Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 22 Ogos 2010

Ramadhan Gagal Jinakkan Nafsu Pembangkang: I.S.A MAMPU HALANG HURU-HARA KERANA AGAMA


PARA Ulama berpendapat bahawa salah satu hikmah berpuasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak ialah untuk menjinakkan nafsu. Difahamkan bahawa dengan perintah Allah SWT, pada bulan Ramadhan Iblis dan para syaitan telah dirantai oleh malaikat. Mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas menggoda dan menyesatkan umat Islam.

Bulan Ramadhan dan puasa juga dikaitkan sebagai bulan penuh ujian untuk umat Islam. Allah SWT mahu menguji umatnya. Tanpa Iblis dan syaitan, orang mukmin diuji dan ujiannya ialah terhadap nafsu yang ada pada setiap diri anak Adam.

Sebagaimana termaklum, kelebihan kejadian manusia adalah kerana akal dan fikiran. Dan yang membezakan antara manusia dengan malaikat ialah nafsu. Manusia dibekalkan Allah SWT dengan nafsu, sementara malaikat tidak.

Justeru, pada bulan Ramadhan al-Mubarak ini, segala kemungkatran dan maksiat adalah mutlak didorong oleh nafsu manusia itu sendiri, bukan kerana godaan atau hasutan Iblis dan syaitan.

Dalam kontek perbuatan mungkar yang dilakukan oleh para imam semasa berkhutbah dengan mengiringkan doa kepada pemimpin kufar yang bukan ketua agama Islam peringkat negeri atau Persekutuan, bermakna ianya dilakukan semata-mata kerana nafsu yang membara dalam diri imam berkenaan.

Sama ada ianya kerana mendapat upah atau kerana agenda politik puak tertentu, hanya mereka dan Allah SWT sahaja yang tahu. Bagaimanapun sebagai manusia yang berakal, kita dapat memahami bahawa ianya dilakukan kerana agenda yang terancang golongan tertentu.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, agenda itu adalah agenda pemimpin tertentu pembangkang yang mahu menghuru-harakan negara. Setelah semua perancangan mereka gagal, maka usaha terakhir mereka ialah mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat Melayu/Islam.

Kerajaan sedia ada mahu diruntuhkan melalui kekacauan. Sekurang-kurangnya seperti apa yang berlaku di negara jiran – Thailand. Politik tergugat, ekonomi musnah dan yang penting ketenteraman awam terjejas. Maka senanglah konco-konco dari luar negara menuding jari kepada pemimpin negara ini dengan tuduhan gagal mentadbir dengan baik. Dan sekali lagi Islam berjaya dilabelkan sebagai fanatik dan tidak baik untuk masyarakat manusia, setelah kebanyakan negara Islam lain di dunia ini dilabel sedemikian.

Oleh kerana agama adalah sangat sensitif jika dijadikan isu, maka tempat yang sesuai untuk menimbulkan huru-hara melalui umat Islam adalah melalui mimbar masjid. Kini mimbar masjid telah dijadikan alat untuk menimbulkan ketegangan sesama umat Melayu/Islam.

Jika tidak berjaya dikawal dengan baik, isu agama seperti ini akan jadi punca kepada perkelahian atau pertumpahan darah sesama Melayu yang tentunya sesama Islam.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, kita semua sepatutnya bersyukur dengan gesaan terbaru Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan wajar. Jika tidak dicegah dari awal, tidak mustahil akan berlaku pertumpahan darah yang memusnahkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Oleh kerana begitu ketara tindakan melanggar peraturan agama itu dilakukan secara sengaja, maka terbukti ianya adalah satu agenda tersembunyi yang digerakkan oleh tokoh tertentu dalam pakatan pembangkang. Bukan semua tetapi seorang dua. Itulah sebabnya apabila isu ini dihebohkan, pelbagai reaksi bercanggah dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Ada yang berkata ianya hak individu imam, pendapat peribadi dan ada pula yang berkata ianya satu isu yang dimainkan oleh UMNO. Malah ada yang mencabar UMNO membuat aduan polis. Hakikatnya, perbuatan serupa berulang pada Jumaat lalu – 20 Ogos, setelah ianya dimulakan pada Jumaat sebelumnya – 13 Ogos. Dan tempat atau kawasan di mana agenda itu dipusatkan ialah di negeri Pulau Pinang. Lebih tepat lagi di sekitar kawasan Permatang Pauh dan Bukit Mertajam.

Kalau sudah sampai dua minggu berturut-turut berlaku, tentulah ianya bukan hak imam atau pendapat peribadi imam. Lebih ketara lagi, ianya dilakukan oleh khatib yang sama – Zakaria Ahmad, yang berhijrah dari satu masjid ke satu masjid sebagai khatib jemputan. Serentak dengan itu beberapa orang khatib lain juga turut melakukan perkara yang sama dibeberapa masjid berlainan dalam kawasan berkenaan.

Tidak cukupkah untuk dibuktikan bahawa semua itu terjadi kerana adanya satu perancangan teratur supaya umat Islam negara ini, khasnya umat Islam di Pulau Pinang, berbalah dan bergaduh sesama sendiri kerana masalah khutbah? Masalah imam atau khatib di masjid kerana isu agama Islam?

Hakikatnya, semua itu terjadi kerana pemimpin tertentu gagal menghayati maksud berpuasa di bulan Ramadhan yang menjadi medan menguji nafsu umat Islam. Kerana nafsu serakah mereka yang gila kuasa dan jadi separuh gila kerana masalah peribadi, maka umat Islam diajak menimbulkan huru-hara dan mencetuskan perkelahian.

Malangnya, para imam atau khatib yang mendapat penghormatan tinggi di kalangan umat Islam telah sanggup mencemar kesuci institusi masjid, mungkin kerana upahan yang tak seberapa atau kerana fahaman politik kepartian yang sedang ‘nyawa-nyawa ikan’.

Setakat ini tidak ada cara paling sesuai untuk mententeramkannya selain daripada menyumbat mereka yang terlibat secara langsung ke dalam penjara khas di Kemunting, Taiping. Isakan sahaja mereka, selesai masalah.

Apa pun, kudrat dan iradat Allah SWT jualah yang menentukan segalanya terjadi pada bulan mulia ini. Bulan yang menjanjikan pelbagai keberkatan dan rahmat dariNya. Kita sebagai umat Islam harus redha dengan ketentuannya tetapi, ikhtiar menjaga keselamatan negara adalah wajib.

Mungkin ini semua adalah ujian dari Allah SWT untuk umat Islam di Malaysia, terutama ke atas para pemimpin. Tidak mustahil juga Allah SWT mahu menunjukkan kemungkaran seseorang dengan jelas dan nyata.

Daripada Allah SWT kita semua datang dan kepadanya jua kita dikembalikan.

Pak Sulung: Sangat berharap supaya pihak berkuasa kerajaan memasukkan mereka yang terlibat secara langusng itu ke penjara ISA di Kemunting, Taiping, Perak. Tidak ada cara lain kalau mahukan negara ini terus kekal aman dan sejahtera. Kalau dirujuk kepada hukum hudud, kesalahan itu termasuk dalam salah satu perkara tujuh perkara, iaitu BUGHAH atau menentang pemerintah – DYMM Seri Paduka baginda yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog