah semua perancangan mereka gagal, maka usaha terakhir mereka ialah mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat Melayu/Islam.

Kerajaan sedia ada mahu diruntuhkan melalui kekacauan. Sekurang-kurangnya seperti apa yang berlaku di negara jiran – Thailand. Politik tergugat, ekonomi musnah dan yang penting ketenteraman awam terjejas. Maka senanglah konco-konco dari luar negara menuding jari kepada pemimpin negara ini dengan tuduhan gagal mentadbir dengan baik. Dan sekali lagi Islam berjaya dilabelkan sebagai fanatik dan tidak baik untuk masyarakat manusia, setelah kebanyakan negara Islam lain di dunia ini dilabel sedemikian.

Oleh kerana agama adalah sangat sensitif jika dijadikan isu, maka tempat yang sesuai untuk menimbulkan huru-hara melalui umat Islam adalah melalui mimbar masjid. Kini mimbar masjid telah dijadikan alat untuk menimbulkan ketegangan sesama umat Melayu/Islam.

Jika tidak berjaya dikawal dengan baik, isu agama seperti ini akan jadi punca kepada perkelahian atau pertumpahan darah sesama Melayu yang tentunya sesama Islam.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, kita semua sepatutnya bersyukur dengan gesaan terbaru Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan wajar. Jika tidak dicegah dari awal, tidak mustahil akan berlaku pertumpahan darah yang memusnahkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Oleh kerana begitu ketara tindakan melanggar peraturan agama itu dilakukan secara sengaja, maka terbukti ianya adalah satu agenda tersembunyi yang digerakkan oleh tokoh tertentu dalam pakatan pembangkang. Bukan semua tetapi seorang dua. Itulah sebabnya apabila isu ini dihebohkan, pelbagai reaksi bercanggah dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Ada yang berkata ianya hak individu imam, pendapat peribadi dan ada pula yang berkata ianya satu isu yang dimainkan oleh UMNO. Malah ada yang mencabar UMNO membuat aduan polis. Hakikatnya, perbuatan serupa berulang pada Jumaat lalu – 20 Ogos, setelah ianya dimulakan pada Jumaat sebelumnya – 13 Ogos. Dan tempat atau kawasan di mana agenda itu dipusatkan ialah di negeri Pulau Pinang. Lebih tepat lagi di sekitar kawasan Permatang Pauh dan Bukit Mertajam.

Kalau sudah sampai dua minggu berturut-turut berlaku, tentulah ianya bukan hak imam atau pendapat peribadi imam. Lebih ketara lagi, ianya dilakukan oleh khatib yang sama – Zakaria Ahmad, yang berhijrah dari satu masjid ke satu masjid sebagai khatib jemputan. Serentak dengan itu beberapa orang khatib lain juga turut melakukan perkara yang sama dibeberapa masjid berlainan dalam kawasan berkenaan.

Tidak cukupkah untuk dibuktikan bahawa semua itu terjadi kerana adanya satu perancangan teratur supaya umat Islam negara ini, khasnya umat Islam di Pulau Pinang, berbalah dan bergaduh sesama sendiri kerana masalah khutbah? Masalah imam atau khatib di masjid kerana isu agama Islam?

Hakikatnya, semua itu terjadi kerana pemimpin tertentu gagal menghayati maksud berpuasa di bulan Ramadhan yang menjadi medan menguji nafsu umat Islam. Kerana nafsu serakah mereka yang gila kuasa dan jadi separuh gila kerana masalah peribadi, maka umat Islam diajak menimbulkan huru-hara dan mencetuskan perkelahian.

Malangnya, para imam atau khatib yang mendapat penghormatan tinggi di kalangan umat Islam telah sanggup mencemar kesuci institusi masjid, mungkin kerana upahan yang tak seberapa atau kerana fahaman politik kepartian yang sedang ‘nyawa-nyawa ikan’.

Setakat ini tidak ada cara paling sesuai untuk mententeramkannya selain daripada menyumbat mereka yang terlibat secara langsung ke dalam penjara khas di Kemunting, Taiping. Isakan sahaja mereka, selesai masalah.

Apa pun, kudrat dan iradat Allah SWT jualah yang menentukan segalanya terjadi pada bulan mulia ini. Bulan yang menjanjikan pelbagai keberkatan dan rahmat dariNya. Kita sebagai umat Islam harus redha dengan ketentuannya tetapi, ikhtiar menjaga keselamatan negara adalah wajib.

Mungkin ini semua adalah ujian dari Allah SWT untuk umat Islam di Malaysia, terutama ke atas para pemimpin. Tidak mustahil juga Allah SWT mahu menunjukkan kemungkaran seseorang dengan jelas dan nyata.

Daripada Allah SWT kita semua datang dan kepadanya jua kita dikembalikan.

Pak Sulung: Sangat berharap supaya pihak berkuasa kerajaan memasukkan mereka yang terlibat secara langusng itu ke penjara ISA di Kemunting, Taiping, Perak. Tidak ada cara lain kalau mahukan negara ini terus kekal aman dan sejahtera. Kalau dirujuk kepada hukum hudud, kesalahan itu termasuk dalam salah satu perkara tujuh perkara, iaitu BUGHAH atau menentang pemerintah – DYMM Seri Paduka baginda yang di-Pertuan Agong.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Tahniah Buat Melayu Tanjong Tokong: MASIH ADA MELAYU ISLAM DI PENANG....



ALHAMDULILLAH! Rupa-rupanya masih ada orang Melayu yang benar-benar Islam di Penang. Ingatkan semuanya dah jadi caca-merba ke-Islamannya kerana dok sokong sangat kat Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan umat Melayu di sana. Melayu Penang belum kiamat!

Sebagaimana diposkan dalam blog PEJUANG BANGSA, Guan Eng lidah biawak telah ditolak oleh pengurusan karyah Masjid Tuan Guru di Tanjong Tokong daripada ‘roadshow’ berbuka puasa bersama penduduk Melayu/Islam di Penang.

Dilaporkan bahawa Guan Eng yang tidak puasa, dalam bulan Ramadan ini sedang dok atur program round ke beberapa buah masjid di Penang, untuk berbuka puasa bersama pengurusan masjid dan anak qaryah . Sebelum ini Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa hingga beliau diserang oleh 2 orang ahli PAS . klik di sini

Rupa-rupanya dalam dok sibuk kisah puak-puak Melayu tertentu yang sokong Guan Eng hinggakan ada doa khas untuk Ketua Menteri kufar itu pada Khutbah Jumaat, ada pula yang berani melahirkan tentangan. Sudah tentulah yang menentang Guan Eng itu ialah Melayu Islam sejati. Iaitu anak Melayu jati Penang yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam dan tidak taksub dengan politik sesat lagi menyesatkan seperti yang berlaku di seberang.

Terima kasih dan tahniah penulis ucapkan kepada penduduk atau karyah Masjid di Tanjong Tokong itu yang berani mempertahankan kesucian Islam. Anda semua telah menunjukajar bagaimana berjuang demi mempertahankan maruah Islam yang menjadi pegangan hidup beragama orang Melayu di negara ini.

Semoga Allah SWT memberkati perjuangan anda semua dan mendapat perlindungan dariNya. Bukan dari mana-mana parti politik atau mana-mana ajaran songsang yang menyesatkan. Semoga apa yang dilakukan pengurusan karyah Masjid Tuan Guru itu akan menjadi contoh teladan kepada masjid-masjid lain yang belum lagi membuat keputusan.

Hidup Melayu.... Hidup Islam.... Khas untuk orang Penang.

Pak Sulung: Yakin pejuang Islam yang sedikit, mampu menewaskan yang ramai jika benar-benar perjuangannya kerana Allah SWT. Semoga semangat ‘Perang Badar’ menjadi pegangan mantap orang Penang dalam mencipta perpaduan melalui Islam.

Rabu, 18 Ogos 2010

Bertanding Hanya Di Kawasan Majoriti Cina: JANGAN LAYAN MCA MACAM DULU

PRESIDEN MCA, Chua Soi Lek nampaknya semakin garang dan berani. Kenyataan balas oleh pemimpin Melayu mengenai kenyataannya yang mahu mengurangkan ekuiti bumiputera yang memang ciput (30%) itu, diulasnya dengan pelbagai alasan yang semakin mencabar orang Melayu.

Soi Lek mendakwa apa yang dituntutnya adalah perkongsian adil dan parti itu tidak berniat untuk merampas hak kaum lain.

Kaum lain yang mana kalau bukan kaum Melayu (bumiputera)? Di negara ini ada tiga sahaja kaum yang dianggap besar, iaitu Melayu (bumiptera), Cina dan India. Kalau tidak mahu merampas hak kaum Melayu, apa makna gesaan supaya dikurangkan ekuiti kaum bumiputera yang sedikit itu?

Tahukah Soi Lek apa makna ADIL?

Adil bukan bermakna sama rata sama rasa. Itu slogan yang jadi amalan sosialis dan komunis. Slogan itu telah lama ‘mampus’. Tak ada lagi dan ternyata gagal. Semua negara sosialis telah membuangnya kerana ternyata gagal sebab tidak mampu meningkatkan produktiviti. Komunis juga telah tidak lagi mengamalkannya. Malah, negara China sendiri telah mengalih dasarnya kepada kapitalis. Ternyata negara China semalin maju hinggakan berkedudukan nombor dua dari segi kekuatan ekonomi selepas USA.

Maksud sebenar ADIL ialah meletakkan sesuatu pada tepatnya yang hak atau betul.

Justeru, kalau kerana keadilan yang disuarakan Soi Lek, ternyata ianya salah dan hanya satu helah yang berbentuk slogan semata-mata. Tak ada maknanya dan sebagai helah politik semata-mata.

Kalau Soi Lek mahu bercakap dari segi hak, hak apa yang beliau maksudkan? Sedarkah Soi Lek bahawa negara ini penduduk asalnya ialah orang Melayu yang diklasifikasikan sebagai bumiputera setelah wujudnya Malaysia. Dan kaum Cina yang ada, jadi warganegara kerana ehsan pemimpin Melayu, khasnya Tunku Abdul Rahman, setelah disyaratkan oleh penjajah British ketika menuntut kemerdekaan.

Dan ehsan itu hendaklah dibalaas balik oleh orang Cina dan India dengan kesedaran bahawa mereka hendaklah taat setia kepada Raja Melayu dan Negara – Persekutuan Tanah Melayu, kemudian Malaysia. Persetujuan itu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan fasal 153 – Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Semua itu telah dipersetujui oleh generasi awal kaum imigran Cina dan India yang di ketuai Tan Cheng Lok dan V. T. Sambathan. Ketika itu semua orang Cina dan India patuh dan taat setia kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu. Negara aman dan berada dalam kesejahteraan. Masing-masing kaum bebas ‘cari makan’ dengan kepakaran dan usaha masing-masing. Negara terus membangun.... dan membangun seperti yang terlihat sekarang.

Bagaimanapun, apabila generasi kedua kaum imigran Cina mula lupa atau sengaja mahu melupakan ketaatan mereka, maka tercetuslah ‘peristiwa hitam’ pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu terjadi kerana kaum imigran Cina yang bergerak melalui parti politik pembangkang – Parti Buruh, pimpinan Tan Chee Koon dan DAP yang bersetiausahaagungkan Lim Kit Siang, serta Gerakan yang berpusat di Pulau Pinang, mula ‘besar kepala’ mahu menghalau orang Melayu di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Kedaan itu terjadi kerana keputusan PRU, 10 Mei 1969 menyaksikan DUN Pulau Pinang di kausai Gerakan, sementara DUN Perak dan Selangor berada pada kedudukan 50-50 antara pembangkang dan Perikatan. Kaum imigran Cina mula ‘tunjuk belang’ kerana menyangkakan mereka sudah cukup kuat untuk merampas pemerintahan negara. Mereka lupa diri dan begitu ghairah mahu memerintah negara atau mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang dikuasai kaum Cina sepenuhnya seperti Singapura.

Sementara kaum India, ibarat lalang. Condong ke kiri dan ke kanan mengikut tiupan angin.

Kepimpinan negara yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein melalui MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) mengambil keputusan bahawa kekacauan terjadi kerana ekonomi antara kaum Melayu dengan Cina tidak seimbang.

Hasil perundingan dalam MAGERAN – yang dianggotai kaum Melayu, Cina dan India, maka tercetuslah idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menetapkan usaha meningkatkan ekuiti kaum bumiputera kepada 30%. Tujuannya tidak lain hanya untuk mengelak pergeseran kaum – Melayu dengan Cina.

Negara kembali aman dan tenteram dengan dasar itu sehinggalah Perdana Menteri ke- empat, Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan dan negara di serahkan kepada pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehingga PRU-11 (2004), negara ini masih aman dan terkawal. Bagaimanapun setelah di adakan PRU-12, yang kebetulan ketika itu Anwar Ibrahim telah dibebas awal dari penjara kerana kes liwatnya, BN yang jadi tonggak pemerintahan negara hampir tumbang. Dan sebab BN hampir tumbang adalah kerana kepimpinan Pak Lah tak stabil dan rakyat Melayu khasnya berhasrat menunjukkan protesnya.

Maka kembalilah negara ini seperti tahun 1969. Kaum imigran Cina ‘besar kepala’. Mereka berasa kuat dan mula mahu mengambilalih kekuasaan negara dengan memperkudakan PKR dan PAS.

Begitulah yang telah berlaku dan ketegangan kaum – Melayu dengan Cina dan India, mula bercambah kembali. Puncanya kerana kaum imigran itu tidak sabar-sabar mahu merampas kuasa. Dan ekuiti yang terlalu sedikit (30%) itu cuba digangu-gugat dengan dalih keadilan.

DEB dibuat 40 tahun lalu. Dan ianya masih kekal hingga sekarang. Jika diasaskan kepada keadilan, adilkah peratusan 40 tahun dulu dikekalkan hingga sekarang? Sewajarnya ia semakin ditingkatkan, bukan dikurangkan. Jika di kurangkan, maka baliklah kita semua kepada keadaan sebelum PRU 1969.

Adilkah kalau negara bernama Malaysia ini yang rakyatnya terdiri dari 56% kaum bumiputera hanya dapat hak ekuiti 30%?

Apakah maksud Soi Lek bahawa keadaan tahun 1969 berbeza dengan sekarang? Sepatutnya sekarang kaum bumiputera diberikan hak ekuiti 56% berdasarkan jumlah penduduk. Itu baru adil. Soal tercapai atau tidak soal lain. Yang penting target dan usaha mencapainya.

Atas dasar keadilan apa, hak 30% itu mahu dikurangkan lagi? Adakah kerana kaum imigran Cina telah bertambah bilangannya? Atau kerana mereka konon telah ada ‘kuasa menuntut hak’ kerana politik kaum mereka kini bertambah kuat dan ekonomi mereka semain mantap dan menaik?

Baiklah, jika Soi Lek mahukan keadilan berdasarkan sama rata sama rasa, maka pada PRU akan datang semua calon dari MCA hanya bertanding di kawasan yang majoriti penduduknya kaum Cina. Jangan lagi diberi mereka bertanding di kawasan selamat. Iaitu di kawasan yang majoritinya kaum Melayu/Bumiputera.

Chua Soi Lek sendiri berentap dengan Chua Jui Meng di mana-mana kawasan di Johor yang majoritinya kaum Cina. Di Parlimen Bakri mungkin sesuai. Begitu juga dengan di negeri-negeri lain. Jangan lagi berikan kaum imigran yang jadi warganegara kerana ehsan orang Melayu itu bertanding di kawasan yang majoritinya kaum Melayu/Bumiputera. Cukup dan cukuplah....

Itulah keadilan yang seharusnya dituntut oleh orang Melayu sekarang.

Tindakan ini penting. Kalau tidak dilakukan sedemikian, kaum Melayu semakin marah dan membenci Barisan Nasional pimpinan DS Najib Tun Razak dan juga TS Muhyiddin Yassin. Tak ada gunanya kaum yang tak ‘sedar diri’ dan ‘tak mengenang budi’ itu diberi muka.

Apa yang dilakukan selama lebih 50 tahun ini nampaknya tidak mereka terima sebagai satu rahmat kepada kaum mereka. Sudah diberi betis, mereka mahukan paha. Nanti selapas dapat paha, habis semua mereka ‘rogol’ sesuka hati. Melayu diam dan Melayu tidak mahu melawan. Bukan kerana takut atau gentar tetapi, kerana terlalu bertolak ansur.

Kerana terlalu lama bertolak ansurlah maka orang Melayu kini semakin dipertikai haknya dan diperlekeh dengan pelbagai tuntutan yang ‘kurang hajar’ sifatnya.

Jika ini tidak dilakukan, mungkin orang Melayu akan tidak keluar mengundi atau tidak mahu lagi menerima BN sebagai parti yang berkemampuan mentadbir negara/negeri.

Pak Sulung: Teringatkan andaian bahawa jika ekuiti negara ini di ibaratkan bernilai 10 ringgit, kaum Cina ada 6, Melayu 2.50 dan India 1.50. Adapun kaum imigran Cina bukannya bersyukur dengan 6 ringgit yang mereka dapat tetapi, berikhtiar mahu mengambil daripada 2.50 yang jadi milik orang Melayu, untuk diberikan kepada mereka. Kalau boleh mereka mahukan semuanya. Tolong tanyakan kepada Chua Soi Lek, ADILKAH pembahagian ini?
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog