AKHBAR Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, perjuangan mesti diteruskan tanpa menghiraukan ancaman pemulauan, sindiran dan bermacam-macam usaha lagi yang mahu menjatuhkan akhbar pemangkin fikiran rakyat itu.
“Sejak kebelakangan ini terutamanya pihak pembangkang menggesa rakyat memboikot Utusan Malaysia yang kononnya menyiarkan berita berbaur fitnah dan penulisan bersifat rasis.
“Sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kebenaran sesuatu laporan dan tidak perlu ada desakan daripada pihak tertentu memulaukan sesebuah akhbar,” katanya.
Mohd Jurit Ramli |
“Tindakan AMK yang selalu melakukan demonstrasi dan sering menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat ternyata tidak boleh diterima pakai di negara ini, lebih baik mereka pergi menyarung baju merah membuat demonstrasi jenis itu di Thailand.
“Adakah mereka tidak sedar langkah mengadakan demonstrasi itu sendiri menunjukkan mereka yang sebenarnya tidak menghormati kebebasan akhbar yang sering dilaung-laungkan itu,” katanya.
Beliau turut menggesa pihak yang selalu memburukkan Utusan Malaysia supaya berhenti daripada berbuat demikian kerana ia merupakan perbuatan sia-sia malah amat merugikan agama dan bangsa.
Menurutnya, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar di negara ini yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu secara konsisten walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.
“Mereka yang berbuat demikian tidak tahu bahawa banyak maklumat berguna yang dilaporkan akhbar ini dari sudut ekonomi, agama dan hal ehwal semasa yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
Sokongan Anwar supaya si Ketot dikekalkan sebagai Ketua AMK pada pemilihan PKR tahun lalu adalah kerana si Ketot boleh dan sanggup melakukan perkara-perkara mengkhianati bangsa, negara dan agama demi politik peribadi Anwar Ibrahim mencapai angan-angannya.
Dari segi sejarah Utusan itu sendiri, memang dari dahulu lagi ianya sentiasa dimusihi oleh pihak penjajah Inggeris dan Jepun. Utusan juga menjadi duri dalam daging kepada perjuangan komunis di Tanah Melayu, selain sangat tidak disenangi oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia.
Masa berlalu zaman berubah. Kini hanya tinggal DAP sahaja yang sangat memusuhi akhbar Utusan sebagai kesinambungan kepada kebencian PAP dan Kuan Yew.
Setelah pembangkang DAP-PKR-PAS bergabung menentang Melayu Umno, usaha memerangi Utusan jadi lebih berkesan kerana adanya kaum Melayu sendiri yang kurang senang dengan Utusan.
Puak sosialis, chauvanis Cina dan mungkin komunis mengambil peluang menggunakan bangsa Melayu sendiri untuk menghapuskan kumpulan akhbar Utusan yang tidak pernah jemu membela dan memperjuangkan nasib umat Melayu/Islam di negara bertuah ini dari dulu, kini dan selamanya.
Menentang Utusan bererti mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan