Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Macam-macam hal - Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam hal - Dadah. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mei 2011

Polis Pulau Pinang Teruskan Siasatan Kesan Anggota Sindiket Dadah

POLIS Pulau Pinang akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan lebih ramai anggota sindiket dadah berikutan rampasan dadah bernilai lebih RM10.5 juta yang didedahkan semalam.

Ketua Polis negeri Timbalan Pesuruhjaya Datuk Wira Ayub Yaakob berkata penyiasatan kes itu masih belum selesai dan polis akan meneruskan usaha untuk menjejaki anggota sindiket itu.

"Kami akan mencuba apa sahaja dalam usaha memerangi jenayah dan dengan risikan yang kami ada sekarang, kami akan meneruskan penyiasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat media tentang 'International Security Seminar 2011' di George Town, hari Khamis.

Pada sidang media semalam, polis mendedahkan rampasan pelbagai narkotik bernilai kira-kira RM10 juta dan membongkar enam makmal memproses dadah di kawasan perumahan berikutan penahanan 14 suspek berumur antara 28 dan 52 tahun.

Beliau berkata anggota pasukan itu perlu meningkatkan keupayaan mereka dan menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk membanteras jenayah.

Ditanya adakah polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka, Ayub berkata semuanya bergantung kepada siasatan yang dijalankan dan bukti yang ada.

"Trend telah berubah dan sindiket dadah sekarang, lebih suka menyewa premis yang lebih kecil di kawasan perumahan bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa tetapi kami hanya boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang bermula Khamis lepas, polis merampas syabu (16.9kg), heroin tulen (18.65kg), heroin (54.16kg), ketamin (16.36kg), serbuk ecstasy (7.82kg), candu (350 gram), ganja (lima gram), ephedrine (109kg), 112,080 pil 'WY' dan 12,650 pil ecstasy.

Pihak polis juga menyita 11 kenderaan, barang kemas, jam tangan, wang tunai tempatan dan antarabangsa, komputer riba serta kamera berjumlah RM666,132, dan semua harta yang dirampas kini disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucut Hak Harta).

Turut dirampas peralatan memproses bahan terlarang itu, sepucuk pistol jenis Auto Ilama dan 77 butir peluru hidup.

Bernama difahamkan tempoh reman kesemua suspek yang sepatutnya tamat hari ini, telah disambung sehingga 26 Mei ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kebanyakan yang menjadi penagih dadah di negara ini semuanya anak Melayu. Kerana ketagihan dadah bermacam masalah sosial timbul. Pengedar dadah secara kecil-kecilan yang menyampaikan bekalan kepada anak muda Melayu, juga orang Melayu.

Semuanya tertangkap dan didakwa hingga dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Sedangkan yang memproses dadah secara besar-besaran adalah warga asing dan rakyat Malaysia kaum bukan Melayu. Kebanyakan mereka lepas bebas kerana licik dan pintar menyembunyikan kegiatan.

Bagaimanapun, hasil kesedaran kerajaan yang menjadikan jenayah dadah sebagai salah satu matlamat utama transformasi kerajaan, ramai jerung-jerung yang memproses dadah di negara ini telah diberkas.

Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih.

Bagaimanapun, rakyat berharap kesemua mereka yang tertangkap dan terdakwa dapat dibuktikan jenayahnya di mahkamah dan berjaya dijatuhi hukuman mati di tali gantung penjara.

Jika gagal atau tak dengar khabar berita, persepsi rakyat akan jadi lain dan pihak berkuasa akan diperlekeh....

Ahad, 24 April 2011

Elak dari terjebak jadi ‘Kaldai Dadah’: Rakyat Malaysia perlu waspada dengan warga Afrika

SEKAT atau 'block' (halang) warga Afrika daripada menjadi rakan Facebook dan tindakan itu mungkin menyelamatkan anda.

Itu nasihat Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, yang mendedahkan taktik terbaru warga asing untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah atau melakukan jenayah lain menerusi laman sosial Facebook.

Oleh itu, katanya, orang ramai jangan terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali, terutama menerusi Facebook, sehingga ada yang terpengaruh menjadi ‘keldai dadah’ atau melakukan jenayah lain, walaupun pihak berkuasa berkali-kali memberi amaran mengenai sindiket yang mendalanginya.

Datuk Richard Riot
Beliau kesal kerana kebanyakan kes jenayah membabitkan rakyat Malaysia di luar negara adalah akibat diperalatkan pihak lain bagi perbuatan seperti menyeludup dadah, walaupun ada yang baru saja mengenali satu sama lain.

“Antara 1991 hingga 31 Mac lalu, 1,880 warga Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan, termasuk 833 orang atas kes berkaitan dadah, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, berusia antara 20 hingga 30 tahun, tiada rekod jenayah dan menganggur atau daripada golongan berpendapatan rendah.

“Dalang perbuatan ini kebanyakannya warga Afrika yang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan ibu tunggal menggunakan Facebook. Justeru, saya syorkan pengguna Facebook jangan layan atau ‘block’ (halang) warga Afrika daripada memasuki laman sembang mereka.

“Saya juga musykil kenapa dadah yang diseludup ini tidak dikesan ketika dibawa keluar dari sini supaya tidak perlu kita berurusan dengan kerajaan asing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan hari keluarga Wisma Putra di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes terbaru, Rabu lalu membabitkan pelajar kejururawatan kolej swasta di Damansara, Marylyne Sandra Sapat, 22, ditahan pihak berkuasa China kerana menyeludup 100 biji dadah jenis heroin dengan menelannya.

Mangsa dipercayai ditawarkan RM5,000 untuk menyeludup dadah berkenaan oleh rakan Facebook lelaki warga Afrika yang hanya dikenali sebagai Chimezie Michael dalam akaun Facebook.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Agak pelik untuk difikirkan bagaimana masih terdapat warga negara ini yang terjebak jadi ‘kaldai dadah’ warga Afrika, sedangkan media di negara ini cukup memberikan berita mengenai mangsa yang merengkok dalam penjara-penjara di luar negara.

Adakah semua ini terjadi kerana para remaja atau mereka yang terjebak itu tidak mendengar, membaca dan melihat berita-berita mengenainya melalui media massa? Astik dok dengar lagu-lagu dan filem melalui CD jerrr? Kalau baca pun hanya baca mengenai hiburan semata-mata? Atau sememangnya mereka tertekan kerana tamakkan wang ringgit dan berfoya-foya?

Inilah yang jadi masalah...

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sabtu, 23 April 2011

Ulang-alik ke China bawa dadah: 2 Penyeludup Eramin RM3.37 juta Tumpas....

LIAH (kanan) menunjukkan Eramin 5 dalam bagasi yang dirampas LCCT, Sepang, semalam.
RAHSIA dua lelaki tempatan yang berkunjung antara lima hingga enam kali sebulan ke China, akhirnya terbongkar apabila ditahan sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang dengan 35 kilogram (kg) atau 168,480 biji Eramin 5 bernilai RM3.37 juta dijumpai dalam beg mereka, Rabu lalu.

Mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu ditahan secara berasingan dalam operasi Cawangan Narkotik Kastam Diraja Malaysia (KDRM) jam 4.45 petang selepas menaiki penerbangan sama dari Shenzhen.

Siasatan awal kastam mendapati kedua-dua penyeludup dadah itu berkunjung ke bandar raya selatan China sejak beberapa tahun lalu dengan setiap kunjungan hanya dua atau tiga hari.

Dalam tangkapan kali ini, mereka ke Shenzhen Isnin lalu dan pulang pada Rabu.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik KDRM, Liah Omar, berkata penahanan mereka yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga adalah yang pertama membabitkan warga tempatan tahun ini, berbanding sebelum ini penyeludupan dadah sering dilakukan warga asing.

“Lelaki berumur 20-an ditahan hasil pemantauan dan pemeriksaan terhadap penumpang yang tiba dari Shenzhen dan apabila dua begnya diperiksa, kami berjaya mengesan 12 bungkusan plastik yang mengandungi Eramin 5 seberat 23.4kg dengan nilai pasaran kira-kira RM2.25 juta.

“Lelaki kedua berusia 30-an ditahan apabila di dalam begnya ditemui enam plastik mengandungi Eramin 5 seberat 11.7kg dengan nilai pasaran RM1.12 juta,” pada dalam sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik KDRM di sini, semalam.

Liah berkata, bagasi berkenaan mempunyai ruang rahsia untuk menyorok dadah, manakala kertas karbon ditampal untuk menyukarkan ia dikesan ketika melalui mesin pengimbas, tetapi pengalaman kakitangan Cawangan Narkotik berjaya mengesan taktik itu.

Katanya, kedua-dua lelaki dipercayai menganggotai sindiket penyeludupan dadah yang sama, manakala Eramin 5 yang biasanya berwarna merah kini bertukar hijau dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Mereka direman hingga 25 April dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai penyeludupan dadah di talian bebas tol 1-800-88-8855 atau 06-7917792/7587.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Bagitulah caranya sebahagian kaum pendatang negara ini memperoleh kekayaan melimpah ruah yang membolehkan mereka menguasai ekonomi negara sejak dulu, kini dan selamanya.

Apa yang lebih mendukacitakan, kegiatan seperti inilah yang membuka ruang kepada berleluasanya rasuah di negara bertuah ini.

Alhamdulillah, kepimpinan DS Najib Tun Razak menyedari hakikat ini dan bertindak tegas melalui tranformasi kerajaan yang berhasrat menghapuskan rasuah sebagai salah satu matlamat utamanya.

InsyaAllah, keseimbangan ekonomi antara kaum di negara ini akan dapat ditingkatkan jika usaha mencegah rasuah ini berjaya.

Kekayaan kaum tertentu yang dikaut melalui pelbagai kegiatan haram menyebabkan usaha kerajaan menseimbangkan tahap ekonomi antara kaum tidak akan berjaya sampai dunia ini kiamat.

Bagaimanapun, setakat ini rakyat belum mendengar berita mengenai hukuman ‘gantung sampai mati’ dikenakan terhadap penyeludup-penyeludup dadah secara besar-besaran itu. Yang sering didengar hukuman itu hanya terkena kepada pengedar dadah kecil-kecilan yang terdiri daripada kaum Melayu.

Mungkin, siasatan terhadap kes-kes penyeludup dadah bernilai puluhan juta ringgit yang dibantaras agensi berkaitan sejak akhir-akhir masih belum selesai untuk dihadapkan di mahkamah.

Rakyat menunggu berita penghukuman ke atas mereka, tidak kira mereka warga tempatan atau asing. Yang penting kemasukan dadah secara besar-besaran ke negara ini oleh penjenayah berkenaan mestilah menerima hukuman setimpal.

Jumaat, 8 April 2011

Heroin RM110j dirampas, Polis tahan dua warga Pakistan, temui 158.5 kg dadah disorok celah selimut


TIDAK sampai 24 jam selepas menumpaskan sindiket dadah antarabangsa didalangi warga Iran di Kuala Lumpur, Jabatan Narkotik Bukit Aman mencapai kejayaan berganda dengan menahan dua lelaki Pakistan bersama 158.5 kilogram heroin gred tinggi bernilai RM110 juta di Seri Kembangan, kelmarin.

Heroin itu yang dibawa masuk ke negara ini melalui pelabuhan, ditemui bersama warga Pakistan terbabit selepas polis menyerbu sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pembungkusan dadah di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Dadah itu yang ditemui disorok di celah selimut sebelum dimasukkan ke dalam kotak adalah rampasan terbesar Jabatan Narkotik Bukit Aman sepanjang tahun ini.

Selasa lalu, jabatan itu menumpaskan sindiket didalangi warga Iran dengan tertangkapnya sembilan warga negara berkenaan termasuk empat wanita dan merampas 71.4 kilogram syabu bernilai RM17.9 juta.

Polis percaya sindiket yang ditumpaskan, kelmarin yang didalangi dua warga Pakistan berusia 28 dan 30 tahun itu menyeludup dadah terbabit dari negara asal mereka sebelum membungkus semula dan mengedarkannya ke pasaran Asia Tenggara.

Pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati sindiket terbabit mempunyai rangkaian dengan satu sindiket dadah yang ditumpaskan di Australia, awal tahun ini.

Katanya, kedua-dua suspek itu termasuk seorang yang mempunyai perniagaan sah di Malaysia, ditahan dalam serbuan jam 4.30 petang, ketika sedang membungkus dadah berkenaan, dipercayai untuk dihantar ke beberapa lokasi di luar negara.

“Di rumah itu, kami menemui 155 bungkusan seberat 158.47 kilogram mengandungi dadah jenis heroin yang disorok di celah selimut sebelum dimasukkan ke dalam kotak,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Noor Rashid berkata, pihaknya percaya sindiket terbabit menjalankan kegiatan itu sejak lima bulan lalu dan pemeriksaan pada pasport kedua-dua lelaki berkenaan mendapati mereka sudah beberapa kali keluar masuk negara ini dalam tempoh itu.

“Anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini dikesan menjalankan operasi mereka di rumah sewa untuk memudahkan mereka berpindah randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kita tidak menolak kemungkinan sindiket itu turut mempunyai anggota rakyat tempatan, namun siasatan masih dijalankan. Kita juga menyiasat bagaimana dadah itu boleh diseludup melalui pelabuhan negara ini,” katanya.
- BeritaHarian

SATU MELAYU:
Berdasarkan tangkapan-tangkapan yang berjaya dilakukan, seolah-olah negara kita ini menjadi hub pengedar dadah antarabangsa terutamanya dari Iran, Pakistan dan China.

Dalam beberapa kes yang dicekup, warga asing itu didapati menjadikan negara ini juga sebagai tempat memproses dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Kenapa yerrrr?

Kenapa mereka memilih negara ini sebagai hub operasi pengedaran dadah antarabangsa? Apakah kerana undang-undang kita longgar atau kerana negara kita terlalu membuka pintu dan melambai-lambai warga asing supaya masuk sebagai pelancong?

Berbanggakah kita dengan kehadiran pelancong yang ramai kononnya, sedangkan yang datang itu kebanyakannya pengedar dadah, pelacur, GRO dan bermacam manusia yang memudharatkan kesejahteraan negara.

Inikah yang dibanggakan Ng Yen Yen?
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog